Thursday, September 3, 2009

sepetang di hari jumaat

Peristiwa ini berlaku hari Jumaat minggu lepas..kalau tak silap aku 28 haribulan Ogos..
Masa tu aku dalam perjalanan pulang ke rumah aku di Seremban dari tempat praktikal aku di Nilai..
Oleh kerana meter minyak aku dah menyala, maka terpaksalah aku singgah di sebuah stesen minyak di Bandar Nilai..
Masa itu di stesen tersebut ada seorang budak perempuan Melayu sedang meminta derma..
Aku selalu tiap-tiap minggu isi minyak di situ jadi keadaan tersebut taklah menjadi asing untuk aku..
Semasa aku pergi membuat pembayaran di kaunter, aku lihat budak tersebut sedang meminta derma di sebuah kereta kancil dan pemandunya seorang pakcik sedang mengisi minyak..
Selepas beberapa ketika di situ, budak itu beredar ke pelanggan stesen yang lain dengan wajah sugul..mungkin kerana dia tidak dapat apa yang dihajatinya..iaitu derma ikhlas..
Setelah selesai aku memberi minum kereta aku..tergerak hati aku nak menderma sedikit kerana aku pun ada duit lebih..
Lalu aku memanggil budak tersebut dan memberikannya beberapa not biru..
Dengan wajah keletihan tanpa senyum..”terima kasih, semoga Allah memurahkan rezeki encik..”
Aku senyum..”sama-sama..”
Semasa aku masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin kereta aku toleh ke arah kereta kancil biru tadi..aku lihat pakcik driver kereta itu sedang memikirkan sesuatu dan mula mengambil duit dari dompetnya dan memanggil budak perempuan tadi..mungkin untuk menderma barangkali..
Aku tersenyum sendirian..mungkin kerana dia nampak aku menderma tadi kot yang mendorong dia terbuka hati nak turut sama menderma..
Sebab tadi aku perasan masa aku menghulurkan derma kepada budak itu pakcik kereta kancil biru tu sedang memerhatikan aku..
Alhamdulillah..tu je yang mmpu aku ucapkan ketika itu..