Monday, July 13, 2009

petang yang berdarah

hari ahad..
cuaca petang agak mendung tapi bukan mendung nak hujan..
just mendung..
aku start kereta dan menuju ke padang bola untuk bermain bola..
aku hari ini ingin menjadi penjaga gol lagi..

pukul 6 lebih game dimulakan..
pada mulanya aku beraksi dengan baik walaupun sedikit gugup..
yela..baru second time jadi goalkeeper..
tapi malangnya selepas team aku mendapat gol pertama..gawang aku bocor 2 kali..
amatur lagi skil aku..
namun aku tak berputus asa..
aku mencuba yang terbaik!

sampailah saat itu..
aku menangkap bola tidak kemas dan bola muntah sejauh sekaki dari aku..
aku pun cuba menerkam semula bola tersebut..
aku berjaya..
namun..aku tak perasan yang sowang mamat meluru ke arah aku..
dia ingin menyepak bola muntah tadi..
tapi oleh kerana aku dah menangkap bola itu terlebih dahulu..
ZAASSSS!!!
muka aku jadi tempat singgah sepakan mamat tu tadi..
peeerrgh..
sakit tak ley nak kata apa...
aku menekup muka..
semua budak-budak meluru ke arah aku..
aku cuba untuk berdiri..
pening..
berpinar mata aku..
aku menadah tangan..
terasa cecair hangat keluar dari hidung aku..
darah menitis di atas glove..
salah seorang teammate aku memapah aku keluar padang..

aku pastu cuma gelak..
tak terpikir pun nak marah mamat yang sepak muka aku tadi..
apa yang aku risaukan..
hidung aku..patah ke tak..
fuuh..nasib baik tak patah..
darah masih mengalir..
nasib arini aku bawak keta..
ada tisu kat dalam tu..
aku suruh adik aku balik amik ais..
pastu aku rehat kat tepi padang sambil ais berada di hidung..
selesa gila..
sakit da ilang..

aku cakap ngan adik aku jangan bagitau mak aku..
ne tak nye?
tiap2 kali aku main bola mesti injured..
bulan lepas terseliuh..
minggu lepas kena siku kat rusuk..
hahahaha..
aku main bola ke american football ni?
pastu..hidung aku masih berasa sengal-sengal...
sampai la ni..

skuad wonderpet..menyelamatkan budak cramp.. - episode 1

ari jumaat aku pulang ke melaka dengan tujuan untuk berjumpa advisor..
tapi aku bukan la nak citer pasal tu..
aku nak cerita pasal lain..

aku balik ke melaka dengan menaiki motosikal..
dan aku kena gerak pagi sebab ari jumaat..faham-faham je la..
perjalanan di atas highway yang sangat lama dan membosankan..
aku melalak sowang-sowang kat atas moto tu untuk ilangkan ngantuk dan kebosanan..

dipendekkan cerita, pas jumpe advisor petang tu ku rehat di rumah pali sambil membaca komik online di laman web onemanga..
tajuk komik tersebut ialah SUZUKA..sangat menarik jalan ceritanya..
malamnya aku telah plan ngan pali and pisha nak gi karok kat MP..
dari kubu, kami bertiga berjalan kaki ke MP..melalui jonker walk..
sangat best..rindu aku kat melaka..hahahaha..
kami berkarok selama sejam..
cukup la tu..tu pun suara da serak..
kami pulang melalui jalan yang sama..
memasing lapar, dan kami ke restoran alif di kubu untuk makan..
aku minum je..
kebetulan alvin turut berada di restoran tersebut..
bukan makan..melantak!
hahahahaha!!!

suddenly pisha mendapat call dari hausmatenya..
**************** - tah hape yang dia cakap tah..
pas pisha hang up phone..
"zila, kaki dia cramp..dia tengah drive..skang dia kat jalan nak gi giant.."
"la..habis tu mana matt??" tanya aku.
"dia gaduh ngan matt.." jawab pisha
"dah tu..call la.." aku mengarah..
pisha pun call la matt..namun tidak berjawab..atau lebih tepat lagi, telefon bimbitnya ditutup..
aku, pali dan alvin saling berpandangan..
"so, camne?" aku bersuara..
"apa kata suruh si zila tu bawak pelan-pelan and pasang hazard light" cadang alvin..
pisha pun call balik zila..dia menyuruh zila membuat seperti yang alvin dan pali cadangkan..
pastu..kami sume meneruskan makan dan minum..
tapi aku tak sedap hati..
da la jalan nak gi giant tu agak lengang..
da pukul 12 lebih da ni..
aku pun mengambil keputusan untuk melihat si zila..
aku lantas pulang ke apartmen kubu yang terletak di belakang restoran tersebut untuk mengambil halmet..moto ada kat bawah..
aku start moto dan terus menuju ke destinasi...

penat...to be continued....