Monday, November 22, 2010

movies week!



cuti sekolah telah bermula!!!
tapi aku telah mengambil cuti dua hari awal!!!
yeay!!!
tolong jangan tanya kenapa..sebab aku tak mau jawab!
hahaha!!!


hari Khamis lepas..
pas habis sekolah je (yeah right!) aku terus berdesup pergi ke Melaka..
mau melepak bersama kawan-kawan ku yang telah tamat belajar..
mula-mula aku sampai..cuma Alop dan Ridhwan sahaja yang ada di Kubu..
kawan-kawan yang lain pulang ke kampung masing-masing..
al-maklumlah..cuti raya Aidiladha plus tamat semester..


ok..ikut tajuk post pada hari ini..
minggu ni aku memang banyaklah sangat tonton filem!
hari Isnin yang lepas aku tonton filem Unstoppable..
memang sangat unstoppable ceritanya..
pada pendapat aku la..filem ni berjaya membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk walau 10 inci pun sebab jalan ceritanya menarik, penuh saspension dan mendebarkan!
bayangkan ajelah..satu pangung kusyuk beb tonton cerita ni..dengan aku sekalilah~
scene paling saspen! scene masa Chris Pine terjatuh masa nak connect keretapi dia ngan gerabak yang liar itu..liar?? haha~ xp


pastu ari Rabu pulak..
aku telah menonton cerita Skyline..
filem ini ialah filem sains fiksyen..
pasal alien yang nak takhluk bumi..
cerita ini agak boring walaupun dia punya sc-fi sangat baik..
ending dia pun..owhh..tergantung lah..
boring..boring...


hari Khamis pula..aku di Melaka..
bersama Alop dan kawan sekelasnya Fina...
kami tonton Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1..
ok..ceritanya..aku tak tau nak cakap camner..
mungkin sebab aku dah tau jalan ceritanya selepas membaca novelnya..
so..ok la..at least dapat tengok secara visual camne dia ceritakan balik pasal lagenda tiga beradik Deathly Hallows..
tak sabar nak tunggu Part 2!!!


hari Jumaat!
tengok wayang lagi!!!
kali ni aku dan Alop disertai oleh Pali dan Boss!
kami tonton cerita RED!
pasal pesara-pesara perisik beraksi!
ok..scene paling cool! scene masa Bruce Willis keluar dari kereta yang tengah berpusing!
damn cool! haha~


jap..tu belum masuk movie yang aku tengok kat laptop..
macam....~

Scott Pilgrim vs The World..(bengong! hahaha!)


71: Into The Fire..(filem perang Korea rock!)


Hot Tub Time Machine..(back to the 80's!)


The Expendables..(wow..tengok pisau dia!)


Step Up 3D..(yang 3D la sangat~)


The Social Network..(ada apa dengan fb?)


masa cuti ini mau tengok lagi movies!
enjoy!!!



No comments: