Showing posts with label s.h.e.. Show all posts
Showing posts with label s.h.e.. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

500 Hari Mencari Cinta~


Lagi satu cerita yang sempat aku muat turun dan tonton..(500) Days of Summer..ok..tengok poster macam love story tapi lepas tonton ceritanya, ianya bukanlah love story or cerita romantic yang biasa..bak kata narrator di awal cerita, “This is a story of boy meets girl, but you should know upfront, this is not a love story”.

Well..filem ni pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2009..dua teraju utama filem ini ialah Zooey Deschanel (Yes Man) sebagai Summer Finn dan Joseph Gordon-Levitt (Inception) sebagai Tom Hansen. Filem ini dipersembahkan dengan tidak mengikut format kronologi di mana setiap babak dimulakan dengan menunjukkan hari ke berapa antara 500 hari Tom ‘terikat’ dengan Summer.

Aku tak nak cerita tentang sinopsis kat sini sebab panjang..malas aku nak taip panjang-panjang..apa yang aku nak kongsi ialah..filem ni bukan seperti filem romantic yang pernah aku tonton sebelum ni..di mana watak utama bercinta..putus kejap..pastu sambung balik in the end of the story..pastu live happily ever after..NO..cerita ni lebih kepada macam mana expectation seseorang lelaki terhadap seorang wanita yang dicintainya..tetapi in the end hubungan mereka tak ke mana..di awal cerita dia ada tunjuk di mana babak hari ke 488 Summer memegang tangan Tom sambil di jari manisnya terdapat sebentuk cincin..jadi, dari scene tersebut aku jangka cerita ni habis dengan Tom dan Summer hidup bahgia akhirnya..tapi lepas tonton keseluruhan filem..ternyata hipotesis aku meleset..hahaha..damn..terkena di situ!

Cinematography bagi cerita ni pun agak unik dan sangat menarik pada hemat aku..di mana di sesetengah scene koarang akan rasa macam korang tengah tonton music video..well..pengarahnya iaitu Marc Webb lebih banyak mengarahkan music video dan video dokumentari yang melibatkan band-band terkenal seperti Greenday, 3 Doors Down dan No Doubt.

Skrip yang ada dalam filem ni pun boleh dijadikan quotes yang cool..contohnya...

“Just because she likes the same bizzaro crap you do doesn't mean she's your soul mate.” – Rachel Hansen

“The following is a work of fiction. Any resemblance to persons living or dead is purely coincidental. Especially you Jenny Beckman. Bitch.” – Author’s Note

“Roses are red, violets are blue... Fuck you, whore!” – Vance reading a card that Tom has written

“You don't want to be named as anybody's girlfriend, and now you're someone's wife?” – Tom Hansen

“There's no such thing as love, it's fantasy...” – Summer Finn

http://www.imdb.com/title/tt1022603/quotes

Watak Rachel Hansen iaitu adik perempuan Tom yang sering menjadi penasihat kepada Tom dimainkan oleh Chloe Moretz (Hitgirl dalam Kick-Ass) dan manakala Vance iaitu boss tempat kerja Tom dimainkan oleh Clark Gregg (Agent Coulson dalam Iron Man 2).

Aku recommend cerita ni kepada siapa yang belum tengok..rating aku..7.7/10

http://www.imdb.com/title/tt1022603/

Thursday, July 7, 2011

woman also can play!




okeh..selamat petang..buenos tardos! que onda?
tengok post pun da leh agak..
post ini berkenaan Piala Dunia Bolasepak Wanita (WWC) yang sedang hangat dipertandingkan di Jerman!
guys..korang semua kena tonton bolasepak wanita ni..
and then korang cuba bandingkan dengan cara korang main..
hahaha..tergugat beb!
pas ni dah tak releven lagi la ungkapan "ko ni main bola cam perempuan la~"
kerana..sesungguhnya ada wanita-wanita yang lebih hebat bermain bolasepak berbanding kita yang lelaki nih..
aku tengok pun jeles seyh~
lagi satu..yang aku tengok pemain-pemain bolasepak wanita dalam WWC ni..takde pun nampak ke"pengkid"an diorang..cam wanita biasa aje..ayu..ada yang comel lagi beb!
tapi ada la nampak sedikit kejantanan mereka bermain bola..tapi keayuan tu still ada~ LOL
so..dalam keayuan mereka..dua orang minah US ni telah menarik minatku..
hahaha..siapakah mereka?? lihat gambau kat bawah ni le~



hoh..nampak kegagahan dalam keayuan mereka!!!
ok..mereka ini ialah pemain pasukan USA..
aku sebenarnya tak minat pasukan USA nih..
aku cuma tertarik dengan mereka berdua ni aje~
marilah berkenalan bersama mereka!


yang di atas ini namanya Ali Krieger..
lahir pada 28 Julai 1984..
dalam kempen WWC kali ni beliau memakai jersi no.11..
posisi beliau ialah sebagai pertahanan..
baru-baru ini semasa pertemuan menentang Sweden, beliau bertindak sebagai bek kanan..
menurut biodata yang diambil dari laman web FIFA, Krieger buat masa sekarang tidak terikat kepada mana-mana kelab..
namun difahamkan kelab terakhir yang beliau sertai ialah Washington Freedom..
beliau telah mewakili USA sebanyak 21 perlawanan..
dibawah antara aksi-aksi beliau di dalam dan di luar padang~






-----------------------------------------------------


okeh..babe yang seterusnya..dari pasukan USA juga~
beliau ialah Hope Solo..oppss..beliau ni takde kena mengena ngan Hans Solo dari filem Star Wars ye..
beliau ni ialah orang bumi~
lahir pada 30 Julai 1981 di Richland, Washington, USA.
tinggi lebih kurang aku..175cm..
bertindak sebagai penjaga gol utama pasukan USA dan berjersi no.1..
98 kali menyertai pasukan kebangsaannya..
dan sekarang ni beliau bermain untuk kelab Boca Raton MagicJack..salah satu kelab bolasepak wanita profesional di USA..
berikut ialah aksi-aksi beliau di dalam dan di luar padang..






actually..untuk pasukan bolasepak wanita ni..aku lebih meminati pasukan Jerman..
cara permainan mereka cantik..dan mereka ialah pasukan favorite bagi kepen WWC kali ni memandangkan mereka ialah tuan rumah..dan juga juara bertahan~
next time akan ku introduce pemain dari Jerman pulak..
tapi bukan dari senior team..dari U-20 nyer team..
preview..lihat pics bawah le~



mereka adalah babe dalam pasukan U-20 Jerman~
Selina Wagner & Sylvia Arnold

to be continued......~


Saturday, September 4, 2010

Gloomy Raya~

5 sebab kenapa Raya tahun ni macam tak best bagi aku...

1. Raya pertama beraya di Seremban...tak sama dow suasana beraya dekat kampung bersama sepupu-sepapat semua...I missed my late Atok Yah and Atok Kabah <~my tears is falling if I start thinking of them.....I missed them so much!

2. Pakcik merangkap kawan baikku sejak dari kecil, Encik Khairul Haizal tidak dapat bersama-sama beraya dengan family aku tahun ni kerana komitmen kerja..KEJAM!

3. Cuti Raya kali ini agak sekejap..bagi aku la..walaupun hari ni dah start cuti..whats the F point kalau cuti PADA HARI RAYA LEBIH PENDEK DARI CUTI HARI PUASA?? <~sila abaikan jika anda tidak bersetuju dengan saya...haha~

4. kena bagi duit Raya mulai tahun ini kerana aku dah bergaji...*sigh*

5. beraya dengan status "SINGLE".......sebelum ni kalau takde gf pun..scandal-sandal ade jer..tahun nih...*sigh* ==


Monday, June 21, 2010

the differences



tadi masa aku tengah makan pagi kat ruang dining rumah aku..
sambil tu aku dengar la radio..
pada masa tu orang kat radio tu tengah berbincang satu topik..
agak menarik jugak la topik ni bagi aku..

topik yang dibincangkan ialah.."perbezaan perempuan zaman dahulu dengan zaman ini"
macam-macam jugak la pendapat yang diberikan oleh pendengar stesen radio tersebut..
antara perbezaan perempuan zaman dulu ngan zaman sekarang (pendapat dari pendengar)..

-perempuan dulu lebih sopan dari perempuan zaman sekarang..perempuan zaman sekarang ramai yang gedik~

-perempuan zaman dulu pakaian besar-besar dan labuh-labuh..sampai tak tau perempuan tu gemuk ke..kurus ke...perempuan zaman sekarang pulak..pakai baju kecik-kecik..ada tu tak cukup kain pulak..sampai terjojol sana..terjojol sini~ (aku tergelak bile dj radio tu sebut part ni~) xp

-perempuan zaman sekarang yang baiknya kebanyakannya educated!tak payah suruh menelaah buku pun..diowang sendiri yang suka rela menghadap buku..siap sengih sorang-sorang pulak tu!buku ape yang diowang hadap?buku ape lagi kalau bukan "muka buku"!

statement di atas..diingatkan sekali lagi..ialah pendapat para pendengar stesen radio terbabit..
bukan aku yang cakap haa~
tapi bila diekstrak balik statement di atas..memang ade betulnye~
so..apa pendapat korang pulak?
boys..girls..berikan pendapat anda pula~ ^^


Tuesday, October 20, 2009

for 21st october 2009.....

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

p/s: especially for you......selamat ulangtahun ke 23~

Friday, October 16, 2009

Tuesday, August 11, 2009

my weekend...part 2

sabtu, 08/08/09


aku bangun kul 9 lebih hari itu..
kawan-kawan aku, pali dan al ada kelas pagi itu..
aku bangun menawarkan diri untuk menghantar mereka..
selepas gosok gigi dan membasuh muka..tanpa mandi..aku menghantar mereka ke kampus..

selepas itu aku pulang ke rumah sewa pali di kubu..
alop tidak ke kelas kerana ada hal..dia hendak ke sentral..
aku pun bercadang nak terus balik seremban..
alang-alang aku gerak, aku hantar skali alop ke sentral..

perjalanan dari melaka ke seremban terasa jauh..dan bosan..
disebabkan antena radio jentera itu patah, aku memasang kaset..
itupun ada kaset yang tak boleh dipasang kerana sudah lama..
dah bosan menukar-nukar kaset yang aku dengari..akhirnya aku memasang kaset lagu p.ramlee..ngantuk gile..

sebenarnya hari ini aku dah berjanji dengan seseorang..
dia berada di sepang..wat part time..
dan memandangkan sepang ngan seremban ngan sepang takde la jauh sangat..
aku nak gak gi jumpa dia..(kalau sepang tu beribu batu jauhnya pun aku sanggup kot..hahaha)

aku decide untuk pulang ke rumah dulu sebelum ke sana..makan..
selesai je makan tengah hari di rumah..
termenung jap kat bilik air..
bersiap dan terus menuju ke sepang..

tapi ada masalah sikit..
aku bukannya pernah gi litar sepang sebelum ni..
jadi, ini kali pertama aku ke sana sendiri..
dengan hati keringnya aku lalu mengikut jalan dalam..(lalu kampung LBJ)

sebelum ni aku pernah lalu situ..bapak aku la bawak..sebab tiap-tiap kali raya nak balik kampung belah mak kat kuala selangor memang lalu situ..
terus tembus KLIA..terus keluar kat lebuhraya ELITE..

dengan izin Allah..
alhamdulillah..
sampai gak aku ke destinasi walaupun aku tak tau nak masuk litar sepang tu katne..hahahahaha!!

lepas aku park kereta..aku terus masuk ke dalam mencari si dia..
dia keje jual air kat situ..
bila dah jumpa dia..aku lepak la tengok kereta-kereta yang tengah berlumba masa tu..
satu perkataan je yang mampu aku luahkan..
"BOSAN"

bukan bosan ape..bosan tengok kereta-kereta tu berlumba..
mungkin bagi yang meminati sukan permotoran ni feel diorang lain..
tapi bagi aku yang lebih meminati sukan bolasepak ni..rasa cam..tertanya-tanya..
ape la yang diowang tengok sebenarnya ni..
lantak la kan..lain orang..lain selera..
mungkin aku yang tak faham..hahahaha!!!

dia mencuri sedikit masa kerja dia untuk menemankan aku..
dia cakap gerai dia tak berapa sibuk sebab tak ramai yang datang tengok race tu..
kami pun duduk la berdating kejap..
tangkap-tangkap gambar..
berbual-bual..walaupun diganggu bunyi kereta lumba yang agak bingit bunyinye..

satu lagi persoalan bermain di kepala aku..
kereta lumba ni memang kena bising-bising ek? huhuhuhu..

nak dekat pukul 5 aku pulang..
lagipun dia sedang kerja..takkan nak lepak lelama dengan dia lak?
kang tak pasal-pasal dia yang kena marah..
sebelum itu berlaku..baik aku gerak dulu..
dia nak anta aku sampai depan tapi aku tak bagi..
dah la dari tempat kitorang duduk tu ke depan sangat le jauh..(kalau jalan kaki laa..)
sebelum meneruskan perjalanan menuju ke gate depan..aku belikan dia aiskrim..
hadiah untuk dia sebab temankan aku jap..
aku rasa happy sebab dapat jumpa dia..

dalam perjalanan pulang ke rumah..
aku tak lepas-lepas senyum je..
ne taknye..
masa sebelum aku gerak pulang..kat dalam kereta masa tu..aku mesej dia..
"suka tak i datang?"
dia membalas.."suka"

aku sampai ke rumah dengan selamatnya..
namun..aku agak risau..
dia ari tu keje kat sepang tu sampai kul 3 pagi..
takpelah..dia dah besar..pandailah dia jaga diri..
gipun dia berdua ngan kawan dia..



* * *



ahad, 09/08/09


hari ni takde yang spesel..
bangun pagi..
basuh kereta..
tido balik..
bangun..
tengok tb..
petang gi main bola..
malam..tengok smallville..
pastu kat tb2 ada cite pocong..
baru tengok sikit da pening pale..
sebelum bertukar jadi migrain..aku gi tido..


tamat hari minggu aku...


ari ahad aku..bosankan?

Tuesday, June 30, 2009

25 jun 2009 part 2: fucking fake hope

ku sangkakan panas sampai ke petang..hek eleh..baru lima minit da ujan??
camtu la kesudahan cerita cinta pendek aku dengan dia..
rekod baru beb..bercouple selama 4 hari..rekod peribadi..hahaha..
patut la aku rase ada tak kena je..
memang dia nak kenakan aku...

ntah la..tak tau nak cakap pe?
aku tak reti da nak cita panjang2..
hati aku..jiwa aku..
pecah bederai dilakukan sebegini rupa..
aku ingatkan dia nak couple ngan aku sebab dia da btul2 nak terima aku..
rupanya.."ada babi dalam kontena"...
dia saje je couple ngan aku..pastu ignore aku..sebab nak tunjukkan kat aku yang dia memang tak suka aku..

naif gile aku ni..
lurus bendul...
hahahahahahaha..
mari ramai2 gelakkan diri aku!!!
hahahahahahaha!!!

semalam..pas balik dari kerja..aku terus shoot ke umah dia kat klang..
semata-mata nak mintak penjelasan kenapa dia ignore aku?
nah..2 jam lalu highway dari umah aku di seremban..dapat jawapannya..
seperti biasa..sad ending finally untuk aku..

terima kasih "u"...
sebab buat i camni...
tapi u btul..
i yang degil..
lupa cinta takleh nak pakse2..

apa yang aku dapat?
kena lecture ngan use kat hentian plus seremban kul 12 pg..
kena lecture ngan pakcik aku kat umah dia kat cheras kul 1.45 pg..
kunci moto ilang..sampai aku terpaksa ulang alik dari cheras ke seremban..seremban ke cheras..pastu cheras ke seremban balik...semata-mata nak amik kunci..
aku terpaksa tipu mak ngan ayah aku..cakap aku gi tengok midnite..(di malam isnin??)
sowie ayah..
sowie mak...
sowie paman..(pakcik aku)
sowie use...
nampaknye aku da nyusahkan ramai pihak..
hahahahaha..
malang siak aku ni..!

tapi bgus gak jalan jejauh memalam buta semalam..
aku rasa tenang......

u..cam i cakap semalam..
i takkan wish "gud luck" or "selamat berbahagia di samping tersayang" kat u..
i wish..satu hari nanti u akan rasa seperti mana yang i rasa semalam..
neway..thanks la ok..
for the kisses..
for the hugs..
for everything...
thanks....

the end

p/s: kan aku da cakap pacat...cite aku mejoriti sad ending la..hahaha..mari gelakkan aku beramai-ramai!!!

Monday, June 29, 2009

satu permulaan baru..25 jun 2009 -part 1

tanggal 25 jun..around pukul 8.37pm..
aku call dia..saje nak dengar suara...
suara yang ku rindu..

aku sebenanye tak ingat ape yang kami bualkan..
namun di penghujung sebelum aku melatakkan telefon..
aku ingat sikit yang dia sound aku..
"kalo keluar ngan u bosan..u asyik nak lama2 jumpa i..padahal tak buat ape2 pun,"
aku senyap je..tak tau nak cakap pe..
pastu..aku pun cakap.."sowie la..next time i plan btul2 bila nak ajak u kuar k?ok la..i nak gi makan.."
"hah..merajuk la tu.."
"ne de i merajuk..."
"bla..sikit2 nak merajuk.."
"ala..kalo i merajuk pun..u bukannye kesah..tul tak?"
"aah..hahaha..i memang tak kesah pun.."
aku diam lagi..terkedu dengar jawapn dia..padan muka aku..
"u..kalo i merajuk..u pujuk i tak?"
"mesti la i pujuk.."
"kenapa pulak?"
"sebab i sayangkan u!" jawabku dengan kondifen...
dia diam seketika..dan bersuara.."kalo u sayang i..jum la couple.."
aku terdiam..biar betul minah ni..
selama ni aku usha2 bukan main susah betul..
last2 dia gak yang ajak aku couple?
pelik...
aku tergelak..senyap..dan tergelak balik..
cam tak caye ape yang aku dengar dari mulutnya tadi..
"betul ke ni?"
"betul la.."
aku senyap gi..
still terkejut...
"b...bo...boleh..." tu je yang mampu aku cakap..
"em..ok!"
"jadi..skang ni..u gf i?"
"u-huh"
"i bf u?"
"iye.."
"thanks u..."
dia diam..

aku tak tau nak cakap pe gi pastu..
aku pun letak phone dengan alasan..aku nak call abul..
pastu..aku tak call pun abul..
aku baring di atas katil..dengan bercampur-baur..
suka..terkejut..cam tak caye..pelik..semua pun ada..
apa kesudahannya nanti?
aku ragu2....

Tuesday, June 9, 2009

sad song in june acoustic version

semalam..
selepas bermain bola aku pulang ke rumah..
sampai sahaja di rumah..aku minum air sejuk..
lepas itu aku terus naik ke atas..menuju ke balkoni rumah aku untuk menyejukkan badan..
di balkoni, aku bertenggek di atas tembok balkoni kerana ia adalah tempat strategik dan mempunyai air-cond semula jadi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sanskrit..

sambil bertenggek di tembok balkoni..aku tenung langit yang semakin gelap ditelan kepekatan malam..
sambil termenung..aku mengingat kembali segala apa yang telah berlaku kepada aku kebelakangan ini..
tanpa disedari..air mata aku mengalir perlahan..
sebak di dalam diri..
terkenangkan sikap aku yang tak reti bersyukur dengan apa yang telah aku alami..
aku lupa..setiap yang berlaku di dalam hidup ini mempunyai hikmah dan sebabnya yang tersendiri..

pernah aku suarakan kepada salah seorang kawan baikku yang bermasalah satu ketika dahulu bahawa penderitaan itu sebenarnya salah satu nikmat hidup..
tanpa penderitaan..kita tak akan belajar sesuatu dari kesilapan..

itu teori yang pernah aku fikirkan..
namun aku kesal kerana aku hanya tahu bercakap..tapi tidak mempraktikkannya..
timbul lagi satu kelemahan aku di situ..

sebelum hari ini (semalam), aku kecewa dengan apa yang berlaku terhadap diri aku dan cuba mencari kesalahan orang lain..
hari ini (semalam)...aku akui yang sejujurnya semua yang terjadi adalah akibat dari perbuatan diri aku sendiri..
bukan salah sesiapa..
salah aku...
kerosakan yang berlaku terhadap komputer riba milik aku bukan salah orang lain..
salah aku...
aku kecewa dan derita mencintai "seseorang" yang tak pernah membalas cinta aku..bukan salah dia..
salah aku...
cuma aku yang tak pernah mahu mengakuinya semua..
aku takut kepada realiti yang aku bersalah sejak awal lagi..
aku takut kepada realiti yang sebenarnya aku kalah sejak awal lagi..
keberanian dan semangat berkobar-kobar aku tak pernah kena pada masa dan tempatnya..

kelmarin (ahad)..aku ke klang..
semata-mata untuk menemui 'dia'..
kononnya nak buat surprise..
namun..kehadiran aku disambut dingin..
aku dapat rasakannya..
aku bertanya kepada 'dia'..
"u tak suka ke i datang ni?"
"tak"-jawabnya pendek..
aku terkilan..
namun aku tahu..bukan salah 'dia'...
salah aku yang terlalu excited nak datang tanpa memberitahunya..
salah aku datang semasa 'dia' penat dan letih sebab malam sebelumnya 'dia' baru pulang dari kenduri kahwin di muar..
walau bagaimanapun 'dia' tetap meluangkan masa untukku..
terima kasih 'u'...

sepanjang perjalanan pulang ke seremban..
macam-macam yang aku pikirkan..
pikirkan usaha aku yang sia-sia cuba untuk memenangi hati seorang perempuan yang telah sedia untuk memberikan hatinya untuk orang lain..
teringat aku akan mesejnya beberapa hari yang lalu..
"kimi...berhenti tunggu 'i'..."
apa yang harus aku lakukan?
telah berkali-kali aku cuba untuk melupakannya..
cuba untuk membencinya..
cuba untuk tidak mencuntainya..
tapi..
susah....
aku tak tau mana kekuatan aku?
mungkin ianya memerlukan tekad dan azam yang "super kuat mother f**ker"...
200% effort...
ya..aku akan cuba...
mungkin nanti.....

pasal komputer riba aku yang rosak tu..
aku dah ada jalan penyelesaiannya..
terima kasih kepada yang membantu..

kepada fahmi dan pacat..
terima kasih sebab memberi komen yang pedas dan bernas untuk aku..
aku akan cuba enjoy hidup ini sebaik mungkin selepas ini..
dan tak merungut....

Wednesday, June 3, 2009

one side of me.. - part 1

ari ni keje cam biase..
jaga bengkel yang unit aku anjurkan..
masa makan tadi aku tetiba rasa "kosong"..
aku rasa kehilangan "sesuatu"...
aku rindukan "seseorang"...
bukan rindu yang biasa..
rindu tahap dewa punya..
rasa cam nak balik awal dan jumpa "seseorang"...
tapi...aku tahu..itu bukan sesuatu yang bijak untuk dilakukan sekarang..
"rindu"..hanya perasaan di hati yang boleh datang dan pergi sesuka hati mak bapak dia..
dan aku tahu aku terpaksa menahan perasaan tersebut daripada menguasai fikiran aku..
bak kata pepatah..ikut hati..mati..
Tuhan..berikan aku kekuatan...agar dapat aku harungi hari-hari yang mendatang ini..tanpa "seseorang" di sisi..
"seseorang" itu..ialah.....















LU PIKIR LA SENDIRI....

Tuesday, March 17, 2009

question from the vampire..



With examples, briefly describe what can you see from the picture above. (25 marks)

Thursday, February 19, 2009

kisah sedih klasik seorang aku...

Tak tau camne nak mula?
Seperti yang kamu semua tau..aku dah single balik..
Pacat..kau dengar tak?aku..kawan kau..dah single balik beb!
Hahahaha!!!
Sangat cepat bukan?
Entahlah..aku pun tak tau la kenapa jalan cerita aku begini?
Kengkadang camne kuat pun kita berusaha..akhirnya..ape pun tak dapat..
Seperti kata-kata yang aku pernah dengar masa aku kecil dulu..
“apa yang kita hendakkan..itulah yang kita takkan dapat..”
Aku tak ingat aku dengar dari mana ayat tu..
Tapi bila difikir-fikirkan semula..dengan mengambil kira jalan cerita aku ni..ada signifikannya..
Ah..persetanlah dengan falsafah tah apa-apa tu semua..
Rasanya dah sampai masa aku bagitau kenapa aku direject..

Hah???aku?kena reject???
Ya!betul tu!!aku kena reject oleh si dia..
Dan situasi ini bukanlah kali pertama aku alami..
Dengan si dia je dah berapa kali kot..
Tapi..lepas tu kami baik balik..huhuhu..
Dan kali ini..dia betul-betul maksudkannya..
Walaupun kami masih berhubung..tetapi..bukan macam sebelum ni..
Rasanya tak lebih dari kawan kot..
Entahlah..

Baiklah..kita terus ke topic utama..
Kenapa ek?
Sebab aku jugaklah yang punya silap sampai dia pun dah tak nak bagi peluang lagi kat aku..
Walaupun sebenarnya bagi aku..silap aku takde lah besau benau..huhu..
Aku pada mulanya rasa ianya tak adil bagi aku..
Tapi bila aku fikirkan balik..
Memang silap aku…
Aku dah pun mintak maaf kat dia..dan berjanji takkan buat lagi..
Tapi semuanya dah terlambat..
Sebenarnya selepas malam kejadian yang hari aku buat silap kat dia tu..satu minggu lebih beb dia tak mau layan aku..
Sedih gak la aku..
Sampai merayu-rayu..
Dan cuba korang bayangkan betapa rendahnya aku letakkan diri aku masa tu semata-mata nak pujuk dia..
Aku memang betul-betul sayangkan dia..
Tapi seperti yang aku cakap tadi..semuanya dah terlambat..
Dia cakap..dia tak pernah menyayangi aku langsung selama ni..
Selama ni dia anggap aku hanya sebagai kawan sahaja..
Walaupun dia pernah cuba banyak kali untuk terima aku..tapi dia tak boleh..
Sehinggalah malam hari kejadian..
Sejak itu..dia terus tidak cuba lagi untuk menyayangi aku..
Tidak lagi cuba untuk menerima aku..
Walaupun aku merayu..memujuk..ia takkan dapat ubah lagi keputusannya..
Lagipun..dia pernah bagitau aku..yang ada orang lain yang cuba memenangi cinta dia sebelum aku..
Lebih menyakitkan..dia mengakui yang dia lebih selesa dengan lelaki itu..
Dan ketika itu aku sedar yang aku dah tak boleh buat apa-apa lagi..
Aku sangat keciwa…tahap gaban…

Walau bagaimanapun..aku takde lah frust menonggeng lama-lama sangat..
Kejap je..pastu aku dah agak ok sikit la..
Aku cuba untuk terima kenyataan yang aku dengan dia takde jodoh…
Aku cuba…
Selalunya kejap je aku lupa..
Tapi..entahlah..semakin aku cuba untuk melupakannya..semakin aku rindu padanya..
Nampaknya rasa sayang aku masih kuat padanya sampaikan aku tak boleh nak benci dia walaupun aku rasa tertipu dan terasa dipermainkannya..
Aku tak pernah salahkan dia..
Selama ini aku hanya menyalahkan diri aku sendiri..
Akulah punca utama yang menyebabkan semua ini berlaku..
Kalaulah..
Ah..sudahlah..benda dah jadi..
Tapi kenapa?
Kenapa aku masih lagi mengharap cinta darinya?

Takpe..
Aku cuba..
Cuba untuk tidak memikirkan tentangnya..
Walaupun pada hakikatnya..
Aku sayang..dan aku rindu dia…
Nampaknya..terpaksalah aku tipu diri sendiri tul tak?
Hahahahaha…

Aku cerita ni bukan untuk raih simpati dari korang..
Cuma ingin meluahkan sahaja..
Dan aku rasa lega dapat luahkannya..

-the end-

Monday, February 9, 2009

tamatnya riwayat sebuah mimpi..

hari ini..aku telah kembali ke dunia sebenar..
selepas beberapa ketika aku "bermimpikan" sesuatu yang indah..
akhirnya..mimpi itu tamat begitu sahaja..
ya..walaupun ianya sekadar untuk seketika..sudah cukup..barangkali?
aku sebenarnya tidak mahu bangun dari mimpi itu..
ia tersangatlah indah..
hanya tuhan sahaja yang mengerti betapa indah mimpi itu..
aku terasa ingin selamanya diulit mimpi sedemikian..
namun aku sedar..ianya hanyalah fantasi..
khayalan semata-mata..
apa yang kekal adalah realiti..
yang tinggal..hanya realiti..
wahai bidadari di dalam mimpi..
walaupun cita-cita ku untuk memiliki mu tidak terlaksana..
aku mahu kau tahu..aku ikhlas mencintaimu..
walaupun semuanya hanya sekadar mimpi..
selamat tinggal wahai mimpi..
tatkala ini..hatiku sepi..
mengenang cinta yang tak pernah ku miliki..
cinta fantasi..
hanya wujud di dalam mimpi..

-the end-

Sunday, January 11, 2009

weekend with my luv..

sabtu lepas..kami keluar bertemujanji di seremban..
tak pergi ke mana-mana pun..
gi jusco seremban 2..tengok wayang..
aku..bawak adik-adik aku sekali...
kami sangat seronok pada hari itu..








sabtu semalam..
sekali lagi kami keluar bersama..
kali ini..aku turun ke shah alam..
dia membawa aku berjalan-jalan ke kuala lumpur..tanah lahirku..
dah lama aku tak turun jalan-jalan ke KL..
rasa macam rusa masuk kampung pun ada juga aku walaupun aku lahir di KL..
huhuhuhu...
dan..kesan dari temujanji tersebut..
aku menjadi semakin sayang padanya...
tak..lebih tepat..aku cintakannya..
jiwang?
lantaklah..
aku tak malu untuk mengakui yang aku cinta..
tapi..bagaimana pula dengannya?





Thursday, January 8, 2009

miss me?yes..i miss you more..

she said that she miss me...and i feel like i wanna cry..cry with joy..because it's not easy to heard that word coming from her...i miss her as well..every seconds and every minutes in my life..i think about her..even though i'm busy with my study and all college stuff..i miss her..and i love her...

Sunday, December 28, 2008

aku yang mengelat

Aku sepatutnya bertugas 3 hari di lendu..akan tetapi..selepas hari pertama bertugas..aku serik..cam orang bodo je aku tinggal sorang-sorang kat situ..balik je betugas ari petama..aku trus gi kubu..
Ari kedua bertugas..pukul 6 petang sepatutnya aku pergi ke lendu..tapi..wawa kesayangan ku call mengatakan yang dia on the way ke melaka untuk berjumpa aku..dan aku tepaksa la (padahal dengan rela) aku mencari alasan untuk tidak ke lendu demi untuk bersama wawa ku sayang..helah aku berjaya..dan aku akhirnya dapat menghabiskan masa bersama wawa ku sayang dan aku sangat hepi dan bahagia..
Secara konklusi..aku hepi bila ada wawa..

*winkwink*

Thursday, December 25, 2008

Sunday, December 21, 2008

hikayat cinta seorang kimi..

yeah!tinggal lebey kurang 1 week je semester baru nak start..
plus..gi 10 ari gi kita akan meninggalkan tahun 2008 yang penuh suka duka ni..
i'm still in 'cuti' mode..but..gile tak sabar nak memulakan semester + tahun yang baru ni..
aku rindu..
rindu melaka..
rindu kampus..
rindu kolej..
rindu nak masuk kelas..
rindu nak study..
aku rindu sume kengkawan aku..
tmc locos..
kubulicious..
republic of ochard..
marketing student association..
hang tuah boulevard..
sume-sume la!!!
tapi...ada 1 thing yang tak best..
aku akan semakin jauh daripada 'dia'..
ya..'dia'..cik wawa kesayangan ku..
actually..takde masalah pun even kami berjauhan..as long aku ikhlas..setia menunggu dia seberapa lama pun..
but the prob is..mahukah dia?i mean..tunggu aku..
emm..untuk pengetahuan korang yang membaca ni..ye..korang!
walaupun aku da declare kat blog aku yang aku sayang kat dia..kami masih lagi berkawan biasa..yeah..just a friend..
katanya..dia perlukan masa..masa untuk kami kenal lebih dalam lagi satu sama laen..
masa untuk dia membuka semula hatinya setelah dia dikecewakan sebelum ni..
walaupun dia sendiri cakap yang dia tidak berjanji apa-apa pun kat aku..tapi aku akan tunggu..tunggu dia sampai bila-bila pun..
oh ye..lagi satu..dia tak pernah cakap yang dia sayangkan aku..
tapi..entah la..ati aku kuat mengatakan yang dia pun sayangkan aku gak..bunyi cam syok sendiri kan?
lantak la..yang aku tau..harapan aku untuk bersama dia masih ada..
cuma..now..is up 2 her..
me?
aku akan berusaha sedaya aku untuk mendapatkan cinta wawa...

Tuesday, December 9, 2008

i want to be your someone...

i want to be someone..to show you the way..
i want to be someone..just for you..everyday..everynight..every seconds..
i want to be someone..to understand what have you been through..
i want to be someone..to understand what u need..
i'll be there for you..
to hold you..
to love you..whoever you are..whatever you do..
i'll never afraid to tell the rest of the world that you the one that i loves..
i also want to be someone..who will make all your bad thoughts to an end..
i want to be someone to clear your misery..and someone to make you want to wake up everyday..
i want to be your someone..
always want to be..
because..i really love you with all my heart..
i love you..SITI SALWA BT MOHD BADRI.......