Thursday, September 17, 2009

tifiafadafa tafajukfuk~

"kenapa sukar melafazkan maaf..
atau memaafi sesama insan?
adakah kerna prinsip yang entah apa-apa?
ataupun ego semata-mata?
ingatlah wahai kawan..
sedangkan Nabi ampunkan umat..
inikan pula kita..umat yang kerdil cuma!" -AKU
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN~

elergi sepi...banyak la kau!!!

hari tu masa mula-mula start puasa..
aku ada gitau dalam post aku yang setiap kali bulan puasa..banyak mende jadi kat aku..
hahaha~
biar aku gelak dulu..
walaupun bukan cerita lawak yang terjadi..
tapi..entahlah..
sebenarnya ia lebih kepada tragedi..
tragedi di bulan ramadhan..
walaupun tak seteruk kalau dibandingkan mereka-mereka yang bernasib lebih tak baik..
tapi..dah cukup wat kepala hotak aku berserabut..
cukup membuatkan aku..aku rasa..hidup ni memang teruk~
ooppss..bukan bermaksud aku tak bersyukur atau redha dengan apa yang ada..
tapi..kesal..sebab yang berlaku sume disebabkan oleh diri aku..
sengal bukan??
ya..aku memang bodoh..
ya..kengkadang aku kurang bijak..
ya..aku t'lah tersilap langkah..
tapi bukankah aku telah menyesal??
ya..aku kesal dengan kebodohan aku..
kesal dengan apa yang aku lakukan..
untuk yang tahu apa yang berlaku..mungkin ianya tak sebesar mana pun..
tapi pada aku..yang kena..aku tak leh nak kata apa??
pada mereka yang aku dah buat salah tu..
sekali lagi...MAAF ku pohon..seikhlas hati..
aku tau..dah banyak kali dah ni..aku wat salah..
tapi aku cuma insani..tak perfect..tak sempurna..
hanya lafaz maaf yang mampu aku lakukan..
tengok!!
kau tahu tak betapa seksanya aku??
menunggu..kau mengatakan "aku maafkan kau" keluar dari mulutmu sendiri???
aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan..
kau anggap aku hanya kawan..
tapi..dengan berdiam diri begini..
tak terlintaskah di hati dan fikiran kau..
aku sememangnya special dalam hidup kau??
pada aku....
kau memang special..
aku tak boleh hidup tanpa kau..
memang..memang dulu sebelum kau datang aku memang boleh hidup sendiri..
tapi tu dulu..
aku tau kau mengerti maksud aku..
cuma buat-buat tak tau..
aku tak tau nak cakap apa lagi??
kalau aku teruskan..tak tau la apa yang aku merepek lagi..
tapi ingatlah..
aku akan menanti..
walau derita..
walau terseksa..
aku mengaku aku cintakan kau..
aku akan menunggu.......

p/s: kepada kau yang buat-buat tak mengerti~

Thursday, September 3, 2009

papan-papan tanda-tanda

aku jumpa gambar-gambar ni masa bosan-bosan ari tu..

tergelak terbahak gak bile tengok gambar-gambar ni..

just nak share ngan kowang..

enjoy!




kerana tidak berhati-hati..kan da jatuh~



kid sex change???




go..go what??




death?? fine??




penceroboh..pikir la bebaik..




pale hotak punye signboard!!




sign yang bagus untuk kanak-kanak~




terima kasih!




good advice?




ape yang spesel??




town ni memang horor~




sapa mau duduk atas mereka??





kombinasi yang...sesuai kerr??




wtf????




owh..masuk akal gak...




makan budak??




sapa punya kerja nih???




set breakfast yang sihat??




denda bagi mereka yang kencing berdiri..potong........



sape la cikgu english diowang ni???



acara memacak bendera

aku suka-suka memacak bendera di kereta orang~

aku bersama staff PPSHK suka-suka melompat kegembiraan..nak sambut merdeka la katakan~


bergambar kenangan suka-suka bersama-sama staff PPSHK~

peristiwa hari jumaat 28 0gos 2009
upacara mengedar bendera jalur gemilang
sempena menyambut hari kemerdekaan malaysia ke-52

sepetang di hari jumaat

Peristiwa ini berlaku hari Jumaat minggu lepas..kalau tak silap aku 28 haribulan Ogos..
Masa tu aku dalam perjalanan pulang ke rumah aku di Seremban dari tempat praktikal aku di Nilai..
Oleh kerana meter minyak aku dah menyala, maka terpaksalah aku singgah di sebuah stesen minyak di Bandar Nilai..
Masa itu di stesen tersebut ada seorang budak perempuan Melayu sedang meminta derma..
Aku selalu tiap-tiap minggu isi minyak di situ jadi keadaan tersebut taklah menjadi asing untuk aku..
Semasa aku pergi membuat pembayaran di kaunter, aku lihat budak tersebut sedang meminta derma di sebuah kereta kancil dan pemandunya seorang pakcik sedang mengisi minyak..
Selepas beberapa ketika di situ, budak itu beredar ke pelanggan stesen yang lain dengan wajah sugul..mungkin kerana dia tidak dapat apa yang dihajatinya..iaitu derma ikhlas..
Setelah selesai aku memberi minum kereta aku..tergerak hati aku nak menderma sedikit kerana aku pun ada duit lebih..
Lalu aku memanggil budak tersebut dan memberikannya beberapa not biru..
Dengan wajah keletihan tanpa senyum..”terima kasih, semoga Allah memurahkan rezeki encik..”
Aku senyum..”sama-sama..”
Semasa aku masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin kereta aku toleh ke arah kereta kancil biru tadi..aku lihat pakcik driver kereta itu sedang memikirkan sesuatu dan mula mengambil duit dari dompetnya dan memanggil budak perempuan tadi..mungkin untuk menderma barangkali..
Aku tersenyum sendirian..mungkin kerana dia nampak aku menderma tadi kot yang mendorong dia terbuka hati nak turut sama menderma..
Sebab tadi aku perasan masa aku menghulurkan derma kepada budak itu pakcik kereta kancil biru tu sedang memerhatikan aku..
Alhamdulillah..tu je yang mmpu aku ucapkan ketika itu..