Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Ops Tambah Lemak





sebentar tadi baru pulang menghantar BFF ku Pali..
sebelum itu pergi hantar GF Pali, Pisha ke stesen keretapi Tampin..

Pisha sampai di Tampin tengah hari tadi bertujuan bertemu BF nya, Pali..
pada mulanya Pali sibuk dengan kerja..dan Pisha meminta aku mengambilnya di Tampin..
walau bagaimanapun Pali berjaya melepaskan diri dari cengkaman kerja demi Pisha..
walaupun begitu, Pali dan Pisha tetap mengajak aku keluar bersama kerana motokar Pali mengalami masalah tayar pancit..

aku pun membawa mereka ke Bandaraya Melaka..
mula-mula pergi membeli buah di Jalan Ong Kim Wee..
kemudian kami pergi ke MP..Pisha mahu belanja makan..
aku tak ingat apa nama restoran yang kami kunjungi..
namun, apa yang aku pasti restoran tersebut menyediakan makanan Jepun ala Bufet..

kami bertiga makan seperti tak ingat dunia..selama 1 setengah jam tempoh kami makan..
memang kenyang macam nak gila...
berjalan pun tak begitu larat..
nampak perbezaan ketara di perut ku sebelum dan selepas makan..
adakah itu mainan ilusi atau realiti?
biarkan sahaja..yang penting aku kenyang..sekenyang-kenyangnya~
kenyang sampai berjalan pun perlahan-lahan sahaja..

selepas itu kami berjalan-jalan di sekitar MP dan DP..
lama juga kami pusing di DP..kerna Pisha sudah lama tidak mengunjungi DP..

selepas itu kami ke Hotel Puri kerna Pisha mau berjumpa dengan rakan sekerja lamanya di situ..
beliau ditemani oleh Pali..aku pula tidur di dalam kereta..aku masih demam~

selepas ke Hotel Puri..perjalanan diteruskan dengan menghantar Pisha ke stesen keretapi Tampin kerna Pisha pulang hari ini juga ke Kuala Lumpur dengan keretapi pukul 6.45 petang..

dipendekkan cerita..lepas hantar Pisha..aku menghantar Pali pula..

akhirnya aku menghantar diriku sendiri pulang ke rumah dengan keadaan demam dan perut yang masih kenyang..

~HABIS~

Sunday, July 3, 2011

Malaysia!!! transform and roll-out!


dua jaringan cantik hasil sepakan percuma Aidil Zafuan dan Safiq Rahim sudah cukup buat Chinese Taipei gigit jari..
walaupun pihak tuan rumah dibantu oleh pengadil (yang hanjing lagi lakhanat) dari Vietnam (yang tersangatlah cibai)..

Malaysia berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dan yang akan menanti pasukan negara tak lain dan tak bukan negara jiran kita sendiri iaitu Singapura..

perlawanan pertama menentang Singapura adalah pada Sabtu, 23hb Julai di Singapura dan perlawanan timbal balik kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, 28hb Julai (weekday lagi~).

ayuh rakyat Malaysia..sama-sama kita bersatu jiwa menyokong pasukan bolasepak negara!!!



Friday, July 1, 2011

Ultras Malaya - kegembiraan yang gila!


Ultras Malaya masa game final AFF Suzuki Cup 2010

Ultras Malaya~
satu fenomena yang telah menyerang negara sejak tahun 2007..
ianya selaras dengan kebangkitan bolasepak Malaysia..
siapa tak tau Ultras Malaya?
Ultras Malaya adalah ekor Harimau Malaya..
meaning that..whatever happen..we'll support and chanting for Malaysia Football Team!

Ultras Malaya masa game final AFF Suzuki Cup 2010

actually, 29hb Jun 2011 ialah kali pertama aku join pergerakan Ultras Malaya ni..
masa tu perlawanan melibatkan pasukan Malaysia vs Taiwan..1st leg kelayakan Piala Dunia 2014..
terima kasih kepada geng-geng Ultras Taming Sari membenarkan aku join!

bersama-sama dak Ultras Taming Sari(UTS) - image by Pali

tapi join Ultras ni memang memerlukan seseorang itu mempunyai stamina yang tinggi!
ini kerana chants akan bermula dalam lebih kurang 15 minit sebelum perlawanan bermula sehinggalah half-time..rehat jap..2nd-half bersambung balik sampailah habis game!
masa tengah chants gak mana ada duduk..berdiri je sepanjang-panjang game..
tapi ada chants yang memerlukan Ultras-ultras ni duduk sekejap..
lagu-lagu dan chants diorang pun best!
lirik chants akan diberi sebaik sahaja kami sampai kat kawasan tempat duduk Ultras..so kalau yang baru-baru join cam aku nih takkan rasa awkward la sebab dapat nyanyi sesama lagu Ultras nih!

geng UTS bergambar dengan Ultras no9ori - image by paku pakis

suasana happening join Ultras Malaya ni memang tak dapat dibayangkan dengan perkataan..
jadi, sape-sape nak merasakan keseronokan yang gila..moh join Ultras Malaya di stadium bila ada perlawanan antarabangsa mambabitkan pasukan Malaysia lagi!

ini link untuk video chant yang aku sempat rakam masa join Ultras Malaya ari tu~


ini lak link untuk video semasa Ultras Malaya nyanyi lagi NEGARAKU..credit: rasyiqahhashim~



Sunday, December 12, 2010

al kisah al story


ini kisah ada sorang mamat (BF) ni yang suka menipu..
semua orang pun dia nak tipu sampaikan awek dia (GF) pun dia selalu tipu gak..
tapi bukan tipu main kayu tiga..just suka menipu tentang benda yang berapa penting la..
dan nak dijadikan cerita..
pada suatu petang..si BF sedang baring-baring di rumah kerana hari cuti..
tiba-tiba handphone si BF ni berdering..GF call rupanya..

GF: hello awak..kenapa tak sms sy?
BF: alamak..kredit takde la wak..
GF: dah tu? tak reti-reti nak gi topup..
BF: ala..malas la saya nak turun bawah gi beli..(menipu part 1..padahal tengah takde duit ni)
GF: owh..ye ke..awk tengah buat apa ni? bla..bla..bla...

mereka bergayut lebih kurang 10 minit..
selepas handphone diletakkan..si BF kembali beristirehat sambil menonton tv..
tak berapa lama lepas tu handphone si BF berbunyi lagi..kali ni ada mesej masuk pula..
BF pun membaca mesej yang baru diterima..

BF: eh..siapa la yang baik sangat topup kan aku ni?? 10 hengget lak tu!! haha..rezeki jangan ditolak~

lalu BF menelefon GF nyer..

mereka bergayut lagi..

cerita tentang itu..

cerita tentang ini..

tetiba si GF bertanya kapada BF

GF: eh awak..tadi cakap takde kredit..ni boleh lak call saya lama-lama..
BF: oh..ni tadi saya suruh adik saya gi turun belikan topup..(dengan confident-nye..nak menipu la tu)
GF: eh? yeke?
BF: iye~
GF: tapi bukan saya ke yang topup kan untuk awak??
BF: (terdiam...) eh..awak topupkan?
GF: ye la..saya la..sape lagi??
BF: alamak..~
GF: sengal punya BF~ hahaha~

sejak itu..si BF kurang menipu lagi..
ini adalah kisah benar..
moral of the story..
jangan suka menipu~ kan dah malu~

Sunday, November 7, 2010

blues kedai burger

semalam aku pergi jogging bersama rakan setugas aku, Shah kat Kompleks Belia..
on the way balik, singgah le sekejap ke gerai burger kat Okland..
niat di hati nak beli benjo..lapas lari-lari terasa lapar lak..
aku memang selalu beli burger kat gerai brader ni..
sebab beliau bukan sahaja menjual burger biasa seperti burger ayam, daging dan benjo..
malah brader tersebut jugak menjual burger rusa, arnab dan ostrich..dan juga oblong!
memang banyak pilihan lah..
tapi semalam baru aku perasan..brader burger tu dah tambah dua jualan baru di gerainya..
satu..dia menambah roti john sebagai salah satu menunya..
looks normal to me..
yang kedua pula..cuba korang teka apa?
hahahaha!!!
aku memang tak sangka..
gerai burger tu juga telah mula menjual jersi bolasepak!!!
hahahaha!!!
aku mula-mula ingat CC kat situ yang jual jersi tu..
gerai burger tu actually depan CC..
jap..CC jual jersi..bunyinye pelik jugak!
kedai burger jual jersi..lagi la pelik~
hahaha..
dipendekkan cerita..aku pun tejebak membeli dua helai jersi kat kedai burger tu..
so..bila aku cakap jersi yang aku pakai tu aku beli kat kedai burger..
tolong la percaye..aku bukan loyar buruk atau melawak..
aku memang benar-benar beli jersi tersebut di kedai burger..
harap maklum~


Thursday, October 7, 2010

apa daaa~


suatu petang yang hening..seorang guru sedang menelefon penjaga salah seorang pelajar kelasnya kerana pelajar tersebut didapati telah ponteng pada hari sebelumnya..
ikuti dialog perbualan yang yang sempat dirakam di dalam memori guru tersebut..

guru (g) : helo, selamat petang. bolekah saya bercakap dengan puan ****?
penjaga (p) : ya, ini puan ****. siapa di sana?
g : oh, saya cikgu ****. guru kelas kepada anak puan, ****. maaf mengganggu puan.
p : tidak mengapa. apa yang saya boleh tolong, cikgu?
g : terima kasih. begini puan, adakah anak puan pergi ke sekolah semalam?
p : (diam. mungkin sedang memikirkan sesuatu.) oh, ada. dia ada ke sekolah semalam. kenapa ya cikgu?
g : oh. maaf, puan. tetapi anak puan telah didapati ponteng sekolah semalam.
p : (terkejut) eh, tak mungkin. dia beritahu saya yang dia telah masuk ke sekolah. saya percaya dengan kata-katanya.
g : tidak puan. anak puan tiada di sekolah semalam. kelas pun dia tak masuk sejak sekolah bermula lagi.
p : tak mungkin. tak mungkin anak saya akan ponteng. cikgu salah orang agaknya.
g : tidak puan. kami tak salah orang. memang benar anak puan telah ponteng. kami juga mempunyai bukti yang menunjukkan anak puan tidak berada di sekolah dan didapati merayau-raayau di luar sekolah bersama beberapa pelajar lagi.
p : bukti?
g : ya, bukti. dengan itu, saya berharap puan dapat datang ke sekolah kami pada petang esok bagi membincangkan dengan lebih lanjut melalui hal ini.
p : err. baiklah. sebelum itu saya akan bertanya kepada anak saya dulu.
g : baiklah. kalau begitu, saya dan guru disiplin akan menunggu kehadiran puan esok. terima kasih.
(ganggang diletakkan)

moral of the story: jangan ponteng sekolah..lebih lebih lagi ponteng di depan sekolah..kan dah kantoi..apa daaa~

Wednesday, September 1, 2010

Jalan-Jalan Cari Pasal di Melaka




hujung minggu lepas lepak di Melaka..


AKHIRNYA.......


rindu terubat juga..


terima kasih diucapkan kepada the Kubulicious CreW iaitu Alop "Gorjess" Esmail, Pali "Chenko" Napi, Zul "Ninja" Pami, Al "Big Bang" Janguli, Mr. Fabulous Ridhwan dan Jenny the House Ghost kerana membenarkan saya tinggal sementara di Fortress kamu semua..

tak lupa juga terima kasih kepada 2 ahli baru Kubulicious CreW..encik RABBIT01 dan encik RABBIT02...(maaf..aku tak tau nama kalian~ xp)

terima kasih juga diucapkan kepada Acap "Oldman" Baichikun, Matley "Joe" Musir, Adi "Terry" Sepul, Wan "The Man" Aiman, Pakwan and the Gangsta, dan sekali lagi..Kubulicious CreW's Pali "Chenko" Napi and Al "Big Bang" Janguli kerana bersama-sama menjayakan event Futsal kita di Clay Bank Bay tempoh hari...

oh ya..sebelum tu..aku nak ucapkan terima kasih kepada Toni "Hotwheels" Gunawan and the Family kerana menaja majlis berbuka pada hari Sabtu yang lalu..Toni rocks!!!


selain itu..terima kasih tak terhingga juga diucapkan kepada my Bro-in-Law dan isteri (kakak aku lah tu..) kerana menaja makanan berbuka dan tempat tinggal pada hari Ahad lepas..


akhir sekali..terima kasih Ya Allah..Ya Tuhan ku kerana memberi peluang kepada ku untuk meluangkan masa bersama orang-orang penting dalam hidup ku...Amin~


p/s: lepas Raya akan ada lagi event Jalan-Jalan Cari Pasal di Melaka..coming soon~

Monday, July 26, 2010

battle of the tigers!



Tanggal 25hb Julai adalah satu detik bersejarah di mana pasukan bolasepak negara berjaya menewaskan pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan selepas kali terakhir melakukannya lebih kurang sedekad yang lalu.

Kemenangan 1-0 hasil jaringan Safiq Rahim di minit ke-50 sudah cukup membuatkan pasukan Korea Selatan berputih mata dalam perlawanan persahabatan bagi menyambut ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Walau bagaimanapun, pasukan Korea Selatan yang dibarisi oleh skuad Olimpik mereka yang berumur antara 19-21 tahun itu tidak mudah melatah dengan kekalahan mereka dan menyifatkan pasukan mereka pada kali ini masih kurang pengalaman di pentas antarabangsa.

Pasukan Malaysia juga tidak terlalu mendabik dada dengan kemenangan ini kerana perjalanan pasukan Malaysia masih jauh dan banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara.

Walau apa pun, tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menewaskan Korea Selatan yang pada mulanya menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan semalam!

GEMPUR!!! WIRA!!!
MALAYSIA BOLEH!!!!!

P/S: tak dapat tengok game semalam..sedih seyh~ T_T



Tuesday, June 8, 2010

suatu masa yang lalu~



mak dan ayah sedang melihat-lihat foto-foto lama di dalam bekas foto..
dekat rumah ni memang kami tak simpan foto di dalam album..
sebab asyik terburai je album-album tu semua..
jadi kami sekeluarga campak je foto-foto semua kat dalam satu bekas biskut munchy's..

owh..sambung balik tadi..
sambil melihat-lihat foto yang lama-lama..
mak dan ayah sambil tu berbual mengenai setiap foto yang dilihat..
setiap foto ada ceritanya..
ketika itu ayah sedang melihat fotonya semasa muda..dalam tahun 70'an camtu..
masa tu ayah masih muda..belum lagi berkahwin dengan mak..
rambut ayah masa tu macam Hail Amir..70's la katakan..
ayah aktif main sepak takraw..
ayah cuba mengingat balik nama seorang demi seorang rakan sepasukannya di dalam foto itu..
ternyata ingatan ayah masih jelas..
ayah tengok lagi foto tu..
masa tu ayah sedang memakai sweater berwarna biru belang dengan seluar pendek..
ayah teringat sesuatu kenangan yang bersangkut paut dengan sweater tu..

ayah: teringat masa si angah kecik dulu..
mak: kenapa, bang?
ayah: tak, ingat lagi si angah gunting habis semua kolar baju abang termasuk sweater yang kat dalam gambar ni?
mak: la..ye ke?saya tak ingat pun..
ayah: ada..bila abang tanya tau si angah jawab apa?
mak: apanye?
ayah: ultraman suruh gunting!
mak: hah? (mak ketawa..) habis tu abang marah dia ke?
ayah: tak jadi abang nak marah..last-last..sekarang ni dia pulak pakai sweater tu.....

cerita ni di ceritakan oleh mak aku siang tadi..
aku olahkan balik kat dalam post ni..
masa aku dengar cerita ni..serious beb aku tak ingat aku dah gunting kolar baju-baju bapak aku masa kecik dulu..
aku ketawa...
huhuhu..memang betul..sekarang aku pulak yang pakai sweater tu..
patutlah ada kesan jahitan kat kolar sweater tu..
aku masa pakai tertanya-tanya jugak apa sebab kolar sweater tu berjahit..
rupanya aku punya angkara..tak sangka~ xp
ultraman suruh eyh?
adoyai...


Monday, June 7, 2010

laugh on the cloudy day - turbo!



hari ini..mendung..
cuaca yang bagus untuk duduk lepak di rumah..
dengan demam aku yang beransur pulih..
memang seseuai la sangat duduk rumah sekarang ni..


aku masih malas hendak menanda kertas..
walau beberapa kali da mak aku bising suruh tanda kertas periksa awal-awal..
nanti-nanti je lah..
aku nak enjoy cuti ni dulu..
lagipun sapa tak kenal aku?
suka buat keja last minit..
attitude yang sukar diubah semenjak dari zaman 'U' lagi..
hahahahaha..
aku kena buat sesuatu ni..
buat sesuatu untuk ubah sikap..
em...
nanti-nanti je la....
kan?


sedang aku bermalas-malas di rumah..
apa yang aku buat?
sekarang ni..aku sedang membaca novel..
ya..novel..
novel LAGENDA BUDAK SETAN....
huhuhuhu..
baru je aku sebut pasal filem dia di post yang lepas...
dah baca novel dia pulak la ni?
macam aku da gitau dalam post yang lepas..
aku belum pernah baca lagi novel ni..
tapi aku tau kewujudan novel ini..
sebab aku memang gemar baca novel..
tapi aku belum berkesempatan untuk menelaah novel LBS ni..


jadi di sini aku nak ucapkan terima kasih yang tak berbelah bahagi kepada Cikgu Isma kerana sudi memberi aku pinjam novel LBS ni..
domo-arigato!!! ^^


aku selalunya baca novel..jarang aku nak gelak kalau ada unsur-unsur komedi yang menggelikan hati dalam novel yang aku baca tu..
eh..jap..tipu la kalau aku cakap tak gelak..ada je gelak..tapi tak besar..
tapi ada satu part kat dalam novel LBS ni..yang buat aku tergelak besar sampai adik-adik aku pun pelik tengok aku..
dah tu..lama lak aku gelak tu..


part tu masa Kasyah baru sampai kat California State University, Fresno..
si Kasyah ni berkenalan dengan seorang lagi student Malaysia..
nama dia Turbo..
Kasyah tanya la nama sebenar si Turbo tu apa..sebab sebab si Kasyah ingat Turbo tu nama glemer je..
si Turbo tu bagitau la nama sebenar dia..
MOHAMMAD TURBO BIN MOHAMMAD KUASA!

p/s: aku nak bagi nama anak perempuan aku nanti Nurul Alexendria..hahahahaha~ xp


Saturday, May 29, 2010

graduation day ~ after




25 May 2010
Finally.........
aku da officially grad!!!!
terima kasih!!!
aku sedih~
terharu~
wuuuuuuu~


p/s: to all my uitm friends! meeting you guys after coming to uitm is the best thing that is happen to me..thank you so much guys!!! ^^



Monday, May 24, 2010

teacher's day story~


date: 21st may 2010
time 7.30am - 12.00pm
venue: smkbm
event: sambutan hari guru peringkat sekolah

ini ialah pertama kali aku menyambut hari guru sebagai seorang guru..

sambutannya simple je..

tapi cukup memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa dan raga aku sebagai seorang guru..(pehh~ bahasa~)

aku tak la expect aku dapat hadiah belambak macam cikgu-cikgu laen sebab aku tau aku bukannya seorang guru yang disayangi di sekolah..(hahaha~ aku sangat garang dan suka bertempik dan mendenda pelajar!!)

tapi cukuplah sekadar mendapat dua kuntum bunga (aku pun tak tau spesis apa) dan sebiji telur rebus yang dirembat dari dewan..(hahahaha~) dari seorang pelajar yang aku rasa cukup nakal
kat kelas aku..

well..aku sangat terharu dengan keikhlasan pelajar itu..
ye..aku betul-betul yakin dia ikhlas..

aku takkan lupekan saat ini sampai bila-bila..

neway..selain itu aku gak dapat anugerah GURU PALING BERGAYA bagi kategori sesi petang..
hahahahaha~
terima kasih kapada yang vote~
merepek betul!

-end-

Tuesday, May 11, 2010

we're the champion!!!



finally..
after three season..
we're finally bring the cup back to London..
congrats to all TRUE BLUE..
now we can celebrate!!! Q(^0^)/


p/s: ok..now lets focus on FA Cup this Saturday!




Friday, January 1, 2010

new year..another new beginning..

semalam..aku dan kawan-kawan hangout beramai-ramai..
hangout di bandar melaka...
tiada yang special sangat pun..
just walking together-gether down the streets..
having fun..
watching the kembang api for new year in eyes on melaka..
wishing a happy new year to one another..
walking along the river..
lepaking in mapley..
chatting about this and that..
smoking...
drinking...(nescafe, milo and teh tarik lah...)
then we go home..
yeah..nothing special..but fun..

just like my 2009..nothing really special..but still..bringing a lot of fun..and sadness..
now..after hours 2010 have arrive..still not too late to say goodbye to 2009..
bye bye 2009..i'll be missing all the fun and sad moment..
welcome 2010..semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas..
amin~

p/s: happy new year lads!!!

Thursday, December 24, 2009

kami datang..kami lihat..kami terjun!!!!


ini kisah aku, pali, alop, pacat, pami, toni, dan aiman....

kami beramai-ramai telah pergi menyerang Sagil..

dengan kekuatan pasukan seramai tujuh orang macho dan hangat telah berjaya menakluk Sagil dalam tempoh 3 jam sahaja...

kami datang..kami lihat..kami terjun!!!!

walaupun hujan sekejap-sekejap di samping bunyi siren amaran di Sagil tidak mematahkan semangat murni kami sepasukan berjuang di air yang cetek..

akhir kata..terima kasih kepada semua kengkawan yang telah menjayakan misi di Sagil..

raikan kemenangan!!!!




p/s: dah lama tak rase seronok camni~

Friday, December 4, 2009

kesakitan lembu bernombor lapan

last week nye cerita..
baru skang nak publish..
cite pasal aku gi tolong owang kat masjid sembelih lembu korban..
tak pernah-pernah aku bangun awal..
tapi berbaloi-baloi la gak..
seronok..
terasa kemeriahan hari raya aidiladha..
next year nak bawak parang sendiri la..
nak tolong melapah lembu pulak..
ari tu tolong tombangkan lembu je..
tapi penat gak la..bayangkan le camne seekor lembu kena tahan oleh 7-8 owang..
hahahaha..
pengalaman yang sangat menarik..
lagi satu yang best...
aku dapat atasi phobia terhadap darah..
i mean yang berkuantiti agak banyak la...
sebab ada salah seekor lembu yang kitowang tumbangkan..darahnye memancut kat aku semasa tengah disembelih...
wow!
ganjarannya selepas itu..
masing-masing dapat bawak balik 1kg daging..

p/s: betul...ada lembu bercap nombor "8" kat bahagian pinggulnya..kami memanggilnya andersson...hahahahaha~

Wednesday, November 25, 2009

PERHATIAN!!!

KEPADA SEMUA PELAJAR PRAKTIKAL UiTM KAMPUS BANDARAYA MELAKA

KHAS UNTUK MEREKA-MEREKA YANG DIARAHKAN OLEH LECTURER UNTUK MEMBUAT TESIS MENGGUNAKAN HARD COVER

JANGAN BUAT HARD COVER ANDA DI KEDAI ZR (MARA LAMA YANG BETUL-BETUL DI TEPI JALAN)

SEBAB APA?

SEBAB SEPATUTNYA HARI INI TESIS AKU SIAP DENGAN JAYANYA..

TETAPI TESIS AKU SI PEKERJA ZR LAKHANAT TU SALAH BUAT..

LOGO UiTM YANG SEPATUTNYA 2x2.7cm DIORANG BUAT JADI 2.5x3cm..

AKU DAH BAGI DAH TERANG-TERANG UKURAN LOGO YANG AKU NAK TU KAT DIORANG

TETAPI DIORANG TAKNAK MENGAKU KESALAHAN DIORANG DENGAN
ALASAN SEBELUM NI DIORANG BUAT LOGO UNTUK STUDENT UiTM CAMTU GAK TAK KENA REJECT PUN NGAN LECTURER..

ALASAN LAIN..DIORANG BUAT SEKALI HARUNG DENGAN TESIS STUDENT UiTM LAIN DAN TAKKAN SEBAB AKU SORANG NYER TESIS KENA PAKAI PLAT LOGO LAIN..

WHAT THE FUCK????

CAMNE LAK TESIS AKU LAK DIPERSALAHKAN NI??

MASUK AKAL KE??

WEY BANGSAT!!!

AKU CUSTOMER LA...AKU CAKAP 2x2.7 TU...2x2.7 LA...

YANG KEPALA HOTAK KOWANG IKUT SESUKA HATI BUAT 2.5x3 KENAPA BANGSAT???
AKU SANGAT MARAH...

PLAT TAKDE LA...

NAK TEMPAH PLAT RM50 LA..

IT'S THAT MY DAMNED FUCKING PROBLEM YOU FUCKING IDIOT????

YANG TAMBAH CIBAI..PLAT 2x2.7 ADA PULAK???

HAMPEH!!!

NAK TAK NAK AKU TERPAKSA TAMPAL JE LOGO YANG SALAH BUAT TU..

1JAM LEBIH DARI SEREMBAN KE MELAKA..CAMNI LAK JADI???
PERGH...MACAM SIAL DOWH...

JADI..IKUT CAKAP SAYA...
JANGAN BUAT HARD BOUND OR HARD COVER DI ZR...

p/s: semua maki hamun dan carutan ditujukan khas kepada semua pekerja-pekerja ZR sahaja....dan hell yeah!!! aku sangat MARAH!!!!!!!!

Thursday, October 29, 2009

suatu hari di petang selasa

suatu hari...
lelaki1 pergi ke rumah kawannya iaitu lelaki2..
untuk mengambil cd installer spss versi 12..
sebaik sahaja kereta lelaki1 tiba di depan rumah lelaki2..
kelihatan bapa si lelaki2 baru sahaja mahu keluar..

"assalamualaikum pakcik..H****** ada?"

"ada..masuklah.."

"eh..pakcik nak keluar kereta ke?"

"oh..tak..kereta pakcik kat depan tu.."kata bapa si lelaki2 sambil menuju ke kereta proton saga 1980 di seberang jalan..

si lelaki1 mematikan enjin kereta sebaik sahaja lelaki2 keluar menjemputnye masuk..

"takpe la s***..kat luar je..aku malas nak bukak kasut..gipun aku da lambat ni..mak aku tadi da mesej tanya aku katne..hahaha~"

"em..ko tunggu jap.."kata lelaki2 kepada lelaki1..

"eh s***..kalo ada buku MR..bak sini skali ar.."

"ye!!"tak lama lepas tu.."nah" sambil memberi cd dan buku yang diminta lelaki1..

"ko bila konvo?"

"ape la ko ni k***..da lepas da ari sabtu ari tu.."

"hah??yeke?apsal kowang tak contact aku?ley aku datang tengok kowang konvo..."

"alah..susah-susah je ko nanti..ramai owang..gipun budak-budak ni terus je rushing balik..ko tau je la bebudak kita kan ramai dak borneo..eh..kereta ko ke tu?"sambil menuding jari ke arah kereta naza suria di depan rumah..

"taklah..tu kereta bapak aku..pinjam je..tadi aku gi USIM nak collect data.."

"abih kereta kancil ari tu ne?

"da trade in ngan kereta ni la..susah aku nak gerak gi ne-ne skang ni..kalo kereta kancil dulu..melaka..klang..sampai je..keta baru ni..nak pakai kena mintak izin dulu beb..haih~"

"hahaha..padan muka..sapa suruh ko duduk ngan mak bapak?"

"eleh..ko tu?2x5.."

"tu la pasal.."sambil memandang ke dalam rumah..lelaki2 menyelowkan volume suarenye"sampai skang aku takde keje tetap..tu tak boleh..ni tak boleh..haih~ ko kira untung la dapat pakai keta..."

"em..aku abis viva isnin depan..aku ingat nak merantau.."

"ko nak gi ne?"

"aku nak cari kerja luar dari seremban..tension beb duk seremban.."

"aku pun sama.."

"ok la s***..aku gerak dulu..kang bising mak aku kang aku balik lewat..gipun nak main bola.."

"ok..pe-pe hal roger"

lelaki1 pun beredar dari situ..

ape yang kowang boleh nampak dari citer ni?
lu pikir la sendiri~




Saturday, October 17, 2009

kantoi

dua sekawan..
seorang laki dan seorang perempuan..
sedang berbaris di kaunter tiket TGV sambil berbincang nak tengok movie apa hari tu..
tetiba..telefon bimbit si lelaki tadi mendendangkan nada dering "Imperial March" menandakan seseorang yang penting sedang berada di talian..

"hellow..assalamualaikum, mak.."

"waalaikumussalam...ngah..kau kat ne?"

"angah..emm.." sambil memandang kawan perempuannya tadi.."angah kat jusco.."

"yeke?ngah..ko tolong kejap ngah..keta ayah rosak kat opis..ko gi amik ayah kejap.."


"alamak...errr.." berjalan keluar dari barisan..kawan perempuan tadi hanya mengikut si lelaki tadi kehairanan..

si lalaki itu menyambung.."mak..sorry la..angah kat jusco..bukit tinggi..."

"hah??camane ko boleh sampai ke sana pulak??" tinggi suara emak lelaki tadi di hujung talian..

"err..angah kuar ngan kawan.."

"abih tu..camane mak nak gitau ayah ni???"

lelaki tadi hanya terdiam..

"hmm..pandai-pandai la ko jawab ngan ayah balik karang.."

"takpe mak..angah balik sekarang.." dan perbualan ditamatkan..

"nape ni?" tanya perempuan yang hanya berdiam diri dari tadi..

"keta bapak aku rosak la..mak aku suruh gi amik.."

"hahaha..habis tu camne ni?nak tengok movie atau nak balik?"

si lelaki berfikir sejenak.. "jum la balik..sowie la ek..tak dapat nak tengok movie ngan ko.."

"it's okay~"

balik tu..si lelaki teruk dibebel oleh emaknya....

p/s: lain kali..gitau keluarga anda ke mana saja anda pergi..jika anda masih duduk dengan parents anda..kan da kantoi..padan lah muka~