Thursday, June 24, 2010

i still believe~




ini ialah video clip yang aku cari-cari selama ini..
video perlawanan antara Malaysia dengan Korea Selatan..
kedua-dua pasukan bermain di Stadium Merdeka bersaing bagi merebut tempat ke pusingan akhir Sukan Olimpik 1980 di Moscow..

aku tak berapa tahu sangat detail perlawanan ni..
tapi yang aku tahu Malaysia telah berjaya menewaskan Korea Selatan dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan akhir di Moscow..
sebelum Olimpik Moscow 1980..
pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri di Sukan Olimpik 1972 di Munich..
walau bagaimanapun Malaysia hanya beraksi di peringkat kumpulan selepas tewas kepada tuan rumah Jerman dan Morocco..
tapi Malaysia dapat mencuri tiga mata hasil kemenangan ke atas Amerika Syarikat dengan jaringan 3-0!
pada masa itu..boleh dianggap sebagai zaman kegemilangan bola sepak Malaysia..

namun begitu..kontingen Malaysia telah memboikot Sukan Olimpik 1980 ini kerana pada masa itu Kesatuan Soviet (sekarang Rusia) telah menyerang Afghanistan..
sejak pemulauan Olimpik 1980..bola sepak Malaysia dilihat terus merudum..

tak tahu di mana silapnya sehingga bola sepak negara terus tenggelam..
walhal Korea Selatan yang pernah pasukan kita tewaskan berada di tahap yang lebih tinggi sekarang ini..
lihat saja berapa banyak penampilan Korea Selatan di Piala Dunia..sudah tujuh kali!
Malaysia?
sekali..itupun sebagai tuan rumah Piala Dunia Remaja 1999..
Piala Dunia?
zero~

aku sebagai rakyat Malaysia merangkap penyokong pasukan bola sepak Malaysia sangat berharap agar satu hari nanti Malaysia akan bangkit dan menunjukkan 'belang' di arena antarabangsa..
aku nak jugak rasa seperti mana perasaan rakyat Korea Selatan dan Jepun apabila pasukan negara mereka melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia..
secara jujurnya..aku sangat cemburukan mereka (Korea dan Jepun)..

persoalan sekarang..
bila bola sepak Malaysia nak maju semula?
kerana..
I STILL BELEIVE..
WE STILL BELIEVE..
DO YOU?


Monday, June 21, 2010

the differences



tadi masa aku tengah makan pagi kat ruang dining rumah aku..
sambil tu aku dengar la radio..
pada masa tu orang kat radio tu tengah berbincang satu topik..
agak menarik jugak la topik ni bagi aku..

topik yang dibincangkan ialah.."perbezaan perempuan zaman dahulu dengan zaman ini"
macam-macam jugak la pendapat yang diberikan oleh pendengar stesen radio tersebut..
antara perbezaan perempuan zaman dulu ngan zaman sekarang (pendapat dari pendengar)..

-perempuan dulu lebih sopan dari perempuan zaman sekarang..perempuan zaman sekarang ramai yang gedik~

-perempuan zaman dulu pakaian besar-besar dan labuh-labuh..sampai tak tau perempuan tu gemuk ke..kurus ke...perempuan zaman sekarang pulak..pakai baju kecik-kecik..ada tu tak cukup kain pulak..sampai terjojol sana..terjojol sini~ (aku tergelak bile dj radio tu sebut part ni~) xp

-perempuan zaman sekarang yang baiknya kebanyakannya educated!tak payah suruh menelaah buku pun..diowang sendiri yang suka rela menghadap buku..siap sengih sorang-sorang pulak tu!buku ape yang diowang hadap?buku ape lagi kalau bukan "muka buku"!

statement di atas..diingatkan sekali lagi..ialah pendapat para pendengar stesen radio terbabit..
bukan aku yang cakap haa~
tapi bila diekstrak balik statement di atas..memang ade betulnye~
so..apa pendapat korang pulak?
boys..girls..berikan pendapat anda pula~ ^^


manga review~



baru-baru ni aku ada baca satu manga..
pelik..selalunya aku lebih berminat dengan manga shounen..
namun kali ini aku tertarik dengan manga shoujo..
tajuk dia dalam bahasa jepun ialah "koukou debut" atau dalam bahasa inggerisnya "high school debut"..

berikut ialah serba sedikit ringkasan bagi manga tersebut..
aku copy and paste je..malas nak translate..


"Haruna Nagashima gave her all to softball in middle school, and now that she's made her high school debut she's decided to give her all for a new goal. Getting a boyfriend and falling in love! However, she has one small problem. Since she never paid any attention to fashion or trend in middle school she has no idea how to go about attracting her yet-to-be-found love. But a chance encounter with with Yoh Komiyama provides her with the opportunity she needs. If he coaches her in how to become attractive, surely she can find herself a boyfriend!"

awas..cerita ini agak jiwang..
kalau kowang senang menangis..
aku sarankan korang sediakan tisu satu pek..
tu pun kalo korang berminat la nak bace~
enjoy~


second half begin!


hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi semester kedua tahun 2010..
sedar tak sedar dah masuk 4 bulan aku menceburi bidang perguruan ini..(walaupun sebagai guru sandaran tak terlatih je~)
bila difikirkan balik..memang tak sangka jugaklah aku boleh bertahan dengan perangai budak-budak kat sekolah aku tu..
abang ipar aku pun tak percaya aku masih survive!
yezzzaaa!!!
i will survive!!!

walaupun dah masuk separuh masa kedua sesi sekolah untuk tahun ni..masih ada lagi misi yang belum diselesaikan..
hehehehe..tekalah ape bendanye~ xp

ok lah..
aku pun nak sambung wat keje..
wish me luck for new semester!!!

FAITOO....OOWWWHHHHHHH!!!!!! Q(^o^)/


p/s: tetibe aku rase lapar~ xp

Tuesday, June 15, 2010

a week left~



hari ini sudah masuk hari selasa (semasa post ini ditulis)..
pejam, celik, pejam, celik..cuti tinggal seminggu je lagi..
tempoh seminggu cuti yang dah berlalu memang aku gunakan sebaik-baiknya..
apa lagi..bercutilah...
kertas banyak tak tanda lagi..
malasnyeeeeee~


last week aku tonton filem Prince of Persia bersama seorang kawan..
memang terbaik la cerita tu..
tempoh sejam lebih mata terlekat je kat skrin wayang tu..
best la wa cakap lu!
jalan cerita yang menarik..
padat dengan aksi..
dan...Gemma Arterton yang suuuuwwweeeeeettttt giler!
aku jatuh cinta!!!
tapi sayang tak lama..
cinta aku beralih arah beberapa jam selepas itu..


aku sedang online..
tah macam mana tah..tetiba lak broadband aku laju nak mampos waktu tu..
aku apa lagi..sedut banyak-banyak video clip dari youtube..
banyak aku download lagu Korea, Jepun dan clip dance battle..
tengah usha-usha lagu Korea yang best..aku terjumpa pulak satu lagu nih..
CHOCOLATE LOVE by So Nyeo Shi Dae (SNSD)


lagu ni dah lama pun..aku je yang baru dengar..
not bad..
sexy dance!!!
cute giler!!!
tu yang membuatkan aku jatuh cinta kepada SNSD nih..
nak pilih semua tamak sangat..
jadi aku pilih Jessica Jung! (suka-suki aku je main pilih-pilih!)


Jessica!!! sarang hae!!!


tak sedari..aku sedaang merapik..
maaflah sebab aku merapik-rapik dalam post ni..
aku sebenarnya tension!
tension sebab RTM saluran 1 yang kononnya media rasmi di Malaysia bagi Piala Dunia 2010..
tidak menyiarkan semua game secara live seperti yang telah dilakukan pada edisi-edisi yang lepas..
akibatnya aku tak dapat tengok beberapa game bola di kala aku sedang bosan duduk rumah!
kenapa ini berlaku?
adakah RTM ingat semua rumah kat Malaysia ni ada ASTRO?
rumah aku tiada ASTRO!
titik!!!



fakku!!!



nasib baik ade Jessica~ ^^