Thursday, October 29, 2009

suatu hari di petang selasa

suatu hari...
lelaki1 pergi ke rumah kawannya iaitu lelaki2..
untuk mengambil cd installer spss versi 12..
sebaik sahaja kereta lelaki1 tiba di depan rumah lelaki2..
kelihatan bapa si lelaki2 baru sahaja mahu keluar..

"assalamualaikum pakcik..H****** ada?"

"ada..masuklah.."

"eh..pakcik nak keluar kereta ke?"

"oh..tak..kereta pakcik kat depan tu.."kata bapa si lelaki2 sambil menuju ke kereta proton saga 1980 di seberang jalan..

si lelaki1 mematikan enjin kereta sebaik sahaja lelaki2 keluar menjemputnye masuk..

"takpe la s***..kat luar je..aku malas nak bukak kasut..gipun aku da lambat ni..mak aku tadi da mesej tanya aku katne..hahaha~"

"em..ko tunggu jap.."kata lelaki2 kepada lelaki1..

"eh s***..kalo ada buku MR..bak sini skali ar.."

"ye!!"tak lama lepas tu.."nah" sambil memberi cd dan buku yang diminta lelaki1..

"ko bila konvo?"

"ape la ko ni k***..da lepas da ari sabtu ari tu.."

"hah??yeke?apsal kowang tak contact aku?ley aku datang tengok kowang konvo..."

"alah..susah-susah je ko nanti..ramai owang..gipun budak-budak ni terus je rushing balik..ko tau je la bebudak kita kan ramai dak borneo..eh..kereta ko ke tu?"sambil menuding jari ke arah kereta naza suria di depan rumah..

"taklah..tu kereta bapak aku..pinjam je..tadi aku gi USIM nak collect data.."

"abih kereta kancil ari tu ne?

"da trade in ngan kereta ni la..susah aku nak gerak gi ne-ne skang ni..kalo kereta kancil dulu..melaka..klang..sampai je..keta baru ni..nak pakai kena mintak izin dulu beb..haih~"

"hahaha..padan muka..sapa suruh ko duduk ngan mak bapak?"

"eleh..ko tu?2x5.."

"tu la pasal.."sambil memandang ke dalam rumah..lelaki2 menyelowkan volume suarenye"sampai skang aku takde keje tetap..tu tak boleh..ni tak boleh..haih~ ko kira untung la dapat pakai keta..."

"em..aku abis viva isnin depan..aku ingat nak merantau.."

"ko nak gi ne?"

"aku nak cari kerja luar dari seremban..tension beb duk seremban.."

"aku pun sama.."

"ok la s***..aku gerak dulu..kang bising mak aku kang aku balik lewat..gipun nak main bola.."

"ok..pe-pe hal roger"

lelaki1 pun beredar dari situ..

ape yang kowang boleh nampak dari citer ni?
lu pikir la sendiri~




2 comments:

paCat said...

lelaki2 adelah Haqimi Malik.

Kimidramon said...

14 tahun..bila baca balik..aku tak ingat siapa lelaki 1! hahahaha