Wednesday, May 13, 2009

no title - part 1

hari ni hari terakhir aku kat melaka..(macam lepas ni tak datang lagi je..)
kejap je dah nak praktikal bulan jun ni..
aku rasa macam baru semalam je aku masuk U ni..
masa berlalu sangatlah pantas..
pantas dan kejam..
sebab masa tak boleh diulang semula..
apa dah jadi..jadi laa..
aku sebagai manusia biasa..memang tak leh nak wat pape..

hmmm..kalau boleh diulang balik masa..
isyh..tak payah la pikir pasal tu..
syirik..huhu..
tapi ironinya..setiap waktu yang berlalu itu..secara sedar atau tidak..memberi impak kepada hidup aku..hidup orang di sekeliling aku..sesape je la yang ada kat muka bumi ni..
sebab setiap saat berdetik..sedikit demi sedikit kita mendapat banyak benda..
suka..
duka..
tawa..
tangis..
macam-macam la..

aku?
aku akan merindui setiap apa yang berlalu..
perkara-perkara yang buruk yang pernah berlaku lak..
aku akan cuba sedaya upaya untuk melupakan segalanya..
biarlah ianya menjadi kenangan je..

maaflah..
aku pun tak tahu kenapa aku merepek pasal masa ni..
kerana aku dulu ahli kelab MASA?
bukan..
kerana dulu aku exco kelab MASA?
pun bukan..
sekadar hanya ingin meluangkan masa...
menulis blog yang aku telah tinggalkan untuk masa yang lama..
masa tu aku ada exam..

huhuhuhu..
aku dah start gelak sorang-sorang dah..
gila!

jap gi aku dah nak balik..
aku mesti rindu malaka ni..
(teringat lak jian respon kat aku masa aku cakap ayat yang sama 2 hari lepas.."ko duduk seremban je kimi...")
memang la aku duduk seremban..
tapi..emm..betul gak cakap jian tu..bila-bila leh datang..

ok lah..aku rasa aku patut tamatkan repekkan ku..
repek..bukan kerepek laa...

kepada kengkawan yang akn praktikal sesama..all the best!!

kepada kengkawan yang masih di kampus..gud luck!!

kepada "awak"...saya akan tunggu "awak"!tak kira apa pun yang berlaku!!

kepada "saya"...let's rock the real world!!!

No comments: