Showing posts with label may i help you?. Show all posts
Showing posts with label may i help you?. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Malaysia!!! kita kasi gegau Singapura!!!


ok guys..ini jadual perlawanan yang melibatkan pasukan bolasepak kita yang terchenta!

AFF CUP U-16 - 7 - 20 July (LAOS)

Malaysia VS Chelsea - 16 July - SNBJ

Malaysia VS Liverpool - 18 July - SNBJ

Malaysia VS Arsenal - 20 July - SNBJ

Singapore VS Malaysia 23 July - WC Q 2nd round leg 1 - S'pore

Malaysia VS Singapore 28 July - WC Q 2nd round leg 2 - SNBJ


padat kan jadual? so, harap-harap Raja dapat fokus perlawanan yang lebih penting iaitu perlawanan bertemu Singapura berbanding perlawanan exhibition menentang Chelsea, Liverpool dan Arsenal~

Saturday, May 14, 2011

GANTZ!


beberapa hari yang lalu aku telah menonton GANTZ..
cerita Jepun bergenre sains fiksyen yang diadaptasi dari siri manga GANTZ..
filem ni ada ditayangkan di Malaysia baru-baru ni..
tapi aku tak pasti sama ada masih ditayangkan atau tak..
dan tambahan pula filem ni hanya ditayangkan di MBO sahaja..
tapi sebab aku takde masa nak gi MBO..aku beli dvd je la..pirate la tapi..syhhh! xp

GANTZ (live action movie)

tapi..yang tak bestnya tonton dvd ni..audio dia bahasa Inggeris..
bukannya bahasa Jepun seperti versi asalnya..
mungkin pirate-pirate ni amik US nyer versi kot...
agak potong stim di situ~

cerita dia agak best jugaklah bagi siapa yang pernah mengikuti siri manganya..
sebab faham konsep cerita ni..
tapi..kalau tengok cerita ni korang agak keliru dan bosan..
aku suggest korang baca dulu manga dia..
btw..manga dia ada dalam komik KREKO..
tak tau ada lagi tak sebab aku da lama tak baca KREKO~

GANTZ(manga)

ok..just untuk review cerita yang labih menarik dan info pasal GANTZ ni secara simple..
tengok kat member aku nyer blog ni..


Monday, November 22, 2010

movies week!



cuti sekolah telah bermula!!!
tapi aku telah mengambil cuti dua hari awal!!!
yeay!!!
tolong jangan tanya kenapa..sebab aku tak mau jawab!
hahaha!!!


hari Khamis lepas..
pas habis sekolah je (yeah right!) aku terus berdesup pergi ke Melaka..
mau melepak bersama kawan-kawan ku yang telah tamat belajar..
mula-mula aku sampai..cuma Alop dan Ridhwan sahaja yang ada di Kubu..
kawan-kawan yang lain pulang ke kampung masing-masing..
al-maklumlah..cuti raya Aidiladha plus tamat semester..


ok..ikut tajuk post pada hari ini..
minggu ni aku memang banyaklah sangat tonton filem!
hari Isnin yang lepas aku tonton filem Unstoppable..
memang sangat unstoppable ceritanya..
pada pendapat aku la..filem ni berjaya membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk walau 10 inci pun sebab jalan ceritanya menarik, penuh saspension dan mendebarkan!
bayangkan ajelah..satu pangung kusyuk beb tonton cerita ni..dengan aku sekalilah~
scene paling saspen! scene masa Chris Pine terjatuh masa nak connect keretapi dia ngan gerabak yang liar itu..liar?? haha~ xp


pastu ari Rabu pulak..
aku telah menonton cerita Skyline..
filem ini ialah filem sains fiksyen..
pasal alien yang nak takhluk bumi..
cerita ini agak boring walaupun dia punya sc-fi sangat baik..
ending dia pun..owhh..tergantung lah..
boring..boring...


hari Khamis pula..aku di Melaka..
bersama Alop dan kawan sekelasnya Fina...
kami tonton Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1..
ok..ceritanya..aku tak tau nak cakap camner..
mungkin sebab aku dah tau jalan ceritanya selepas membaca novelnya..
so..ok la..at least dapat tengok secara visual camne dia ceritakan balik pasal lagenda tiga beradik Deathly Hallows..
tak sabar nak tunggu Part 2!!!


hari Jumaat!
tengok wayang lagi!!!
kali ni aku dan Alop disertai oleh Pali dan Boss!
kami tonton cerita RED!
pasal pesara-pesara perisik beraksi!
ok..scene paling cool! scene masa Bruce Willis keluar dari kereta yang tengah berpusing!
damn cool! haha~


jap..tu belum masuk movie yang aku tengok kat laptop..
macam....~

Scott Pilgrim vs The World..(bengong! hahaha!)


71: Into The Fire..(filem perang Korea rock!)


Hot Tub Time Machine..(back to the 80's!)


The Expendables..(wow..tengok pisau dia!)


Step Up 3D..(yang 3D la sangat~)


The Social Network..(ada apa dengan fb?)


masa cuti ini mau tengok lagi movies!
enjoy!!!



Wednesday, November 17, 2010

loser ker?


lelaki single = loser

bak kata kawan aku la...

apa pendapatan korang?

Saturday, November 6, 2010

bersarang~


tajuk ini amat relevan dengan keadaan blog aku sekarang..
abandoned~ agak lama tak terusik blog aku ni..
i admit nothing really interesting happen in my life lately..
kalau aku post something pun kat blog ni bukan ade ape-ape yang menarik pun..
sekadar syok sendiri je..hahahaha~
lately aku sangat bz..bz ngan facebook..
main game yang tah hape-hape sampai lupa kewujudan blog aku ni..
hahahaha~
mungkin cuti sekolah ni aku akan active mengepost something kat blog aku nih..
ok lah..aku sebelum aku pergi main futsal ngan the baba street crew..
aku nak sampaikan satu teka-teki..

buku apa yang paling laris di bumi?

akhir kata..renung-renungkan..dan selamat menjawab..


Tuesday, September 28, 2010

message to my bros..and the gang~


bilekah nak buat reunion?
aku rindu korang sume!!!
sejak aku grad ni memang jiwa aku sangat kosong~
tanpa korang sume di sisi..
bile lagi nak lepak reramai like the old days?
jomlah lepak di melaka bila-bila punya weekend..
at least sebelum pali and alop abis sem ni..
taon depan mereka sudah tiada lagi di uitm..
maka tiadalah berseri negeri melaka sekelian hari...
suggest la tarikh yang korang free..
harap-harap dapat amik satu weekend yang sesuai untuk kita sama-sama hangout..
ke mana?
mungkin ke sagil..
atau ke gadek..
berkarok itu sudah pasti..
tolong la...i miss u all my frens!!!!
p/s: I.P.K.U.D.C.C.I.

Saturday, September 11, 2010

Yu-hee si Perempuan Sihir~



seminggu cuti sebelum raya..aku menghabiskan masa dengan menonton drama Korea..
tajuk drama yang aku tonton pada kali ini ialah "Yu-hee, The Witch" atau jika di'translate' dalam BM-nye "Yu-hee Si Perempuan Sihir"...
hahaha..cerita ni agak menarik..
berlainan sedikit dari filem tipikal Korea yang lain..
nak cerita sinopsis dia..sampai esok pun aku tak habis tulis..
so..siapa peminat drama-drama Korea..saya cadangkan anda menonton drama ini..
walaupun drama ini agak dah lama..dibuat pada tahun 2007..tapi dia best..
maaf saya agak ketinggalan sedikit~ xp

lagi perkara yang buat cerita ini best..
watak utama iaitu Yu-hee lakonan Han Ga-in..sangat comel!!!!
rambut pendek..comel giler!!!
dapat awek camni best gak!
hahahaha!!!
selain itu..watak utama lelaki Moo-ryong lakonan Jae-hee..sangat cool gila!!!
i wish i can be as cool as him..
hahahaha~ xp


p/s: lately..aku rasa macam nak cari awek cina~ xpp

Tuesday, August 10, 2010

mesej untuk pelajar ku~


esok bermulalah bulan Ramadhan di mana semua umat Islam wajib berpuasa..
berpuasa bukanlah hanya dengan menahan lapar dan dahaga..
sebaliknya puasa mata, telinga, hati, fikiran, emosi, nafsu dan segala-galanya lah!
dan dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi pesanan kepada pelajar-pelajar aku yang perangai mengalahkan "mereka-meraka" yang terikat sepanjang bulan puasa ini~

"tolong cikgu..
jangan buat nakal/jahat di dalam kelas..
jangan buat cikgu marah sampai jadi HULK..
cikgu tak mau kerusi dan meja melayang ini bulan haa..
cikgu nanti puasa..jadi penat loh~
nanti cikgu pengsan dalam kelas nanti siapa susah?
lu orang jugak yang susah maa~
cikgu lagi susah loh....
so..please eh!
tolong cikgu.."



Sunday, July 25, 2010

sakit kepala~




pos ini didedikasikan buat cik migraine..
harap anda sangat happy selepas berpeluang menjenguk saya pagi tadi..
tapi..saya tak suka dengan kehadiran awak sebenarnya..
sebab bila awak datang..awak suka nyusahkan saya...
saya tak happy bila awak ada..
tapi semalam (pagi-pagi buta tadi)..awak datang lagi..
untuk kali kedua dalam minggu ini..
dah tu pulak..datang pada masa yang tak sesuai..
saya tengah memandu kereta kot..
on the way nak gi makan-makan bersama kawan-kawan lepas bermain futsal..
dah la saya memandu seorang..
masa tu jugak awak nak datang kan?
teruk!!!
saya tak suka awak!!!
nasib baik saya dapat bertahan sehingga sampai ke rumah dengan selamat semalam..
kalau tak....?
tambahan pula..semalam saya tak dapat nak lepak-lepak dengan kawan saya...
tolong lah cik migraine...
lain kali nak datang..sila datang pada masa yang sesuai..
oh ya..
sebab awak jugak..doktor siti yang buka klinik di belakang rumah saya menggesa saya supaya melakukan CT scan di hospital kerana beliau suspek saya ada tumor..
waaaahhhh!!!!
ini dah teruk!!!
awak memang jaat cik migraine!!!!!



INFO:
Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.

Sintom:

1. Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala.

2. Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga tersa seperti hampir buta.

3. Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.

4. Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.


Thursday, June 24, 2010

i still believe~




ini ialah video clip yang aku cari-cari selama ini..
video perlawanan antara Malaysia dengan Korea Selatan..
kedua-dua pasukan bermain di Stadium Merdeka bersaing bagi merebut tempat ke pusingan akhir Sukan Olimpik 1980 di Moscow..

aku tak berapa tahu sangat detail perlawanan ni..
tapi yang aku tahu Malaysia telah berjaya menewaskan Korea Selatan dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan akhir di Moscow..
sebelum Olimpik Moscow 1980..
pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri di Sukan Olimpik 1972 di Munich..
walau bagaimanapun Malaysia hanya beraksi di peringkat kumpulan selepas tewas kepada tuan rumah Jerman dan Morocco..
tapi Malaysia dapat mencuri tiga mata hasil kemenangan ke atas Amerika Syarikat dengan jaringan 3-0!
pada masa itu..boleh dianggap sebagai zaman kegemilangan bola sepak Malaysia..

namun begitu..kontingen Malaysia telah memboikot Sukan Olimpik 1980 ini kerana pada masa itu Kesatuan Soviet (sekarang Rusia) telah menyerang Afghanistan..
sejak pemulauan Olimpik 1980..bola sepak Malaysia dilihat terus merudum..

tak tahu di mana silapnya sehingga bola sepak negara terus tenggelam..
walhal Korea Selatan yang pernah pasukan kita tewaskan berada di tahap yang lebih tinggi sekarang ini..
lihat saja berapa banyak penampilan Korea Selatan di Piala Dunia..sudah tujuh kali!
Malaysia?
sekali..itupun sebagai tuan rumah Piala Dunia Remaja 1999..
Piala Dunia?
zero~

aku sebagai rakyat Malaysia merangkap penyokong pasukan bola sepak Malaysia sangat berharap agar satu hari nanti Malaysia akan bangkit dan menunjukkan 'belang' di arena antarabangsa..
aku nak jugak rasa seperti mana perasaan rakyat Korea Selatan dan Jepun apabila pasukan negara mereka melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia..
secara jujurnya..aku sangat cemburukan mereka (Korea dan Jepun)..

persoalan sekarang..
bila bola sepak Malaysia nak maju semula?
kerana..
I STILL BELEIVE..
WE STILL BELIEVE..
DO YOU?


Monday, June 21, 2010

the differences



tadi masa aku tengah makan pagi kat ruang dining rumah aku..
sambil tu aku dengar la radio..
pada masa tu orang kat radio tu tengah berbincang satu topik..
agak menarik jugak la topik ni bagi aku..

topik yang dibincangkan ialah.."perbezaan perempuan zaman dahulu dengan zaman ini"
macam-macam jugak la pendapat yang diberikan oleh pendengar stesen radio tersebut..
antara perbezaan perempuan zaman dulu ngan zaman sekarang (pendapat dari pendengar)..

-perempuan dulu lebih sopan dari perempuan zaman sekarang..perempuan zaman sekarang ramai yang gedik~

-perempuan zaman dulu pakaian besar-besar dan labuh-labuh..sampai tak tau perempuan tu gemuk ke..kurus ke...perempuan zaman sekarang pulak..pakai baju kecik-kecik..ada tu tak cukup kain pulak..sampai terjojol sana..terjojol sini~ (aku tergelak bile dj radio tu sebut part ni~) xp

-perempuan zaman sekarang yang baiknya kebanyakannya educated!tak payah suruh menelaah buku pun..diowang sendiri yang suka rela menghadap buku..siap sengih sorang-sorang pulak tu!buku ape yang diowang hadap?buku ape lagi kalau bukan "muka buku"!

statement di atas..diingatkan sekali lagi..ialah pendapat para pendengar stesen radio terbabit..
bukan aku yang cakap haa~
tapi bila diekstrak balik statement di atas..memang ade betulnye~
so..apa pendapat korang pulak?
boys..girls..berikan pendapat anda pula~ ^^


manga review~



baru-baru ni aku ada baca satu manga..
pelik..selalunya aku lebih berminat dengan manga shounen..
namun kali ini aku tertarik dengan manga shoujo..
tajuk dia dalam bahasa jepun ialah "koukou debut" atau dalam bahasa inggerisnya "high school debut"..

berikut ialah serba sedikit ringkasan bagi manga tersebut..
aku copy and paste je..malas nak translate..


"Haruna Nagashima gave her all to softball in middle school, and now that she's made her high school debut she's decided to give her all for a new goal. Getting a boyfriend and falling in love! However, she has one small problem. Since she never paid any attention to fashion or trend in middle school she has no idea how to go about attracting her yet-to-be-found love. But a chance encounter with with Yoh Komiyama provides her with the opportunity she needs. If he coaches her in how to become attractive, surely she can find herself a boyfriend!"

awas..cerita ini agak jiwang..
kalau kowang senang menangis..
aku sarankan korang sediakan tisu satu pek..
tu pun kalo korang berminat la nak bace~
enjoy~


Wednesday, May 12, 2010

graduation day ~ before


perhatian!
kepada semua ex-students BBA Marketing UiTM yang akan konvo bulan ini!
di sini saya ingin menggigatkan anda..
bahawa tarikh konvokesyen kita jatuh pada
hari Selasa 25hb Mei 2010 (Sidang ke-9)!


sila rujuk link di bawah untuk semakan tarikh konvo, pengambilan jubah, dan raptai konvo!


btw..sila semak nama anda di link yang disediakan di bawah..


untuk membuat pengesahan hadir/tidak hadir ke istiadat konvo, sila klik di link yang berikut..


~to be continued~



Thursday, January 28, 2010

the opportunity~

khamis lepas aku ada interview kerja kat ampang..
syarikat advertising..
interview agak berjalan lancar walaupun aku speaking berterabur..hahaha~
pastu aku datang balik ari isnin..wat observation tentang keje tersebut..
dipendekkan citer..aku dapat kerja tu..
tapi masalah gak..
aku dapat guru sandaran kat seremban..
ne satu hah nak pilih..??
aku musykil...emm~