Monday, December 28, 2009

anak emas bapak aku la tu....~

SMK Seremban 2 catat peningkatan drastik

SEREMBAN – Pencapaian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) amat membanggakan apabila 28 pelajarnya berjaya memperoleh semua A berbanding keputusan tahun lepas.

Tinjauan Sinar Harian di sekolah terbabit mendapati keputusan PMR sekolah kerajaan serta sekolah berasrama penuh (SBP) di negeri ini meningkat.

Mutiara Malek yang berjaya meraih 8A pula mahu membalas jasa ibu bapa yang menjadi pendorong.

Menurut Mutiara, kejayaan diperoleh adalah hadiah teristimewa buat dua ibu bapanya.

“Saya tidak dijanjikan hadiah lumayan, tetapi saya mendorong diri untuk berjaya dan jasa ibu bapa perlu dibalas. Ini yang saya mampu kerana masih belajar.

“Selain itu, saya juga mahu menjadi contoh dan teladan kepada adik-adik saya,” kata anak ketiga daripada 7 beradik ini.

SMK Seremban 2 adalah sekolah kerajaan yang menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun ini.

p/s: ini adalah sebahagian dari beritan daripada akhbar sinar 25hb disember 2009 edisi melaka/n9..di dalam gambar ialah adik aku..mesti la tumpang bangga seyh...~ xp


No comments: