Showing posts with label ultras malaya. Show all posts
Showing posts with label ultras malaya. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Ketiga Zon Asia

Group C

JAPAN

BAHRAIN

SYRIA

MALAYSIA


Group C Match Schedule

21 September 2011 SYRIA-BAHRAIN

21 September 2011 JAPAN-MALAYSIA

23 November 2011 BAHRAIN-JAPAN

23 November 2011 MALAYSIA-SYRIA

27 November 2011 JAPAN-SYRIA

27 November 2011 MALAYSIA-BAHRAIN

05 February 2012 SYRIA-JAPAN

05 February 2012 BAHRAIN-MALAYSIA

22 February 2012 BAHRAIN-SYRIA

22 February 2012 MALAYSIA-JAPAN

14 March 2012 SYRIA-MALAYSIA

14 March 2012 JAPAN-BAHRAIN



Monday, July 4, 2011

Sorakan Minggu Ini ~ 01

Kau Kebanggaan Ku – MALAYSIA


Oh MALAYSIA,

Kita bergembira;

Oh MALAYSIA,

Satukan jiwamu;

Selamanya HARIMAU MALAYA,

Selagi kita bernyawa;

Oh MALAYSIA,

Kau kebanggaan ku~


Sumber: Ultras Malaya


Sunday, July 3, 2011

Malaysia!!! kita kasi gegau Singapura!!!


ok guys..ini jadual perlawanan yang melibatkan pasukan bolasepak kita yang terchenta!

AFF CUP U-16 - 7 - 20 July (LAOS)

Malaysia VS Chelsea - 16 July - SNBJ

Malaysia VS Liverpool - 18 July - SNBJ

Malaysia VS Arsenal - 20 July - SNBJ

Singapore VS Malaysia 23 July - WC Q 2nd round leg 1 - S'pore

Malaysia VS Singapore 28 July - WC Q 2nd round leg 2 - SNBJ


padat kan jadual? so, harap-harap Raja dapat fokus perlawanan yang lebih penting iaitu perlawanan bertemu Singapura berbanding perlawanan exhibition menentang Chelsea, Liverpool dan Arsenal~

Malaysia!!! transform and roll-out!


dua jaringan cantik hasil sepakan percuma Aidil Zafuan dan Safiq Rahim sudah cukup buat Chinese Taipei gigit jari..
walaupun pihak tuan rumah dibantu oleh pengadil (yang hanjing lagi lakhanat) dari Vietnam (yang tersangatlah cibai)..

Malaysia berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dan yang akan menanti pasukan negara tak lain dan tak bukan negara jiran kita sendiri iaitu Singapura..

perlawanan pertama menentang Singapura adalah pada Sabtu, 23hb Julai di Singapura dan perlawanan timbal balik kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, 28hb Julai (weekday lagi~).

ayuh rakyat Malaysia..sama-sama kita bersatu jiwa menyokong pasukan bolasepak negara!!!



Friday, July 1, 2011

Ultras Malaya - kegembiraan yang gila!


Ultras Malaya masa game final AFF Suzuki Cup 2010

Ultras Malaya~
satu fenomena yang telah menyerang negara sejak tahun 2007..
ianya selaras dengan kebangkitan bolasepak Malaysia..
siapa tak tau Ultras Malaya?
Ultras Malaya adalah ekor Harimau Malaya..
meaning that..whatever happen..we'll support and chanting for Malaysia Football Team!

Ultras Malaya masa game final AFF Suzuki Cup 2010

actually, 29hb Jun 2011 ialah kali pertama aku join pergerakan Ultras Malaya ni..
masa tu perlawanan melibatkan pasukan Malaysia vs Taiwan..1st leg kelayakan Piala Dunia 2014..
terima kasih kepada geng-geng Ultras Taming Sari membenarkan aku join!

bersama-sama dak Ultras Taming Sari(UTS) - image by Pali

tapi join Ultras ni memang memerlukan seseorang itu mempunyai stamina yang tinggi!
ini kerana chants akan bermula dalam lebih kurang 15 minit sebelum perlawanan bermula sehinggalah half-time..rehat jap..2nd-half bersambung balik sampailah habis game!
masa tengah chants gak mana ada duduk..berdiri je sepanjang-panjang game..
tapi ada chants yang memerlukan Ultras-ultras ni duduk sekejap..
lagu-lagu dan chants diorang pun best!
lirik chants akan diberi sebaik sahaja kami sampai kat kawasan tempat duduk Ultras..so kalau yang baru-baru join cam aku nih takkan rasa awkward la sebab dapat nyanyi sesama lagu Ultras nih!

geng UTS bergambar dengan Ultras no9ori - image by paku pakis

suasana happening join Ultras Malaya ni memang tak dapat dibayangkan dengan perkataan..
jadi, sape-sape nak merasakan keseronokan yang gila..moh join Ultras Malaya di stadium bila ada perlawanan antarabangsa mambabitkan pasukan Malaysia lagi!

ini link untuk video chant yang aku sempat rakam masa join Ultras Malaya ari tu~


ini lak link untuk video semasa Ultras Malaya nyanyi lagi NEGARAKU..credit: rasyiqahhashim~



Monday, August 30, 2010

1 Malaysia 1 Transformasi



MADE IN MALAYSIA by ROOTS N' BOOTS

the day had gone too long
its seem like yesterday
this is the land we born
and where we gonna stay
The proud is there
we know and its always in your hearts
that we all stay and fly the flag
of nation pride

The war had gone
and all the heroes had their way
but if its strike again
we know we gonna stand

we gonna stand and fight
we''ll die for this pride land
we''ll show the foes
we great coz we the countrymen

and when u hear the call
we know that u be there
its for the stripe the moon and star
coz we all proud that we was made in MALAYSIA

we had been raised to trust
the god and to the king
we gonna stand and ground
the strengh that come within
so if u think u know those feeling that is true
and its all for the yellow, the red,and white and blue

and when u hear the call
we know that u be there
its for the stripe the moon and star
coz we all proud that we was made in MALAYSIA

we gonna stand (we gonna shout)
this is the land (that we all proud)
lets join the line and you know whats all about
so if u think (you feel the same)
raise all the flag (of our land)
and feel the pride
inside you know that it is true

we just don't care
just who u r
just shout it loud
that we was made in MALAYSIA


THIS SONG IS DEDICATED TO ALL MY COMPATRIOTS!!

HAPPY 53rd MERDEKA DAY!
FLYING HIGH UP IN THE SKY!!!
WE KEEP THE JALUR GEMILANG FLYING HIGH!!!
FROM PENINSULAR TO BORNEO!!!
WE KEEP THE JALUR GEMILANG FLYING HIGH!!!


"UNITED WE STAND.. DIVIDED WE FALL~"





Monday, July 26, 2010

battle of the tigers!



Tanggal 25hb Julai adalah satu detik bersejarah di mana pasukan bolasepak negara berjaya menewaskan pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan selepas kali terakhir melakukannya lebih kurang sedekad yang lalu.

Kemenangan 1-0 hasil jaringan Safiq Rahim di minit ke-50 sudah cukup membuatkan pasukan Korea Selatan berputih mata dalam perlawanan persahabatan bagi menyambut ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Walau bagaimanapun, pasukan Korea Selatan yang dibarisi oleh skuad Olimpik mereka yang berumur antara 19-21 tahun itu tidak mudah melatah dengan kekalahan mereka dan menyifatkan pasukan mereka pada kali ini masih kurang pengalaman di pentas antarabangsa.

Pasukan Malaysia juga tidak terlalu mendabik dada dengan kemenangan ini kerana perjalanan pasukan Malaysia masih jauh dan banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara.

Walau apa pun, tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menewaskan Korea Selatan yang pada mulanya menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan semalam!

GEMPUR!!! WIRA!!!
MALAYSIA BOLEH!!!!!

P/S: tak dapat tengok game semalam..sedih seyh~ T_T



Thursday, June 24, 2010

i still believe~




ini ialah video clip yang aku cari-cari selama ini..
video perlawanan antara Malaysia dengan Korea Selatan..
kedua-dua pasukan bermain di Stadium Merdeka bersaing bagi merebut tempat ke pusingan akhir Sukan Olimpik 1980 di Moscow..

aku tak berapa tahu sangat detail perlawanan ni..
tapi yang aku tahu Malaysia telah berjaya menewaskan Korea Selatan dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan akhir di Moscow..
sebelum Olimpik Moscow 1980..
pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri di Sukan Olimpik 1972 di Munich..
walau bagaimanapun Malaysia hanya beraksi di peringkat kumpulan selepas tewas kepada tuan rumah Jerman dan Morocco..
tapi Malaysia dapat mencuri tiga mata hasil kemenangan ke atas Amerika Syarikat dengan jaringan 3-0!
pada masa itu..boleh dianggap sebagai zaman kegemilangan bola sepak Malaysia..

namun begitu..kontingen Malaysia telah memboikot Sukan Olimpik 1980 ini kerana pada masa itu Kesatuan Soviet (sekarang Rusia) telah menyerang Afghanistan..
sejak pemulauan Olimpik 1980..bola sepak Malaysia dilihat terus merudum..

tak tahu di mana silapnya sehingga bola sepak negara terus tenggelam..
walhal Korea Selatan yang pernah pasukan kita tewaskan berada di tahap yang lebih tinggi sekarang ini..
lihat saja berapa banyak penampilan Korea Selatan di Piala Dunia..sudah tujuh kali!
Malaysia?
sekali..itupun sebagai tuan rumah Piala Dunia Remaja 1999..
Piala Dunia?
zero~

aku sebagai rakyat Malaysia merangkap penyokong pasukan bola sepak Malaysia sangat berharap agar satu hari nanti Malaysia akan bangkit dan menunjukkan 'belang' di arena antarabangsa..
aku nak jugak rasa seperti mana perasaan rakyat Korea Selatan dan Jepun apabila pasukan negara mereka melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia..
secara jujurnya..aku sangat cemburukan mereka (Korea dan Jepun)..

persoalan sekarang..
bila bola sepak Malaysia nak maju semula?
kerana..
I STILL BELEIVE..
WE STILL BELIEVE..
DO YOU?