Monday, July 13, 2009

petang yang berdarah

hari ahad..
cuaca petang agak mendung tapi bukan mendung nak hujan..
just mendung..
aku start kereta dan menuju ke padang bola untuk bermain bola..
aku hari ini ingin menjadi penjaga gol lagi..

pukul 6 lebih game dimulakan..
pada mulanya aku beraksi dengan baik walaupun sedikit gugup..
yela..baru second time jadi goalkeeper..
tapi malangnya selepas team aku mendapat gol pertama..gawang aku bocor 2 kali..
amatur lagi skil aku..
namun aku tak berputus asa..
aku mencuba yang terbaik!

sampailah saat itu..
aku menangkap bola tidak kemas dan bola muntah sejauh sekaki dari aku..
aku pun cuba menerkam semula bola tersebut..
aku berjaya..
namun..aku tak perasan yang sowang mamat meluru ke arah aku..
dia ingin menyepak bola muntah tadi..
tapi oleh kerana aku dah menangkap bola itu terlebih dahulu..
ZAASSSS!!!
muka aku jadi tempat singgah sepakan mamat tu tadi..
peeerrgh..
sakit tak ley nak kata apa...
aku menekup muka..
semua budak-budak meluru ke arah aku..
aku cuba untuk berdiri..
pening..
berpinar mata aku..
aku menadah tangan..
terasa cecair hangat keluar dari hidung aku..
darah menitis di atas glove..
salah seorang teammate aku memapah aku keluar padang..

aku pastu cuma gelak..
tak terpikir pun nak marah mamat yang sepak muka aku tadi..
apa yang aku risaukan..
hidung aku..patah ke tak..
fuuh..nasib baik tak patah..
darah masih mengalir..
nasib arini aku bawak keta..
ada tisu kat dalam tu..
aku suruh adik aku balik amik ais..
pastu aku rehat kat tepi padang sambil ais berada di hidung..
selesa gila..
sakit da ilang..

aku cakap ngan adik aku jangan bagitau mak aku..
ne tak nye?
tiap2 kali aku main bola mesti injured..
bulan lepas terseliuh..
minggu lepas kena siku kat rusuk..
hahahaha..
aku main bola ke american football ni?
pastu..hidung aku masih berasa sengal-sengal...
sampai la ni..

2 comments:

Zulfahmi said...

Pakai helmet :-)

Anonymous said...

ya setuju ngan si Fingercrossed... kalau bleh yang full-faced helmet..