Selamat tahun baru 2026. Ya dah 25 hari bulan tapi aku masih mengucapkan selamat tahun baru!
Korang pernah dengar pasal sukan dodgeball tak? Ala, dulu masa sekolah rendah kita ada main masa PJK. Dulu kita kenal dengan bola beracun. Haa, itulah dodgeball. Tapi dodgeball yang aku nak cerita ni agak lain sikit dengan Bola Beracun tradisional yang kita main masa kat sekolah dulu.
Dodgeball ni sukan yang ada komuniti dia sendiri. Level internasionalis jugak sebab dia ada kejohanan peringkat dunia. Kalau nak diikutkan, team negara kita ni antara pasukan yang dikategorikan kuat juga lah dalam sukan dodgeball ni.
Dekat Malaysia ada 2 jenis bola yang digunakan, satu bola fabrik dan satu lagi bola foam. Aku akan fokus kepada bola fabrik sebab aku pernah join Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) jadi pegawai pasukan Malaysia untuk ke Piala Dunia Dodgeball.
Bola dodgeball fabrik ni bola getah. Besar dia lebih sikit dari bola baling. Court dia, besar lebih kurang besar court bola tampar dan diamain kan oleh dua pasukan. Setiap pasukan ada 6 orang pemain. Lepas tu ada juga pemain simpanan (up to 6 pemain).
Merujuk kepada gambar dia atas, macam ini lah layout court dodgeball bersama garisan dan posisi bola sebelum opening rush. Jumlah bola yang digunakan adalah 5 biji.
Contoh bola dodgeball fabrik pulak seperti dia atas. Ini adalah bola rasmi MDF lah.
Masa permainan adalah total 30 minit untuk dua separuh masa dan setiap separuh masa ada 15 minit untuk bermain. 5 minit half time diberikan. Dan dalam setiap separuh masa, 3 minit masa diberikan untuk setiap pasukan menghabisi pasukan lawan. Jika salah satu pasukan dapat menghabisi pasukan lawan sebelum habis 3 minit masa bermain it, 2 mata akan diberikan kepada pasukan yang masih mempunyai pemain di dalam court. Jika masa 3 minit tamat dan masih ada lagi pemain di dalam court, akan dikira pasukan mana yang mempunyai lebih pemain, akan diberikan 2 mata. Jika jumlah pemain sama, 1 mata dikongsi oleh kedua-dua pasukan.
Untuk mulakan permainan, kedua-dua pasukan bertanding akan duduk di belakang garisan masing-masing, dan apabila wisel permulaan ditiupkan oleh pengadil, pemain di posisi tengah kedua-dua pasukan akan merbut bola di kawasan tengah. Ini yang dinamakan "Opening Rush". Manakala 2 pemain di sebelah kiri akan mengambil baki 2 bola di sebelah kiri (pemain lawan tidak boleh mengambil 2 bola ini kecuali kalau ada fault start). Boleh rujuk gambar di bawah.
Kemudian, bergasak lah 2 pasukan dalam tu untuk menghabisi antara satu sama lain. Secara basic, kalau team lawan baling bola, kena elaklah jangan bagi kena. Namanya pun dodgeball. So, dodge the freaking ball lah!
Banyak lagi rules dia, tapi aku cerita ini dulu la buat masa ini. Next time aku akan cerita pula macam mana aku boleh terjebak dengan sukan ni.
Ok, boleh refer video link di bawah untuk contoh perlawanan dodgeball peringkat Asia.
As salam! ke Lautttttttt!
*Final APC2017 Men's Category Malaysia vs Australia