jula-juli bintang pisces
sebuah kisah klasik untuk masa lapang
Saturday, June 17, 2023
It's Been A While
Wednesday, August 31, 2011
ucapan ucapin
Saturday, July 9, 2011
500 Hari Mencari Cinta~
Lagi satu cerita yang sempat aku muat turun dan tonton..(500) Days of Summer..ok..tengok poster macam love story tapi lepas tonton ceritanya, ianya bukanlah love story or cerita romantic yang biasa..bak kata narrator di awal cerita, “This is a story of boy meets girl, but you should know upfront, this is not a love story”.
Well..filem ni pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2009..dua teraju utama filem ini ialah Zooey Deschanel (Yes Man) sebagai Summer Finn dan Joseph Gordon-Levitt (Inception) sebagai Tom Hansen. Filem ini dipersembahkan dengan tidak mengikut format kronologi di mana setiap babak dimulakan dengan menunjukkan hari ke berapa antara 500 hari Tom ‘terikat’ dengan Summer.
Aku tak nak cerita tentang sinopsis kat sini sebab panjang..malas aku nak taip panjang-panjang..apa yang aku nak kongsi ialah..filem ni bukan seperti filem romantic yang pernah aku tonton sebelum ni..di mana watak utama bercinta..putus kejap..pastu sambung balik in the end of the story..pastu live happily ever after..NO..cerita ni lebih kepada macam mana expectation seseorang lelaki terhadap seorang wanita yang dicintainya..tetapi in the end hubungan mereka tak ke mana..di awal cerita dia ada tunjuk di mana babak hari ke 488 Summer memegang tangan Tom sambil di jari manisnya terdapat sebentuk cincin..jadi, dari scene tersebut aku jangka cerita ni habis dengan Tom dan Summer hidup bahgia akhirnya..tapi lepas tonton keseluruhan filem..ternyata hipotesis aku meleset..hahaha..damn..terkena di situ!
Cinematography bagi cerita ni pun agak unik dan sangat menarik pada hemat aku..di mana di sesetengah scene koarang akan rasa macam korang tengah tonton music video..well..pengarahnya iaitu Marc Webb lebih banyak mengarahkan music video dan video dokumentari yang melibatkan band-band terkenal seperti Greenday, 3 Doors Down dan No Doubt.
Skrip yang ada dalam filem ni pun boleh dijadikan quotes yang cool..contohnya...
“Just because she likes the same bizzaro crap you do doesn't mean she's your soul mate.” – Rachel Hansen
“The following is a work of fiction. Any resemblance to persons living or dead is purely coincidental. Especially you Jenny Beckman. Bitch.” – Author’s Note
“Roses are red, violets are blue... Fuck you, whore!” – Vance reading a card that Tom has written
“You don't want to be named as anybody's girlfriend, and now you're someone's wife?” – Tom Hansen
“There's no such thing as love, it's fantasy...” – Summer Finn
http://www.imdb.com/title/tt1022603/quotes
Watak Rachel Hansen iaitu adik perempuan Tom yang sering menjadi penasihat kepada Tom dimainkan oleh Chloe Moretz (Hitgirl dalam Kick-Ass) dan manakala Vance iaitu boss tempat kerja Tom dimainkan oleh Clark Gregg (Agent Coulson dalam Iron Man 2).
Aku recommend cerita ni kepada siapa yang belum tengok..rating aku..7.7/10
http://www.imdb.com/title/tt1022603/
Friday, July 8, 2011
Diari Si Rempit Sejati~
Buenas Tardes..Que Onda?
Cerita yang aku nak kongsi bukan pasal mat rempit sebenarnya..cerita yang bakal aku sampaikan sebentar lagi mengenai sebuah filem yang diadaptasi dari kisah benar seorang makhluk bumi ini..tajuk filem tersebut ialah “The Motorcycle Diaries” atau tajuk asalnya “Diarios de Motocicleta”. Filem yang ditayangkan pada tahun 2004 ini setahu aku tidak pernah ditayangkan di Malaysia.
Sinopsis
Pada tahun 1952, pelajar jurusan perubatan yang berumur 23 tahun, Ernesto Guevara de la Serna @ Fuser – mengambil keputusan untuk manangguhkan pengajian semester akhirnya untuk menyertai sahabat baiknya iaitu Alberto Granado @ Mial, seorang ahli biokimia yang berumur 29 tahun – menjelajah sejauh 8000 km merentasi benua Amerika Selatan (dari Buenos Aires) dalam masa empat bulan. Penjelajahan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk melihat sendiri apa yang ada di benua Amerika Selatan yang selama ini mereka diami dan baca di dalam buku-buku. Di samping itu, mereka berhasrat untuk menamatkan penjelajahan mereka pada hari jadi Alberto yang ke 30 di Semenanjung Guajira di Venezuela . Pendek kata, penjelajahan mereka ini bertujuan untuk berseronok di samping untuk merasai makna cabaran. Bak kata pepatah, disangka hujan sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Masalah kerosakan motorsikal, kekurangan wang, salah faham antara mereka, penyakit asma kronik yang dialami Fuser, dan masalah-masalah lain menyebabkan penjelajahan mereka menjadi sukar dan tidak mengikut seperti apa yang mereka rancangkan. Walau bagaimanpun, bertemu dangan sepasang suami isteri yang berfahaman komunis di gurun Chile dan melawat San Pablo Leper Colony di Perรบvian Amazon Basin telah member kesan kepada Fuser dan Mial tentang erti kehidupan dan secara tidak langsung membuka minda mereka bagi menentukan hala tuju hidup masing-masing.
Alberto dan Fuser di Machu Pichu
Laluan yang dilalui oleh Fuser dan Miel
Dari mata yang menonton
The Motorcycle Diaries ni bagi aku..satu cerita yang penuh dengan inspirasi...tentang nilai-nilai kehidupan dan ianya juga menampilkan keindahan benua Amerika Selatan yang selama ni hanya aku lihat dari buku-buku atau gambar dari laman web National Geographic. Aku akhir-akhir ni memang tertarik dengan Amerika Selatan..tak tau kenapa..mungkin sejak tengok gambar Machu Pichu iaitu Bandar kuno orang Incas di Peru di dalam komik. Satu hari nanti aku bercita-cita nak pergi Peru la! Filem ini juga menarik disebabkan ianya ialah kisah benar yang diadaptasi dari buku autobiografi yang dikarang sendiri oleh Ernesto Guevara de la Serna atau lebih dikenali di serata dunia sebagai Ernesto ‘Che’ Guevara, ahli revolusi Cuba (walaupun dia seorang Argentine) yang berfahaman Marxism. Aku tak pernah tau siapa Che Guevara ni..tapi tau la dia ni wujud memandangkan ramai budak-budak masa aku sekolah dulu suka pakai baju ada muka beliau..tapi aku memang suka watak Che Guevara dalam filem ni..nilai-nilai kemanusiaan yang ditunjukkan memang member inspirasi..(tak tau la hidup sebenar dia camne..tu lantak la kan?)..beliau menunjukkan contoh seorang doktor yang baik walaupun masa tu beliau belum lagi graduate!
Ernesto Guevara de la Serna yang sebenar
Jadi..rating aku untuk filem ini ialah....8.0/10...!!!
Siapa yang suka cerita-cerita mengenai kehidupan, biografi and what so ever..aku recommend cerita nil ah! Btw..cerita ni dalam Spanish..so..perlukan subs untuk tonton melainkan korang memang expert Spanish!
Muchos Gracias..Hasta Luego..Adios Amigos!
http://www.imdb.com/title/tt0318462/
Thursday, July 7, 2011
Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Ketiga Zon Asia
Group C
JAPAN
BAHRAIN
SYRIA
MALAYSIA
Group C Match Schedule
21 September 2011 SYRIA-BAHRAIN
21 September 2011 JAPAN-MALAYSIA
23 November 2011 BAHRAIN-JAPAN
23 November 2011 MALAYSIA-SYRIA
27 November 2011 JAPAN-SYRIA
27 November 2011 MALAYSIA-BAHRAIN
05 February 2012 SYRIA-JAPAN
05 February 2012 BAHRAIN-MALAYSIA
22 February 2012 BAHRAIN-SYRIA
22 February 2012 MALAYSIA-JAPAN
14 March 2012 SYRIA-MALAYSIA
14 March 2012 JAPAN-BAHRAIN