Wednesday, August 31, 2011

ucapan ucapin

assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan...

sekali lagi aku telah kembali setalah meninggalkan laman blog aku sunyi tidak terusik..
semua gara-gara aku berpindah semula ke kotaraya KL selepas menerima tawaran beraksi untuk pasukan MPH..hahaha..kerjalah..beraksi celah mana..ingat aku pemain bolasepak??

disebabkan rumah yang aku duduk sekaran tidak mempunyai talian internet..jadi memey la blog aku ni tak terusik langsung..nak mengarang blog di tempat awam..aku tidak selesa pula..

ok..kita tinggalkan dahulu cerita usik tak terusik blog ni..

memandangkan hari ini baru hari raya kedua..aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat sekalian..terutama kepada seluruh ahlil keluarga dan sahabat handai aku yang tiada berkesempatan untuk berjumpa di bulan yang mulia ini..semuanya gara-gara cuti yang tidak terlalu panjang..

di samping itu juga aku nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 54 kepada seluruh rakyat Malaysia. Cintailah negara anda seperti mana anda mencintai awek anda!!!

hahaha~ tu je nak sampaikan buat masa sekarang..tiada cerita menarik untuk dikongsi..maybe next time..
hasta la vista~

Saturday, July 9, 2011

500 Hari Mencari Cinta~


Lagi satu cerita yang sempat aku muat turun dan tonton..(500) Days of Summer..ok..tengok poster macam love story tapi lepas tonton ceritanya, ianya bukanlah love story or cerita romantic yang biasa..bak kata narrator di awal cerita, “This is a story of boy meets girl, but you should know upfront, this is not a love story”.

Well..filem ni pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2009..dua teraju utama filem ini ialah Zooey Deschanel (Yes Man) sebagai Summer Finn dan Joseph Gordon-Levitt (Inception) sebagai Tom Hansen. Filem ini dipersembahkan dengan tidak mengikut format kronologi di mana setiap babak dimulakan dengan menunjukkan hari ke berapa antara 500 hari Tom ‘terikat’ dengan Summer.

Aku tak nak cerita tentang sinopsis kat sini sebab panjang..malas aku nak taip panjang-panjang..apa yang aku nak kongsi ialah..filem ni bukan seperti filem romantic yang pernah aku tonton sebelum ni..di mana watak utama bercinta..putus kejap..pastu sambung balik in the end of the story..pastu live happily ever after..NO..cerita ni lebih kepada macam mana expectation seseorang lelaki terhadap seorang wanita yang dicintainya..tetapi in the end hubungan mereka tak ke mana..di awal cerita dia ada tunjuk di mana babak hari ke 488 Summer memegang tangan Tom sambil di jari manisnya terdapat sebentuk cincin..jadi, dari scene tersebut aku jangka cerita ni habis dengan Tom dan Summer hidup bahgia akhirnya..tapi lepas tonton keseluruhan filem..ternyata hipotesis aku meleset..hahaha..damn..terkena di situ!

Cinematography bagi cerita ni pun agak unik dan sangat menarik pada hemat aku..di mana di sesetengah scene koarang akan rasa macam korang tengah tonton music video..well..pengarahnya iaitu Marc Webb lebih banyak mengarahkan music video dan video dokumentari yang melibatkan band-band terkenal seperti Greenday, 3 Doors Down dan No Doubt.

Skrip yang ada dalam filem ni pun boleh dijadikan quotes yang cool..contohnya...

“Just because she likes the same bizzaro crap you do doesn't mean she's your soul mate.” – Rachel Hansen

“The following is a work of fiction. Any resemblance to persons living or dead is purely coincidental. Especially you Jenny Beckman. Bitch.” – Author’s Note

“Roses are red, violets are blue... Fuck you, whore!” – Vance reading a card that Tom has written

“You don't want to be named as anybody's girlfriend, and now you're someone's wife?” – Tom Hansen

“There's no such thing as love, it's fantasy...” – Summer Finn

http://www.imdb.com/title/tt1022603/quotes

Watak Rachel Hansen iaitu adik perempuan Tom yang sering menjadi penasihat kepada Tom dimainkan oleh Chloe Moretz (Hitgirl dalam Kick-Ass) dan manakala Vance iaitu boss tempat kerja Tom dimainkan oleh Clark Gregg (Agent Coulson dalam Iron Man 2).

Aku recommend cerita ni kepada siapa yang belum tengok..rating aku..7.7/10

http://www.imdb.com/title/tt1022603/

Friday, July 8, 2011

Diari Si Rempit Sejati~

Buenas Tardes..Que Onda?

Cerita yang aku nak kongsi bukan pasal mat rempit sebenarnya..cerita yang bakal aku sampaikan sebentar lagi mengenai sebuah filem yang diadaptasi dari kisah benar seorang makhluk bumi ini..tajuk filem tersebut ialah “The Motorcycle Diaries” atau tajuk asalnya “Diarios de Motocicleta”. Filem yang ditayangkan pada tahun 2004 ini setahu aku tidak pernah ditayangkan di Malaysia.

Sinopsis

Pada tahun 1952, pelajar jurusan perubatan yang berumur 23 tahun, Ernesto Guevara de la Serna @ Fuser – mengambil keputusan untuk manangguhkan pengajian semester akhirnya untuk menyertai sahabat baiknya iaitu Alberto Granado @ Mial, seorang ahli biokimia yang berumur 29 tahun – menjelajah sejauh 8000 km merentasi benua Amerika Selatan (dari Buenos Aires) dalam masa empat bulan. Penjelajahan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk melihat sendiri apa yang ada di benua Amerika Selatan yang selama ini mereka diami dan baca di dalam buku-buku. Di samping itu, mereka berhasrat untuk menamatkan penjelajahan mereka pada hari jadi Alberto yang ke 30 di Semenanjung Guajira di Venezuela . Pendek kata, penjelajahan mereka ini bertujuan untuk berseronok di samping untuk merasai makna cabaran. Bak kata pepatah, disangka hujan sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Masalah kerosakan motorsikal, kekurangan wang, salah faham antara mereka, penyakit asma kronik yang dialami Fuser, dan masalah-masalah lain menyebabkan penjelajahan mereka menjadi sukar dan tidak mengikut seperti apa yang mereka rancangkan. Walau bagaimanpun, bertemu dangan sepasang suami isteri yang berfahaman komunis di gurun Chile dan melawat San Pablo Leper Colony di Perúvian Amazon Basin telah member kesan kepada Fuser dan Mial tentang erti kehidupan dan secara tidak langsung membuka minda mereka bagi menentukan hala tuju hidup masing-masing.

Alberto dan Fuser di Machu Pichu


Laluan yang dilalui oleh Fuser dan Miel


Dari mata yang menonton

The Motorcycle Diaries ni bagi aku..satu cerita yang penuh dengan inspirasi...tentang nilai-nilai kehidupan dan ianya juga menampilkan keindahan benua Amerika Selatan yang selama ni hanya aku lihat dari buku-buku atau gambar dari laman web National Geographic. Aku akhir-akhir ni memang tertarik dengan Amerika Selatan..tak tau kenapa..mungkin sejak tengok gambar Machu Pichu iaitu Bandar kuno orang Incas di Peru di dalam komik. Satu hari nanti aku bercita-cita nak pergi Peru la! Filem ini juga menarik disebabkan ianya ialah kisah benar yang diadaptasi dari buku autobiografi yang dikarang sendiri oleh Ernesto Guevara de la Serna atau lebih dikenali di serata dunia sebagai Ernesto ‘Che’ Guevara, ahli revolusi Cuba (walaupun dia seorang Argentine) yang berfahaman Marxism. Aku tak pernah tau siapa Che Guevara ni..tapi tau la dia ni wujud memandangkan ramai budak-budak masa aku sekolah dulu suka pakai baju ada muka beliau..tapi aku memang suka watak Che Guevara dalam filem ni..nilai-nilai kemanusiaan yang ditunjukkan memang member inspirasi..(tak tau la hidup sebenar dia camne..tu lantak la kan?)..beliau menunjukkan contoh seorang doktor yang baik walaupun masa tu beliau belum lagi graduate!

Ernesto Guevara de la Serna yang sebenar

Jadi..rating aku untuk filem ini ialah....8.0/10...!!!

Siapa yang suka cerita-cerita mengenai kehidupan, biografi and what so ever..aku recommend cerita nil ah! Btw..cerita ni dalam Spanish..so..perlukan subs untuk tonton melainkan korang memang expert Spanish!

Muchos Gracias..Hasta Luego..Adios Amigos!


http://www.imdb.com/title/tt0318462/

http://en.wikipedia.org/wiki/Che_Guevara


Thursday, July 7, 2011

Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Ketiga Zon Asia

Group C

JAPAN

BAHRAIN

SYRIA

MALAYSIA


Group C Match Schedule

21 September 2011 SYRIA-BAHRAIN

21 September 2011 JAPAN-MALAYSIA

23 November 2011 BAHRAIN-JAPAN

23 November 2011 MALAYSIA-SYRIA

27 November 2011 JAPAN-SYRIA

27 November 2011 MALAYSIA-BAHRAIN

05 February 2012 SYRIA-JAPAN

05 February 2012 BAHRAIN-MALAYSIA

22 February 2012 BAHRAIN-SYRIA

22 February 2012 MALAYSIA-JAPAN

14 March 2012 SYRIA-MALAYSIA

14 March 2012 JAPAN-BAHRAIN



woman also can play!




okeh..selamat petang..buenos tardos! que onda?
tengok post pun da leh agak..
post ini berkenaan Piala Dunia Bolasepak Wanita (WWC) yang sedang hangat dipertandingkan di Jerman!
guys..korang semua kena tonton bolasepak wanita ni..
and then korang cuba bandingkan dengan cara korang main..
hahaha..tergugat beb!
pas ni dah tak releven lagi la ungkapan "ko ni main bola cam perempuan la~"
kerana..sesungguhnya ada wanita-wanita yang lebih hebat bermain bolasepak berbanding kita yang lelaki nih..
aku tengok pun jeles seyh~
lagi satu..yang aku tengok pemain-pemain bolasepak wanita dalam WWC ni..takde pun nampak ke"pengkid"an diorang..cam wanita biasa aje..ayu..ada yang comel lagi beb!
tapi ada la nampak sedikit kejantanan mereka bermain bola..tapi keayuan tu still ada~ LOL
so..dalam keayuan mereka..dua orang minah US ni telah menarik minatku..
hahaha..siapakah mereka?? lihat gambau kat bawah ni le~



hoh..nampak kegagahan dalam keayuan mereka!!!
ok..mereka ini ialah pemain pasukan USA..
aku sebenarnya tak minat pasukan USA nih..
aku cuma tertarik dengan mereka berdua ni aje~
marilah berkenalan bersama mereka!


yang di atas ini namanya Ali Krieger..
lahir pada 28 Julai 1984..
dalam kempen WWC kali ni beliau memakai jersi no.11..
posisi beliau ialah sebagai pertahanan..
baru-baru ini semasa pertemuan menentang Sweden, beliau bertindak sebagai bek kanan..
menurut biodata yang diambil dari laman web FIFA, Krieger buat masa sekarang tidak terikat kepada mana-mana kelab..
namun difahamkan kelab terakhir yang beliau sertai ialah Washington Freedom..
beliau telah mewakili USA sebanyak 21 perlawanan..
dibawah antara aksi-aksi beliau di dalam dan di luar padang~






-----------------------------------------------------


okeh..babe yang seterusnya..dari pasukan USA juga~
beliau ialah Hope Solo..oppss..beliau ni takde kena mengena ngan Hans Solo dari filem Star Wars ye..
beliau ni ialah orang bumi~
lahir pada 30 Julai 1981 di Richland, Washington, USA.
tinggi lebih kurang aku..175cm..
bertindak sebagai penjaga gol utama pasukan USA dan berjersi no.1..
98 kali menyertai pasukan kebangsaannya..
dan sekarang ni beliau bermain untuk kelab Boca Raton MagicJack..salah satu kelab bolasepak wanita profesional di USA..
berikut ialah aksi-aksi beliau di dalam dan di luar padang..






actually..untuk pasukan bolasepak wanita ni..aku lebih meminati pasukan Jerman..
cara permainan mereka cantik..dan mereka ialah pasukan favorite bagi kepen WWC kali ni memandangkan mereka ialah tuan rumah..dan juga juara bertahan~
next time akan ku introduce pemain dari Jerman pulak..
tapi bukan dari senior team..dari U-20 nyer team..
preview..lihat pics bawah le~



mereka adalah babe dalam pasukan U-20 Jerman~
Selina Wagner & Sylvia Arnold

to be continued......~