Sunday, June 13, 2010

again..dangerously in love!



i got u baby~
i called..i called it
CHOCOLATE LOVE~

i love u jessica!!!!
huhuhu!!!


Tuesday, June 8, 2010

suatu masa yang lalu~



mak dan ayah sedang melihat-lihat foto-foto lama di dalam bekas foto..
dekat rumah ni memang kami tak simpan foto di dalam album..
sebab asyik terburai je album-album tu semua..
jadi kami sekeluarga campak je foto-foto semua kat dalam satu bekas biskut munchy's..

owh..sambung balik tadi..
sambil melihat-lihat foto yang lama-lama..
mak dan ayah sambil tu berbual mengenai setiap foto yang dilihat..
setiap foto ada ceritanya..
ketika itu ayah sedang melihat fotonya semasa muda..dalam tahun 70'an camtu..
masa tu ayah masih muda..belum lagi berkahwin dengan mak..
rambut ayah masa tu macam Hail Amir..70's la katakan..
ayah aktif main sepak takraw..
ayah cuba mengingat balik nama seorang demi seorang rakan sepasukannya di dalam foto itu..
ternyata ingatan ayah masih jelas..
ayah tengok lagi foto tu..
masa tu ayah sedang memakai sweater berwarna biru belang dengan seluar pendek..
ayah teringat sesuatu kenangan yang bersangkut paut dengan sweater tu..

ayah: teringat masa si angah kecik dulu..
mak: kenapa, bang?
ayah: tak, ingat lagi si angah gunting habis semua kolar baju abang termasuk sweater yang kat dalam gambar ni?
mak: la..ye ke?saya tak ingat pun..
ayah: ada..bila abang tanya tau si angah jawab apa?
mak: apanye?
ayah: ultraman suruh gunting!
mak: hah? (mak ketawa..) habis tu abang marah dia ke?
ayah: tak jadi abang nak marah..last-last..sekarang ni dia pulak pakai sweater tu.....

cerita ni di ceritakan oleh mak aku siang tadi..
aku olahkan balik kat dalam post ni..
masa aku dengar cerita ni..serious beb aku tak ingat aku dah gunting kolar baju-baju bapak aku masa kecik dulu..
aku ketawa...
huhuhu..memang betul..sekarang aku pulak yang pakai sweater tu..
patutlah ada kesan jahitan kat kolar sweater tu..
aku masa pakai tertanya-tanya jugak apa sebab kolar sweater tu berjahit..
rupanya aku punya angkara..tak sangka~ xp
ultraman suruh eyh?
adoyai...


Monday, June 7, 2010

laugh on the cloudy day - turbo!



hari ini..mendung..
cuaca yang bagus untuk duduk lepak di rumah..
dengan demam aku yang beransur pulih..
memang seseuai la sangat duduk rumah sekarang ni..


aku masih malas hendak menanda kertas..
walau beberapa kali da mak aku bising suruh tanda kertas periksa awal-awal..
nanti-nanti je lah..
aku nak enjoy cuti ni dulu..
lagipun sapa tak kenal aku?
suka buat keja last minit..
attitude yang sukar diubah semenjak dari zaman 'U' lagi..
hahahahaha..
aku kena buat sesuatu ni..
buat sesuatu untuk ubah sikap..
em...
nanti-nanti je la....
kan?


sedang aku bermalas-malas di rumah..
apa yang aku buat?
sekarang ni..aku sedang membaca novel..
ya..novel..
novel LAGENDA BUDAK SETAN....
huhuhuhu..
baru je aku sebut pasal filem dia di post yang lepas...
dah baca novel dia pulak la ni?
macam aku da gitau dalam post yang lepas..
aku belum pernah baca lagi novel ni..
tapi aku tau kewujudan novel ini..
sebab aku memang gemar baca novel..
tapi aku belum berkesempatan untuk menelaah novel LBS ni..


jadi di sini aku nak ucapkan terima kasih yang tak berbelah bahagi kepada Cikgu Isma kerana sudi memberi aku pinjam novel LBS ni..
domo-arigato!!! ^^


aku selalunya baca novel..jarang aku nak gelak kalau ada unsur-unsur komedi yang menggelikan hati dalam novel yang aku baca tu..
eh..jap..tipu la kalau aku cakap tak gelak..ada je gelak..tapi tak besar..
tapi ada satu part kat dalam novel LBS ni..yang buat aku tergelak besar sampai adik-adik aku pun pelik tengok aku..
dah tu..lama lak aku gelak tu..


part tu masa Kasyah baru sampai kat California State University, Fresno..
si Kasyah ni berkenalan dengan seorang lagi student Malaysia..
nama dia Turbo..
Kasyah tanya la nama sebenar si Turbo tu apa..sebab sebab si Kasyah ingat Turbo tu nama glemer je..
si Turbo tu bagitau la nama sebenar dia..
MOHAMMAD TURBO BIN MOHAMMAD KUASA!

p/s: aku nak bagi nama anak perempuan aku nanti Nurul Alexendria..hahahahaha~ xp


Sunday, June 6, 2010

cuti sekolah


yahuuuu!!!!!!
cuti sekolah telah bermula!!!!!!!!
habis sudah separuh masa pertama untuk tahun ni...
macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan dalam masa dua minggu cuti nih..
aku pun ada jugak susun beberapa acara masa cuti ni..
antaranya...

1. tidur sepuas-puasnya!!!
2. tonton vcd/dvd movies/drama sepuas-puasnya!!!
3. main bolasepak sepenat-penatnya!!!
4. tengok siaran World Cup se....seape-apenye!!!
5. makan free di kenduri-kenduri kahwin kawan-kawan sekenyang-kenyangnya!!!
6. turunkan berat badan dengan berjoging sejauh-jauhnya!!!
7. berfacebook dengan rakan-rakan sehingga sebosan-bosannya!!!
8. tanda kertas peperiksaan pertengahan semalas-malasnya!!!

ada lagi tak aktiviti yang lebih menarik daripada di atas?
jika ada..cadangkan kepada saya..
saya mau menggunakan sepenuh-penuhnya cuti sekolah ini..
hehehehehe~ xp

p/s: start je cuti aku demam..start je demam aku cuti..kusso! x_x

lagenda budak-budak



hari Jumaat yang lepas..
aku bersama beberapa orang rakan telah pergi menonton wayang..
movie yang diadaptasi dari sebuah novel..
bukan Lord of The Rings..
bukan sambungan Twilight dan New Moon..
mahupun Harry Potter..
ini movie made in Malaysia beb...
LAGENDA BUDAK SETAN karya Ahadiat Akashah..

aku tak pernah lagi baca novel LBS ni..
tapi aku pernah baca novel lain yang sebumbung dengan novel LBS ni..
walau bagaimanapun..lepas menonton filem LBS itu..membuatkan aku mahu membaca novel berkenaan kerana cerita yang dipaparkan dalam filem tersebut tak lah se-detail cerita di dalam novel..bak kata member aku yang dah baca novel LBS itulah..

well..aku syorkan korang sume tengok filem LBS nih..
walaupun bagi aku plotnya agak rushing..
cerita yang disampaikan agak menyentuh kalbu..(cheeewahh!)
lakonan Lisa Surihani yang bagus..(i really love her!)
dan Que Haidar..rase nak tumbuk je muka mamat tu..(sebab lakonannya sebagai Azmi berkesan..jangan salah paham~ xp)
kalau tak puas tengok filem..baca novelnya pula..
sediakan tisu semasa membaca..xp

sokonglah industri filem dan novel tempatan..
kalau bukan kita yang menyokongnya..siapa lagi?
orang Bangla?orang Nepal?orang Singapore?
jangan harap~