Tanggal 25hb Julai adalah satu detik bersejarah di mana pasukan bolasepak negara berjaya menewaskan pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan selepas kali terakhir melakukannya lebih kurang sedekad yang lalu.
Kemenangan 1-0 hasil jaringan Safiq Rahim di minit ke-50 sudah cukup membuatkan pasukan Korea Selatan berputih mata dalam perlawanan persahabatan bagi menyambut ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Walau bagaimanapun, pasukan Korea Selatan yang dibarisi oleh skuad Olimpik mereka yang berumur antara 19-21 tahun itu tidak mudah melatah dengan kekalahan mereka dan menyifatkan pasukan mereka pada kali ini masih kurang pengalaman di pentas antarabangsa.
Pasukan Malaysia juga tidak terlalu mendabik dada dengan kemenangan ini kerana perjalanan pasukan Malaysia masih jauh dan banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara.
Walau apa pun, tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menewaskan Korea Selatan yang pada mulanya menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan semalam!
GEMPUR!!! WIRA!!!
MALAYSIA BOLEH!!!!!
P/S: tak dapat tengok game semalam..sedih seyh~ T_T
No comments:
Post a Comment