Monday, June 7, 2010

laugh on the cloudy day - turbo!



hari ini..mendung..
cuaca yang bagus untuk duduk lepak di rumah..
dengan demam aku yang beransur pulih..
memang seseuai la sangat duduk rumah sekarang ni..


aku masih malas hendak menanda kertas..
walau beberapa kali da mak aku bising suruh tanda kertas periksa awal-awal..
nanti-nanti je lah..
aku nak enjoy cuti ni dulu..
lagipun sapa tak kenal aku?
suka buat keja last minit..
attitude yang sukar diubah semenjak dari zaman 'U' lagi..
hahahahaha..
aku kena buat sesuatu ni..
buat sesuatu untuk ubah sikap..
em...
nanti-nanti je la....
kan?


sedang aku bermalas-malas di rumah..
apa yang aku buat?
sekarang ni..aku sedang membaca novel..
ya..novel..
novel LAGENDA BUDAK SETAN....
huhuhuhu..
baru je aku sebut pasal filem dia di post yang lepas...
dah baca novel dia pulak la ni?
macam aku da gitau dalam post yang lepas..
aku belum pernah baca lagi novel ni..
tapi aku tau kewujudan novel ini..
sebab aku memang gemar baca novel..
tapi aku belum berkesempatan untuk menelaah novel LBS ni..


jadi di sini aku nak ucapkan terima kasih yang tak berbelah bahagi kepada Cikgu Isma kerana sudi memberi aku pinjam novel LBS ni..
domo-arigato!!! ^^


aku selalunya baca novel..jarang aku nak gelak kalau ada unsur-unsur komedi yang menggelikan hati dalam novel yang aku baca tu..
eh..jap..tipu la kalau aku cakap tak gelak..ada je gelak..tapi tak besar..
tapi ada satu part kat dalam novel LBS ni..yang buat aku tergelak besar sampai adik-adik aku pun pelik tengok aku..
dah tu..lama lak aku gelak tu..


part tu masa Kasyah baru sampai kat California State University, Fresno..
si Kasyah ni berkenalan dengan seorang lagi student Malaysia..
nama dia Turbo..
Kasyah tanya la nama sebenar si Turbo tu apa..sebab sebab si Kasyah ingat Turbo tu nama glemer je..
si Turbo tu bagitau la nama sebenar dia..
MOHAMMAD TURBO BIN MOHAMMAD KUASA!

p/s: aku nak bagi nama anak perempuan aku nanti Nurul Alexendria..hahahahaha~ xp


Sunday, June 6, 2010

cuti sekolah


yahuuuu!!!!!!
cuti sekolah telah bermula!!!!!!!!
habis sudah separuh masa pertama untuk tahun ni...
macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan dalam masa dua minggu cuti nih..
aku pun ada jugak susun beberapa acara masa cuti ni..
antaranya...

1. tidur sepuas-puasnya!!!
2. tonton vcd/dvd movies/drama sepuas-puasnya!!!
3. main bolasepak sepenat-penatnya!!!
4. tengok siaran World Cup se....seape-apenye!!!
5. makan free di kenduri-kenduri kahwin kawan-kawan sekenyang-kenyangnya!!!
6. turunkan berat badan dengan berjoging sejauh-jauhnya!!!
7. berfacebook dengan rakan-rakan sehingga sebosan-bosannya!!!
8. tanda kertas peperiksaan pertengahan semalas-malasnya!!!

ada lagi tak aktiviti yang lebih menarik daripada di atas?
jika ada..cadangkan kepada saya..
saya mau menggunakan sepenuh-penuhnya cuti sekolah ini..
hehehehehe~ xp

p/s: start je cuti aku demam..start je demam aku cuti..kusso! x_x

lagenda budak-budak



hari Jumaat yang lepas..
aku bersama beberapa orang rakan telah pergi menonton wayang..
movie yang diadaptasi dari sebuah novel..
bukan Lord of The Rings..
bukan sambungan Twilight dan New Moon..
mahupun Harry Potter..
ini movie made in Malaysia beb...
LAGENDA BUDAK SETAN karya Ahadiat Akashah..

aku tak pernah lagi baca novel LBS ni..
tapi aku pernah baca novel lain yang sebumbung dengan novel LBS ni..
walau bagaimanapun..lepas menonton filem LBS itu..membuatkan aku mahu membaca novel berkenaan kerana cerita yang dipaparkan dalam filem tersebut tak lah se-detail cerita di dalam novel..bak kata member aku yang dah baca novel LBS itulah..

well..aku syorkan korang sume tengok filem LBS nih..
walaupun bagi aku plotnya agak rushing..
cerita yang disampaikan agak menyentuh kalbu..(cheeewahh!)
lakonan Lisa Surihani yang bagus..(i really love her!)
dan Que Haidar..rase nak tumbuk je muka mamat tu..(sebab lakonannya sebagai Azmi berkesan..jangan salah paham~ xp)
kalau tak puas tengok filem..baca novelnya pula..
sediakan tisu semasa membaca..xp

sokonglah industri filem dan novel tempatan..
kalau bukan kita yang menyokongnya..siapa lagi?
orang Bangla?orang Nepal?orang Singapore?
jangan harap~


Saturday, May 29, 2010

graduation day ~ after




25 May 2010
Finally.........
aku da officially grad!!!!
terima kasih!!!
aku sedih~
terharu~
wuuuuuuu~


p/s: to all my uitm friends! meeting you guys after coming to uitm is the best thing that is happen to me..thank you so much guys!!! ^^



Monday, May 24, 2010

teacher's day story~


date: 21st may 2010
time 7.30am - 12.00pm
venue: smkbm
event: sambutan hari guru peringkat sekolah

ini ialah pertama kali aku menyambut hari guru sebagai seorang guru..

sambutannya simple je..

tapi cukup memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa dan raga aku sebagai seorang guru..(pehh~ bahasa~)

aku tak la expect aku dapat hadiah belambak macam cikgu-cikgu laen sebab aku tau aku bukannya seorang guru yang disayangi di sekolah..(hahaha~ aku sangat garang dan suka bertempik dan mendenda pelajar!!)

tapi cukuplah sekadar mendapat dua kuntum bunga (aku pun tak tau spesis apa) dan sebiji telur rebus yang dirembat dari dewan..(hahahaha~) dari seorang pelajar yang aku rasa cukup nakal
kat kelas aku..

well..aku sangat terharu dengan keikhlasan pelajar itu..
ye..aku betul-betul yakin dia ikhlas..

aku takkan lupekan saat ini sampai bila-bila..

neway..selain itu aku gak dapat anugerah GURU PALING BERGAYA bagi kategori sesi petang..
hahahahaha~
terima kasih kapada yang vote~
merepek betul!

-end-