Lagi satu cerita yang sempat aku muat turun dan tonton..(500) Days of Summer..ok..tengok poster macam love story tapi lepas tonton ceritanya, ianya bukanlah love story or cerita romantic yang biasa..bak kata narrator di awal cerita, “This is a story of boy meets girl, but you should know upfront, this is not a love story”.
Well..filem ni pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2009..dua teraju utama filem ini ialah Zooey Deschanel (Yes Man) sebagai Summer Finn dan Joseph Gordon-Levitt (Inception) sebagai Tom Hansen. Filem ini dipersembahkan dengan tidak mengikut format kronologi di mana setiap babak dimulakan dengan menunjukkan hari ke berapa antara 500 hari Tom ‘terikat’ dengan Summer.
Aku tak nak cerita tentang sinopsis kat sini sebab panjang..malas aku nak taip panjang-panjang..apa yang aku nak kongsi ialah..filem ni bukan seperti filem romantic yang pernah aku tonton sebelum ni..di mana watak utama bercinta..putus kejap..pastu sambung balik in the end of the story..pastu live happily ever after..NO..cerita ni lebih kepada macam mana expectation seseorang lelaki terhadap seorang wanita yang dicintainya..tetapi in the end hubungan mereka tak ke mana..di awal cerita dia ada tunjuk di mana babak hari ke 488 Summer memegang tangan Tom sambil di jari manisnya terdapat sebentuk cincin..jadi, dari scene tersebut aku jangka cerita ni habis dengan Tom dan Summer hidup bahgia akhirnya..tapi lepas tonton keseluruhan filem..ternyata hipotesis aku meleset..hahaha..damn..terkena di situ!
Cinematography bagi cerita ni pun agak unik dan sangat menarik pada hemat aku..di mana di sesetengah scene koarang akan rasa macam korang tengah tonton music video..well..pengarahnya iaitu Marc Webb lebih banyak mengarahkan music video dan video dokumentari yang melibatkan band-band terkenal seperti Greenday, 3 Doors Down dan No Doubt.
Skrip yang ada dalam filem ni pun boleh dijadikan quotes yang cool..contohnya...
“Just because she likes the same bizzaro crap you do doesn't mean she's your soul mate.” – Rachel Hansen
“The following is a work of fiction. Any resemblance to persons living or dead is purely coincidental. Especially you Jenny Beckman. Bitch.” – Author’s Note
“Roses are red, violets are blue... Fuck you, whore!” – Vance reading a card that Tom has written
“You don't want to be named as anybody's girlfriend, and now you're someone's wife?” – Tom Hansen
“There's no such thing as love, it's fantasy...” – Summer Finn
http://www.imdb.com/title/tt1022603/quotes
Watak Rachel Hansen iaitu adik perempuan Tom yang sering menjadi penasihat kepada Tom dimainkan oleh Chloe Moretz (Hitgirl dalam Kick-Ass) dan manakala Vance iaitu boss tempat kerja Tom dimainkan oleh Clark Gregg (Agent Coulson dalam Iron Man 2).
Aku recommend cerita ni kepada siapa yang belum tengok..rating aku..7.7/10
http://www.imdb.com/title/tt1022603/
2 comments:
I love this movie...
Masa mula2 tengok, aku sangat frust sebab Summer kawen ngan orang lain...
Macam nak tendang2 laptop...
Aku paling suka scene kat IKEA dan part Tom berjoget bila first2 couple ngan Summer
yep..
betul2..
aku pun tumpang frust gak bila Tom dpt tau Summer da engage masa kat rooftop party tu..
pastu aku cam tak caye bila Summer btol2 kawin ngan org lain..n bukannya ngan Tom..
dem~
Post a Comment