Monday, December 28, 2009

anak emas bapak aku la tu....~

SMK Seremban 2 catat peningkatan drastik

SEREMBAN – Pencapaian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) amat membanggakan apabila 28 pelajarnya berjaya memperoleh semua A berbanding keputusan tahun lepas.

Tinjauan Sinar Harian di sekolah terbabit mendapati keputusan PMR sekolah kerajaan serta sekolah berasrama penuh (SBP) di negeri ini meningkat.

Mutiara Malek yang berjaya meraih 8A pula mahu membalas jasa ibu bapa yang menjadi pendorong.

Menurut Mutiara, kejayaan diperoleh adalah hadiah teristimewa buat dua ibu bapanya.

“Saya tidak dijanjikan hadiah lumayan, tetapi saya mendorong diri untuk berjaya dan jasa ibu bapa perlu dibalas. Ini yang saya mampu kerana masih belajar.

“Selain itu, saya juga mahu menjadi contoh dan teladan kepada adik-adik saya,” kata anak ketiga daripada 7 beradik ini.

SMK Seremban 2 adalah sekolah kerajaan yang menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun ini.

p/s: ini adalah sebahagian dari beritan daripada akhbar sinar 25hb disember 2009 edisi melaka/n9..di dalam gambar ialah adik aku..mesti la tumpang bangga seyh...~ xp


Thursday, December 24, 2009

kami datang..kami lihat..kami terjun!!!!


ini kisah aku, pali, alop, pacat, pami, toni, dan aiman....

kami beramai-ramai telah pergi menyerang Sagil..

dengan kekuatan pasukan seramai tujuh orang macho dan hangat telah berjaya menakluk Sagil dalam tempoh 3 jam sahaja...

kami datang..kami lihat..kami terjun!!!!

walaupun hujan sekejap-sekejap di samping bunyi siren amaran di Sagil tidak mematahkan semangat murni kami sepasukan berjuang di air yang cetek..

akhir kata..terima kasih kepada semua kengkawan yang telah menjayakan misi di Sagil..

raikan kemenangan!!!!




p/s: dah lama tak rase seronok camni~

Wednesday, December 23, 2009

they say..k.y.m.e...


aku sedang berada di melaka..
aku ada misi di sini..
misi aku adalah menjaga rumah baru kakak aku..
beliau baru sahaja pindah ke situ dari rumah mentuanya..
bagusnya mereka dah ada rumah sendiri..
aku pun mau rumah sendiri satu hari nanti..
selain dari jaga rumah..
aku juga telah menjadi pemandu kehormat kakak aku..
tiap-tiap pagi tugas aku menghantar kakak aku ke tempat kerja..
di sebelah petang pula aku mengambil beliau..
jangan tanya kenapa aku yang kena hantar kakak aku dan bukannya abang ipar aku..
aku malas nak jawab..
apa yang kamu semua perlu tahu..
kawan-kawan..aku di melaka...

aku di rumah Pali..
Pali ialah kawan baik aku..
hari ni hari jadinya..
mari ramai-ramai ucap selamat kat dia...
aku hari ini cuti kejap dari tugas aku menjaga rumah kakak aku..
sebab esok aku dan kawan-kawan ada acara..
kami nak pergi SAGIL!!!!!!!
sempena menyambut hari jadi Pali..dan Pacat...

sekian...
terima kasih....

Sunday, December 13, 2009

fin


tanggal 10 disember result kuar..
namun ari ni baru aku dapat check..
ingat nak check semalam tapi gering pulak..
well..so far result untuk final sem ni ok je..
walaupun aku mengharapkan lebih dari apa yang aku dapat..
ok laa...
boleh berbangga la jugak sebab akhirnya aku ialah seorang graduan....hehehehe...

keputusan peperiksaan: TS (TAMAT DENGAN AD)

wah..wah..rasa sedey pulak..
kenangan bersama kengkawan kat uitm kampus bandaraya melaka..
aku akan rindu semuanye..
pengalaman belajar selama 3 tahun ni for sure akan menjadi kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila...

aku sayang semua kengkawan aku!!!!!!!

uitm kampus bandaraya melaka di hatiku......sob!sob!


p/s: tahniah untuk aku dan untuk semua......

Friday, December 4, 2009

kesakitan lembu bernombor lapan

last week nye cerita..
baru skang nak publish..
cite pasal aku gi tolong owang kat masjid sembelih lembu korban..
tak pernah-pernah aku bangun awal..
tapi berbaloi-baloi la gak..
seronok..
terasa kemeriahan hari raya aidiladha..
next year nak bawak parang sendiri la..
nak tolong melapah lembu pulak..
ari tu tolong tombangkan lembu je..
tapi penat gak la..bayangkan le camne seekor lembu kena tahan oleh 7-8 owang..
hahahaha..
pengalaman yang sangat menarik..
lagi satu yang best...
aku dapat atasi phobia terhadap darah..
i mean yang berkuantiti agak banyak la...
sebab ada salah seekor lembu yang kitowang tumbangkan..darahnye memancut kat aku semasa tengah disembelih...
wow!
ganjarannya selepas itu..
masing-masing dapat bawak balik 1kg daging..

p/s: betul...ada lembu bercap nombor "8" kat bahagian pinggulnya..kami memanggilnya andersson...hahahahaha~