Tuesday, July 27, 2010

takde keje~



ini kes dah takde keje...
takley tido nyer pasal...
amik kau...
tah mane datang tah...
boleh wat cover album baru aku nih..
hahahahaha~
perasan!
dah! jom tido!

Monday, July 26, 2010

battle of the tigers!



Tanggal 25hb Julai adalah satu detik bersejarah di mana pasukan bolasepak negara berjaya menewaskan pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan selepas kali terakhir melakukannya lebih kurang sedekad yang lalu.

Kemenangan 1-0 hasil jaringan Safiq Rahim di minit ke-50 sudah cukup membuatkan pasukan Korea Selatan berputih mata dalam perlawanan persahabatan bagi menyambut ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Walau bagaimanapun, pasukan Korea Selatan yang dibarisi oleh skuad Olimpik mereka yang berumur antara 19-21 tahun itu tidak mudah melatah dengan kekalahan mereka dan menyifatkan pasukan mereka pada kali ini masih kurang pengalaman di pentas antarabangsa.

Pasukan Malaysia juga tidak terlalu mendabik dada dengan kemenangan ini kerana perjalanan pasukan Malaysia masih jauh dan banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara.

Walau apa pun, tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menewaskan Korea Selatan yang pada mulanya menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan semalam!

GEMPUR!!! WIRA!!!
MALAYSIA BOLEH!!!!!

P/S: tak dapat tengok game semalam..sedih seyh~ T_T



Sunday, July 25, 2010

sakit kepala~




pos ini didedikasikan buat cik migraine..
harap anda sangat happy selepas berpeluang menjenguk saya pagi tadi..
tapi..saya tak suka dengan kehadiran awak sebenarnya..
sebab bila awak datang..awak suka nyusahkan saya...
saya tak happy bila awak ada..
tapi semalam (pagi-pagi buta tadi)..awak datang lagi..
untuk kali kedua dalam minggu ini..
dah tu pulak..datang pada masa yang tak sesuai..
saya tengah memandu kereta kot..
on the way nak gi makan-makan bersama kawan-kawan lepas bermain futsal..
dah la saya memandu seorang..
masa tu jugak awak nak datang kan?
teruk!!!
saya tak suka awak!!!
nasib baik saya dapat bertahan sehingga sampai ke rumah dengan selamat semalam..
kalau tak....?
tambahan pula..semalam saya tak dapat nak lepak-lepak dengan kawan saya...
tolong lah cik migraine...
lain kali nak datang..sila datang pada masa yang sesuai..
oh ya..
sebab awak jugak..doktor siti yang buka klinik di belakang rumah saya menggesa saya supaya melakukan CT scan di hospital kerana beliau suspek saya ada tumor..
waaaahhhh!!!!
ini dah teruk!!!
awak memang jaat cik migraine!!!!!



INFO:
Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.

Sintom:

1. Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala.

2. Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga tersa seperti hampir buta.

3. Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.

4. Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.


Friday, July 23, 2010

so long~


laman web One Manga akan ditutup pada minggu ini..
sedihnya mendengar berita ini tadi..
selama ini One Manga lah yang menjadi sumber hiburan aku..
membaca komik manga yang telah dialih bahasa Inggeris...
Naruto..
Bleach...
Fairy Tail...
pasni kena cari laman web lain lah~
T_T
sedihnya~
so long One Manga~

Thursday, July 22, 2010



what a dang week!
why those brats acting like animal in the zoo lately?
i feel like working as a zoo keeper instead of sensei!
what the kimbap???
well..
anyway..let sing together..
i wanna clear up my mind just for a while...

ROW ROW ROW YOUR BOAT
QUICKLY CHASE THE DUCK~
NOONA NOONA NOONA NOONA
SCHOOL IS REALLY SUCK!!!!

p/s: the picture is from my seni class..i drew it..lengloi tak? xpp

KPOP fever~



baru pas aku post pasal obsesi aku terhadap Kpop..
tengah harinya..sebelum aku pergi kerja..
masa tengah lunch..dengar radio ERA memutarkan lagu Sorry Sorry by Super Junior..

what the fish??

pastu pada petangnya pulak..masa aku nak balik..kat dalam kereta..
lagu Cabi Song by SNSD and 2PM lak..kat radio ERA gak~

what the kimchi?

and then aku teringat lak beberapa minggu yang lalu..
masa aku nak gi amik adik aku dari sekolah..
kat radio ERA gak..lagu Hot Issue by 4Minute..

what the kimbap?

nampaknye bukan aku je yang da tersampuk aura Kpop ni..
radio ERA pun same..
tapi pelik..sebelum ni kat radio ERA takde pun lagi Jpop or Taiwan ke..
Kpop lak yang mendapat tempat?
ok la tu~
lagu-lagu Kpop pun best~ xp

aku nak tukar nama commercial aku lah..
dulu aku letak nam aku KIM YUN IL..
tapi ade bunyi dekat-dekat cam diktator North Korea lak..


KIM JONG IL..
mau tukar lak..
HA KIM-MI
hahahahaha~
tak pun...next time..


call me OPPA~
xpp


p/s: hati tetap di Malaysia~ ^^


Monday, July 19, 2010

KPOP obsession~


akhir-akhir ini aku agak obses dengan hiburan dari Korea..
dari lagu ke drama..sampailah ke filem..
hasil-hasil seni dari negara Korea menjadi pilihan aku..
so..sorrylah kalau naik kereta aku korang akan dengar lagu Korea jer..
jangan harap aku nak tukar lagu lain~ harharharhar~

WONDERGIRLS

bermula dengan lagu Nobody dari Wondergirls..Sorry Sorry dari Super Junior..
sehingga lah ke Oh! dari SNSD dan Hot Issue dari 4Minute..
skang dalam laptop aku pun penuh lagu Korea..
filem Korea pun..banyak gak..
drama..aku pinjam jer~ huhuhuhuk~

SNSD

walaupun aku tak reti Bahasa Korea..
hahahaha..it's quite complicated dari Bahasa Jepun..
tapi laayan je r~ ^^

4MINUTE

AFTER SCHOOL

p/s: aku rase pas ni nak belajar Bahasa Korea~ pacat..ajar aku~ xp

Champion of the World



sudah seminggu Spain ditabalkan menjadi Juara Dunia..
ya..pertama kali menjadi Juara Piala Dunia sememangnya manis..
aku sejak awal lagi menyokong Spain dalam kempen Piala Dunia..
aku jugak menyokong England, Argentina, Japan dan South Korea..
banyak?
hanya meminati pasukan-pasukan tersebut sahaja..
tak salah kan?
tapi aku memang sejak Piala Dunia 2002 lagi aku minat untuk sokong Spain..
Spain adalah pasukan utama aku (selepas Malaysia dalam kategori pasukan negara) yang aku sokong..
dua tahun lepas aku ingat lagi bagaimana gembiranya aku tengok pasukan pilihan aku menang Euro 2008..
sekarang mereka menang Piala Dunia pulak..


sudah dapat 1 bintang!!!
aku sebagai penyokong tumpang gumbira~

VIVA LA FURIA ROJA
VIVA LA ESPANA


ok..habis sudah demam Piala Dunia..
EPL akan bermula tak lama lagi..
Come On Chelsea

Thursday, July 8, 2010

copa mundial de finale


2010 WORLD CUP FINAL

BATTLE OF THE ARMADAS

NETHERLANDS vs SPAIN

WHO WILL BE THE NEW WORLD CHAMPS?

AND AGAIN..I CHOOSE SPAIN!!!

VIVA LA FURIA ROJA!

VIVA LA ESPANA!



Tuesday, July 6, 2010

the king of the world~



Piala Dunia dah masuk ke bahagian terakhir..
4 pasukan paling hebat telah pun dikenal pasti..

URUGUAY!

NETHERLANDS!

GERMANY!

SPAIN!

pasukan manakah yang akan melangkah ke final?
dan pasukan manakah yang akan memenangi Piala Dunia edisi kali ini?
adakah URUGUAY atau GERMANY mampu menambah satu lagi bintang di emblem mereka?
adakah NETHERLANDS atau SPAIN yang akhirnya boleh berbangga dengan bintang pertama di emblem mereka?
segala-galanya akan terjawab 11 Julai nanti!

btw~
i'm rooting for SPAIN!

VIVA LA FURIA ROJA!!!