Showing posts with label bergumbira. Show all posts
Showing posts with label bergumbira. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Ops Tambah Lemak





sebentar tadi baru pulang menghantar BFF ku Pali..
sebelum itu pergi hantar GF Pali, Pisha ke stesen keretapi Tampin..

Pisha sampai di Tampin tengah hari tadi bertujuan bertemu BF nya, Pali..
pada mulanya Pali sibuk dengan kerja..dan Pisha meminta aku mengambilnya di Tampin..
walau bagaimanapun Pali berjaya melepaskan diri dari cengkaman kerja demi Pisha..
walaupun begitu, Pali dan Pisha tetap mengajak aku keluar bersama kerana motokar Pali mengalami masalah tayar pancit..

aku pun membawa mereka ke Bandaraya Melaka..
mula-mula pergi membeli buah di Jalan Ong Kim Wee..
kemudian kami pergi ke MP..Pisha mahu belanja makan..
aku tak ingat apa nama restoran yang kami kunjungi..
namun, apa yang aku pasti restoran tersebut menyediakan makanan Jepun ala Bufet..

kami bertiga makan seperti tak ingat dunia..selama 1 setengah jam tempoh kami makan..
memang kenyang macam nak gila...
berjalan pun tak begitu larat..
nampak perbezaan ketara di perut ku sebelum dan selepas makan..
adakah itu mainan ilusi atau realiti?
biarkan sahaja..yang penting aku kenyang..sekenyang-kenyangnya~
kenyang sampai berjalan pun perlahan-lahan sahaja..

selepas itu kami berjalan-jalan di sekitar MP dan DP..
lama juga kami pusing di DP..kerna Pisha sudah lama tidak mengunjungi DP..

selepas itu kami ke Hotel Puri kerna Pisha mau berjumpa dengan rakan sekerja lamanya di situ..
beliau ditemani oleh Pali..aku pula tidur di dalam kereta..aku masih demam~

selepas ke Hotel Puri..perjalanan diteruskan dengan menghantar Pisha ke stesen keretapi Tampin kerna Pisha pulang hari ini juga ke Kuala Lumpur dengan keretapi pukul 6.45 petang..

dipendekkan cerita..lepas hantar Pisha..aku menghantar Pali pula..

akhirnya aku menghantar diriku sendiri pulang ke rumah dengan keadaan demam dan perut yang masih kenyang..

~HABIS~

Monday, July 4, 2011

Sorakan Minggu Ini ~ 01

Kau Kebanggaan Ku – MALAYSIA


Oh MALAYSIA,

Kita bergembira;

Oh MALAYSIA,

Satukan jiwamu;

Selamanya HARIMAU MALAYA,

Selagi kita bernyawa;

Oh MALAYSIA,

Kau kebanggaan ku~


Sumber: Ultras Malaya


Sunday, July 3, 2011

Malaysia!!! transform and roll-out!


dua jaringan cantik hasil sepakan percuma Aidil Zafuan dan Safiq Rahim sudah cukup buat Chinese Taipei gigit jari..
walaupun pihak tuan rumah dibantu oleh pengadil (yang hanjing lagi lakhanat) dari Vietnam (yang tersangatlah cibai)..

Malaysia berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dan yang akan menanti pasukan negara tak lain dan tak bukan negara jiran kita sendiri iaitu Singapura..

perlawanan pertama menentang Singapura adalah pada Sabtu, 23hb Julai di Singapura dan perlawanan timbal balik kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, 28hb Julai (weekday lagi~).

ayuh rakyat Malaysia..sama-sama kita bersatu jiwa menyokong pasukan bolasepak negara!!!



Friday, July 1, 2011

Ultras Malaya - kegembiraan yang gila!


Ultras Malaya masa game final AFF Suzuki Cup 2010

Ultras Malaya~
satu fenomena yang telah menyerang negara sejak tahun 2007..
ianya selaras dengan kebangkitan bolasepak Malaysia..
siapa tak tau Ultras Malaya?
Ultras Malaya adalah ekor Harimau Malaya..
meaning that..whatever happen..we'll support and chanting for Malaysia Football Team!

Ultras Malaya masa game final AFF Suzuki Cup 2010

actually, 29hb Jun 2011 ialah kali pertama aku join pergerakan Ultras Malaya ni..
masa tu perlawanan melibatkan pasukan Malaysia vs Taiwan..1st leg kelayakan Piala Dunia 2014..
terima kasih kepada geng-geng Ultras Taming Sari membenarkan aku join!

bersama-sama dak Ultras Taming Sari(UTS) - image by Pali

tapi join Ultras ni memang memerlukan seseorang itu mempunyai stamina yang tinggi!
ini kerana chants akan bermula dalam lebih kurang 15 minit sebelum perlawanan bermula sehinggalah half-time..rehat jap..2nd-half bersambung balik sampailah habis game!
masa tengah chants gak mana ada duduk..berdiri je sepanjang-panjang game..
tapi ada chants yang memerlukan Ultras-ultras ni duduk sekejap..
lagu-lagu dan chants diorang pun best!
lirik chants akan diberi sebaik sahaja kami sampai kat kawasan tempat duduk Ultras..so kalau yang baru-baru join cam aku nih takkan rasa awkward la sebab dapat nyanyi sesama lagu Ultras nih!

geng UTS bergambar dengan Ultras no9ori - image by paku pakis

suasana happening join Ultras Malaya ni memang tak dapat dibayangkan dengan perkataan..
jadi, sape-sape nak merasakan keseronokan yang gila..moh join Ultras Malaya di stadium bila ada perlawanan antarabangsa mambabitkan pasukan Malaysia lagi!

ini link untuk video chant yang aku sempat rakam masa join Ultras Malaya ari tu~


ini lak link untuk video semasa Ultras Malaya nyanyi lagi NEGARAKU..credit: rasyiqahhashim~



Monday, November 22, 2010

movies week!



cuti sekolah telah bermula!!!
tapi aku telah mengambil cuti dua hari awal!!!
yeay!!!
tolong jangan tanya kenapa..sebab aku tak mau jawab!
hahaha!!!


hari Khamis lepas..
pas habis sekolah je (yeah right!) aku terus berdesup pergi ke Melaka..
mau melepak bersama kawan-kawan ku yang telah tamat belajar..
mula-mula aku sampai..cuma Alop dan Ridhwan sahaja yang ada di Kubu..
kawan-kawan yang lain pulang ke kampung masing-masing..
al-maklumlah..cuti raya Aidiladha plus tamat semester..


ok..ikut tajuk post pada hari ini..
minggu ni aku memang banyaklah sangat tonton filem!
hari Isnin yang lepas aku tonton filem Unstoppable..
memang sangat unstoppable ceritanya..
pada pendapat aku la..filem ni berjaya membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk walau 10 inci pun sebab jalan ceritanya menarik, penuh saspension dan mendebarkan!
bayangkan ajelah..satu pangung kusyuk beb tonton cerita ni..dengan aku sekalilah~
scene paling saspen! scene masa Chris Pine terjatuh masa nak connect keretapi dia ngan gerabak yang liar itu..liar?? haha~ xp


pastu ari Rabu pulak..
aku telah menonton cerita Skyline..
filem ini ialah filem sains fiksyen..
pasal alien yang nak takhluk bumi..
cerita ini agak boring walaupun dia punya sc-fi sangat baik..
ending dia pun..owhh..tergantung lah..
boring..boring...


hari Khamis pula..aku di Melaka..
bersama Alop dan kawan sekelasnya Fina...
kami tonton Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1..
ok..ceritanya..aku tak tau nak cakap camner..
mungkin sebab aku dah tau jalan ceritanya selepas membaca novelnya..
so..ok la..at least dapat tengok secara visual camne dia ceritakan balik pasal lagenda tiga beradik Deathly Hallows..
tak sabar nak tunggu Part 2!!!


hari Jumaat!
tengok wayang lagi!!!
kali ni aku dan Alop disertai oleh Pali dan Boss!
kami tonton cerita RED!
pasal pesara-pesara perisik beraksi!
ok..scene paling cool! scene masa Bruce Willis keluar dari kereta yang tengah berpusing!
damn cool! haha~


jap..tu belum masuk movie yang aku tengok kat laptop..
macam....~

Scott Pilgrim vs The World..(bengong! hahaha!)


71: Into The Fire..(filem perang Korea rock!)


Hot Tub Time Machine..(back to the 80's!)


The Expendables..(wow..tengok pisau dia!)


Step Up 3D..(yang 3D la sangat~)


The Social Network..(ada apa dengan fb?)


masa cuti ini mau tengok lagi movies!
enjoy!!!



Tuesday, September 28, 2010

message to my bros..and the gang~


bilekah nak buat reunion?
aku rindu korang sume!!!
sejak aku grad ni memang jiwa aku sangat kosong~
tanpa korang sume di sisi..
bile lagi nak lepak reramai like the old days?
jomlah lepak di melaka bila-bila punya weekend..
at least sebelum pali and alop abis sem ni..
taon depan mereka sudah tiada lagi di uitm..
maka tiadalah berseri negeri melaka sekelian hari...
suggest la tarikh yang korang free..
harap-harap dapat amik satu weekend yang sesuai untuk kita sama-sama hangout..
ke mana?
mungkin ke sagil..
atau ke gadek..
berkarok itu sudah pasti..
tolong la...i miss u all my frens!!!!
p/s: I.P.K.U.D.C.C.I.

Wednesday, September 1, 2010

Jalan-Jalan Cari Pasal di Melaka




hujung minggu lepas lepak di Melaka..


AKHIRNYA.......


rindu terubat juga..


terima kasih diucapkan kepada the Kubulicious CreW iaitu Alop "Gorjess" Esmail, Pali "Chenko" Napi, Zul "Ninja" Pami, Al "Big Bang" Janguli, Mr. Fabulous Ridhwan dan Jenny the House Ghost kerana membenarkan saya tinggal sementara di Fortress kamu semua..

tak lupa juga terima kasih kepada 2 ahli baru Kubulicious CreW..encik RABBIT01 dan encik RABBIT02...(maaf..aku tak tau nama kalian~ xp)

terima kasih juga diucapkan kepada Acap "Oldman" Baichikun, Matley "Joe" Musir, Adi "Terry" Sepul, Wan "The Man" Aiman, Pakwan and the Gangsta, dan sekali lagi..Kubulicious CreW's Pali "Chenko" Napi and Al "Big Bang" Janguli kerana bersama-sama menjayakan event Futsal kita di Clay Bank Bay tempoh hari...

oh ya..sebelum tu..aku nak ucapkan terima kasih kepada Toni "Hotwheels" Gunawan and the Family kerana menaja majlis berbuka pada hari Sabtu yang lalu..Toni rocks!!!


selain itu..terima kasih tak terhingga juga diucapkan kepada my Bro-in-Law dan isteri (kakak aku lah tu..) kerana menaja makanan berbuka dan tempat tinggal pada hari Ahad lepas..


akhir sekali..terima kasih Ya Allah..Ya Tuhan ku kerana memberi peluang kepada ku untuk meluangkan masa bersama orang-orang penting dalam hidup ku...Amin~


p/s: lepas Raya akan ada lagi event Jalan-Jalan Cari Pasal di Melaka..coming soon~

Sunday, August 22, 2010

futsalholic!!!


we work

we rest

we play!!!

we are futsalholic!!!


Baba Street Crew ft. Ha Kim-mi

every weekend..
12.00 am to 2.00am..
live from Public Star Futsal, Seremban 2..

"lets dance on the pitch!"


Friday, August 20, 2010

aku rindu~



aku sekarang sedang rindu~
aku rindu kat kawan-kawan masa di UiTM KBM!
aku rindu nak main futsal kat Kolej Tun Mamat!
aku rindu nak main bowling kat Melaka Raya atau kat MP!
aku rindu masa-masa makan kat kedai kuning atau kat kedai belakang Maybank!
aku rindu masa-masa bersesak-sesak menunggu lif pagi-pagi masa nak pegi kelas!
aku rindu masa-masa memanjat tangga sampai ke kelas level 14!
aku rindu UiTM KBM yang sejuk beku macam peti ais tu!
aku rindu nak bawak buku Marketing ke sana ke mari!
aku rindu nak buat assignment yang berlambak-lambak!
aku rindu presentation!
aku rindu sindiran dan leteran lecturer!
aku rindu masa lunch kat bangunan MARA!
aku rindu nak main CS kat CC Abang Wan!
aku rindu nak lepak dan berborak ngan Kak Nana kat Jellybean sambil minum Susu Coklat Dutch Lady perisa Coklat Vienna!
aku rindu nak lepak kat rooftop kolej!
aku rindu nak main Pool atau berkarok kat Digital Mall!
aku rindu nak main bola kat Padang Serindit!
aku rindu jalan-jalan pada waktu malam di Bandar Melaka!
aku rindu Jonker!
aku rindu MP dan DP!
aku rindu Cheese Nan kat Pak Putra!
aku rindu Mi Wantan kat Jiki!
aku rindu Cheese Stix kat Burger King!
aku rindu nasi ayam kat MP!
aku rindu shisha kat Klebang!
aku rindu nak karok kat MP!
aku rindu lepak kat rumah Pali kat Kubu!
aku rindu masa-masa tonton EPL bersama kawan-kawan!
aku rindu zaman belajar!!!
aku rindu semua di Melaka!!!!!!!!

Tuesday, August 10, 2010

shoutout!!!


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA!

IKHLAS DARI EDITOR~ XP

Monday, July 19, 2010

Champion of the World



sudah seminggu Spain ditabalkan menjadi Juara Dunia..
ya..pertama kali menjadi Juara Piala Dunia sememangnya manis..
aku sejak awal lagi menyokong Spain dalam kempen Piala Dunia..
aku jugak menyokong England, Argentina, Japan dan South Korea..
banyak?
hanya meminati pasukan-pasukan tersebut sahaja..
tak salah kan?
tapi aku memang sejak Piala Dunia 2002 lagi aku minat untuk sokong Spain..
Spain adalah pasukan utama aku (selepas Malaysia dalam kategori pasukan negara) yang aku sokong..
dua tahun lepas aku ingat lagi bagaimana gembiranya aku tengok pasukan pilihan aku menang Euro 2008..
sekarang mereka menang Piala Dunia pulak..


sudah dapat 1 bintang!!!
aku sebagai penyokong tumpang gumbira~

VIVA LA FURIA ROJA
VIVA LA ESPANA


ok..habis sudah demam Piala Dunia..
EPL akan bermula tak lama lagi..
Come On Chelsea

Monday, June 21, 2010

second half begin!


hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi semester kedua tahun 2010..
sedar tak sedar dah masuk 4 bulan aku menceburi bidang perguruan ini..(walaupun sebagai guru sandaran tak terlatih je~)
bila difikirkan balik..memang tak sangka jugaklah aku boleh bertahan dengan perangai budak-budak kat sekolah aku tu..
abang ipar aku pun tak percaya aku masih survive!
yezzzaaa!!!
i will survive!!!

walaupun dah masuk separuh masa kedua sesi sekolah untuk tahun ni..masih ada lagi misi yang belum diselesaikan..
hehehehe..tekalah ape bendanye~ xp

ok lah..
aku pun nak sambung wat keje..
wish me luck for new semester!!!

FAITOO....OOWWWHHHHHHH!!!!!! Q(^o^)/


p/s: tetibe aku rase lapar~ xp

Tuesday, June 15, 2010

a week left~



hari ini sudah masuk hari selasa (semasa post ini ditulis)..
pejam, celik, pejam, celik..cuti tinggal seminggu je lagi..
tempoh seminggu cuti yang dah berlalu memang aku gunakan sebaik-baiknya..
apa lagi..bercutilah...
kertas banyak tak tanda lagi..
malasnyeeeeee~


last week aku tonton filem Prince of Persia bersama seorang kawan..
memang terbaik la cerita tu..
tempoh sejam lebih mata terlekat je kat skrin wayang tu..
best la wa cakap lu!
jalan cerita yang menarik..
padat dengan aksi..
dan...Gemma Arterton yang suuuuwwweeeeeettttt giler!
aku jatuh cinta!!!
tapi sayang tak lama..
cinta aku beralih arah beberapa jam selepas itu..


aku sedang online..
tah macam mana tah..tetiba lak broadband aku laju nak mampos waktu tu..
aku apa lagi..sedut banyak-banyak video clip dari youtube..
banyak aku download lagu Korea, Jepun dan clip dance battle..
tengah usha-usha lagu Korea yang best..aku terjumpa pulak satu lagu nih..
CHOCOLATE LOVE by So Nyeo Shi Dae (SNSD)


lagu ni dah lama pun..aku je yang baru dengar..
not bad..
sexy dance!!!
cute giler!!!
tu yang membuatkan aku jatuh cinta kepada SNSD nih..
nak pilih semua tamak sangat..
jadi aku pilih Jessica Jung! (suka-suki aku je main pilih-pilih!)


Jessica!!! sarang hae!!!


tak sedari..aku sedaang merapik..
maaflah sebab aku merapik-rapik dalam post ni..
aku sebenarnya tension!
tension sebab RTM saluran 1 yang kononnya media rasmi di Malaysia bagi Piala Dunia 2010..
tidak menyiarkan semua game secara live seperti yang telah dilakukan pada edisi-edisi yang lepas..
akibatnya aku tak dapat tengok beberapa game bola di kala aku sedang bosan duduk rumah!
kenapa ini berlaku?
adakah RTM ingat semua rumah kat Malaysia ni ada ASTRO?
rumah aku tiada ASTRO!
titik!!!



fakku!!!



nasib baik ade Jessica~ ^^


Tuesday, June 8, 2010

suatu masa yang lalu~



mak dan ayah sedang melihat-lihat foto-foto lama di dalam bekas foto..
dekat rumah ni memang kami tak simpan foto di dalam album..
sebab asyik terburai je album-album tu semua..
jadi kami sekeluarga campak je foto-foto semua kat dalam satu bekas biskut munchy's..

owh..sambung balik tadi..
sambil melihat-lihat foto yang lama-lama..
mak dan ayah sambil tu berbual mengenai setiap foto yang dilihat..
setiap foto ada ceritanya..
ketika itu ayah sedang melihat fotonya semasa muda..dalam tahun 70'an camtu..
masa tu ayah masih muda..belum lagi berkahwin dengan mak..
rambut ayah masa tu macam Hail Amir..70's la katakan..
ayah aktif main sepak takraw..
ayah cuba mengingat balik nama seorang demi seorang rakan sepasukannya di dalam foto itu..
ternyata ingatan ayah masih jelas..
ayah tengok lagi foto tu..
masa tu ayah sedang memakai sweater berwarna biru belang dengan seluar pendek..
ayah teringat sesuatu kenangan yang bersangkut paut dengan sweater tu..

ayah: teringat masa si angah kecik dulu..
mak: kenapa, bang?
ayah: tak, ingat lagi si angah gunting habis semua kolar baju abang termasuk sweater yang kat dalam gambar ni?
mak: la..ye ke?saya tak ingat pun..
ayah: ada..bila abang tanya tau si angah jawab apa?
mak: apanye?
ayah: ultraman suruh gunting!
mak: hah? (mak ketawa..) habis tu abang marah dia ke?
ayah: tak jadi abang nak marah..last-last..sekarang ni dia pulak pakai sweater tu.....

cerita ni di ceritakan oleh mak aku siang tadi..
aku olahkan balik kat dalam post ni..
masa aku dengar cerita ni..serious beb aku tak ingat aku dah gunting kolar baju-baju bapak aku masa kecik dulu..
aku ketawa...
huhuhu..memang betul..sekarang aku pulak yang pakai sweater tu..
patutlah ada kesan jahitan kat kolar sweater tu..
aku masa pakai tertanya-tanya jugak apa sebab kolar sweater tu berjahit..
rupanya aku punya angkara..tak sangka~ xp
ultraman suruh eyh?
adoyai...


Sunday, June 6, 2010

cuti sekolah


yahuuuu!!!!!!
cuti sekolah telah bermula!!!!!!!!
habis sudah separuh masa pertama untuk tahun ni...
macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan dalam masa dua minggu cuti nih..
aku pun ada jugak susun beberapa acara masa cuti ni..
antaranya...

1. tidur sepuas-puasnya!!!
2. tonton vcd/dvd movies/drama sepuas-puasnya!!!
3. main bolasepak sepenat-penatnya!!!
4. tengok siaran World Cup se....seape-apenye!!!
5. makan free di kenduri-kenduri kahwin kawan-kawan sekenyang-kenyangnya!!!
6. turunkan berat badan dengan berjoging sejauh-jauhnya!!!
7. berfacebook dengan rakan-rakan sehingga sebosan-bosannya!!!
8. tanda kertas peperiksaan pertengahan semalas-malasnya!!!

ada lagi tak aktiviti yang lebih menarik daripada di atas?
jika ada..cadangkan kepada saya..
saya mau menggunakan sepenuh-penuhnya cuti sekolah ini..
hehehehehe~ xp

p/s: start je cuti aku demam..start je demam aku cuti..kusso! x_x

Saturday, May 29, 2010

graduation day ~ after




25 May 2010
Finally.........
aku da officially grad!!!!
terima kasih!!!
aku sedih~
terharu~
wuuuuuuu~


p/s: to all my uitm friends! meeting you guys after coming to uitm is the best thing that is happen to me..thank you so much guys!!! ^^



Monday, May 24, 2010

teacher's day story~


date: 21st may 2010
time 7.30am - 12.00pm
venue: smkbm
event: sambutan hari guru peringkat sekolah

ini ialah pertama kali aku menyambut hari guru sebagai seorang guru..

sambutannya simple je..

tapi cukup memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa dan raga aku sebagai seorang guru..(pehh~ bahasa~)

aku tak la expect aku dapat hadiah belambak macam cikgu-cikgu laen sebab aku tau aku bukannya seorang guru yang disayangi di sekolah..(hahaha~ aku sangat garang dan suka bertempik dan mendenda pelajar!!)

tapi cukuplah sekadar mendapat dua kuntum bunga (aku pun tak tau spesis apa) dan sebiji telur rebus yang dirembat dari dewan..(hahahaha~) dari seorang pelajar yang aku rasa cukup nakal
kat kelas aku..

well..aku sangat terharu dengan keikhlasan pelajar itu..
ye..aku betul-betul yakin dia ikhlas..

aku takkan lupekan saat ini sampai bila-bila..

neway..selain itu aku gak dapat anugerah GURU PALING BERGAYA bagi kategori sesi petang..
hahahahaha~
terima kasih kapada yang vote~
merepek betul!

-end-

Tuesday, May 11, 2010

we're the champion!!!



finally..
after three season..
we're finally bring the cup back to London..
congrats to all TRUE BLUE..
now we can celebrate!!! Q(^0^)/


p/s: ok..now lets focus on FA Cup this Saturday!




Friday, January 1, 2010

new year..another new beginning..

semalam..aku dan kawan-kawan hangout beramai-ramai..
hangout di bandar melaka...
tiada yang special sangat pun..
just walking together-gether down the streets..
having fun..
watching the kembang api for new year in eyes on melaka..
wishing a happy new year to one another..
walking along the river..
lepaking in mapley..
chatting about this and that..
smoking...
drinking...(nescafe, milo and teh tarik lah...)
then we go home..
yeah..nothing special..but fun..

just like my 2009..nothing really special..but still..bringing a lot of fun..and sadness..
now..after hours 2010 have arrive..still not too late to say goodbye to 2009..
bye bye 2009..i'll be missing all the fun and sad moment..
welcome 2010..semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas..
amin~

p/s: happy new year lads!!!