Buenas Tardes..Que Onda?
Cerita yang aku nak kongsi bukan pasal mat rempit sebenarnya..cerita yang bakal aku sampaikan sebentar lagi mengenai sebuah filem yang diadaptasi dari kisah benar seorang makhluk bumi ini..tajuk filem tersebut ialah “The Motorcycle Diaries” atau tajuk asalnya “Diarios de Motocicleta”. Filem yang ditayangkan pada tahun 2004 ini setahu aku tidak pernah ditayangkan di Malaysia.
Sinopsis
Pada tahun 1952, pelajar jurusan perubatan yang berumur 23 tahun, Ernesto Guevara de la Serna @ Fuser – mengambil keputusan untuk manangguhkan pengajian semester akhirnya untuk menyertai sahabat baiknya iaitu Alberto Granado @ Mial, seorang ahli biokimia yang berumur 29 tahun – menjelajah sejauh 8000 km merentasi benua Amerika Selatan (dari Buenos Aires) dalam masa empat bulan. Penjelajahan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk melihat sendiri apa yang ada di benua Amerika Selatan yang selama ini mereka diami dan baca di dalam buku-buku. Di samping itu, mereka berhasrat untuk menamatkan penjelajahan mereka pada hari jadi Alberto yang ke 30 di Semenanjung Guajira di Venezuela . Pendek kata, penjelajahan mereka ini bertujuan untuk berseronok di samping untuk merasai makna cabaran. Bak kata pepatah, disangka hujan sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Masalah kerosakan motorsikal, kekurangan wang, salah faham antara mereka, penyakit asma kronik yang dialami Fuser, dan masalah-masalah lain menyebabkan penjelajahan mereka menjadi sukar dan tidak mengikut seperti apa yang mereka rancangkan. Walau bagaimanpun, bertemu dangan sepasang suami isteri yang berfahaman komunis di gurun Chile dan melawat San Pablo Leper Colony di Perúvian Amazon Basin telah member kesan kepada Fuser dan Mial tentang erti kehidupan dan secara tidak langsung membuka minda mereka bagi menentukan hala tuju hidup masing-masing.
Alberto dan Fuser di Machu Pichu
Laluan yang dilalui oleh Fuser dan Miel
Dari mata yang menonton
The Motorcycle Diaries ni bagi aku..satu cerita yang penuh dengan inspirasi...tentang nilai-nilai kehidupan dan ianya juga menampilkan keindahan benua Amerika Selatan yang selama ni hanya aku lihat dari buku-buku atau gambar dari laman web National Geographic. Aku akhir-akhir ni memang tertarik dengan Amerika Selatan..tak tau kenapa..mungkin sejak tengok gambar Machu Pichu iaitu Bandar kuno orang Incas di Peru di dalam komik. Satu hari nanti aku bercita-cita nak pergi Peru la! Filem ini juga menarik disebabkan ianya ialah kisah benar yang diadaptasi dari buku autobiografi yang dikarang sendiri oleh Ernesto Guevara de la Serna atau lebih dikenali di serata dunia sebagai Ernesto ‘Che’ Guevara, ahli revolusi Cuba (walaupun dia seorang Argentine) yang berfahaman Marxism. Aku tak pernah tau siapa Che Guevara ni..tapi tau la dia ni wujud memandangkan ramai budak-budak masa aku sekolah dulu suka pakai baju ada muka beliau..tapi aku memang suka watak Che Guevara dalam filem ni..nilai-nilai kemanusiaan yang ditunjukkan memang member inspirasi..(tak tau la hidup sebenar dia camne..tu lantak la kan?)..beliau menunjukkan contoh seorang doktor yang baik walaupun masa tu beliau belum lagi graduate!
Ernesto Guevara de la Serna yang sebenar
Jadi..rating aku untuk filem ini ialah....8.0/10...!!!
Siapa yang suka cerita-cerita mengenai kehidupan, biografi and what so ever..aku recommend cerita nil ah! Btw..cerita ni dalam Spanish..so..perlukan subs untuk tonton melainkan korang memang expert Spanish!
Muchos Gracias..Hasta Luego..Adios Amigos!
http://www.imdb.com/title/tt0318462/
No comments:
Post a Comment