Tuesday, July 5, 2011

Ops Tambah Lemak





sebentar tadi baru pulang menghantar BFF ku Pali..
sebelum itu pergi hantar GF Pali, Pisha ke stesen keretapi Tampin..

Pisha sampai di Tampin tengah hari tadi bertujuan bertemu BF nya, Pali..
pada mulanya Pali sibuk dengan kerja..dan Pisha meminta aku mengambilnya di Tampin..
walau bagaimanapun Pali berjaya melepaskan diri dari cengkaman kerja demi Pisha..
walaupun begitu, Pali dan Pisha tetap mengajak aku keluar bersama kerana motokar Pali mengalami masalah tayar pancit..

aku pun membawa mereka ke Bandaraya Melaka..
mula-mula pergi membeli buah di Jalan Ong Kim Wee..
kemudian kami pergi ke MP..Pisha mahu belanja makan..
aku tak ingat apa nama restoran yang kami kunjungi..
namun, apa yang aku pasti restoran tersebut menyediakan makanan Jepun ala Bufet..

kami bertiga makan seperti tak ingat dunia..selama 1 setengah jam tempoh kami makan..
memang kenyang macam nak gila...
berjalan pun tak begitu larat..
nampak perbezaan ketara di perut ku sebelum dan selepas makan..
adakah itu mainan ilusi atau realiti?
biarkan sahaja..yang penting aku kenyang..sekenyang-kenyangnya~
kenyang sampai berjalan pun perlahan-lahan sahaja..

selepas itu kami berjalan-jalan di sekitar MP dan DP..
lama juga kami pusing di DP..kerna Pisha sudah lama tidak mengunjungi DP..

selepas itu kami ke Hotel Puri kerna Pisha mau berjumpa dengan rakan sekerja lamanya di situ..
beliau ditemani oleh Pali..aku pula tidur di dalam kereta..aku masih demam~

selepas ke Hotel Puri..perjalanan diteruskan dengan menghantar Pisha ke stesen keretapi Tampin kerna Pisha pulang hari ini juga ke Kuala Lumpur dengan keretapi pukul 6.45 petang..

dipendekkan cerita..lepas hantar Pisha..aku menghantar Pali pula..

akhirnya aku menghantar diriku sendiri pulang ke rumah dengan keadaan demam dan perut yang masih kenyang..

~HABIS~

No comments: