Friday, May 22, 2009

lucky yesterday!

Semalam aku mengambil ujian berkomputer di Inmaju.
Inmaju ialah sebuah sekolah memandu di Seremban.
Seperti korang semua sedia maklum, aku ni agak rabun warna, jadi aku sangat agak kaget atau nervous sebelum mengambil ujian tersebut.
Aku tak berapa risau pasal ujian pennglihatan static dan ujian teori 50 soalan, tapi aku cuma risaukan pasal ujian buta warna yang hanya mempunyai lapan soalan sahaja.
Teringat semalam semasa aku memegang mouse di komputer tempat aku amik ujian tersebut..menggigil gua beb!
Risau punya pasal la.

Walau bagimanapun..
Guess what?
I passed the exam!
Hahahahahaha!
Alahamdulillah!
Syukur!
Nikmat!
Malaysia maju, rakyat selamat!
O oo oo oooo oo oo oo ooh!!!

Aku masa passed je ujian rabun warna aku terus menjerit “YEZZA!!!” kuat-kuat kat dalam tempat ujian tu.
Nasib baik time tu cuma ada aku ngan seorang member yang aku baru kenal, Taufiq, beserta seorang mamat yang lagaknya seperti mat rempit yang baik..
Tak la segan sangat..huhu..

Aku rasa semalam hari yang lucky untuk aku..
Ini kerana aku dapat jawab semua lapan soalan buta warna dengan jayanya dan..menjawab soalan teori yang aku rasakan agak susah sebab banyak keluar pasal demerit, sistem KEJARA and what ever! Yang aku baca lak pasal KEJARA ni…
Aku lulus pun ujian teori tu cukup-cukup makan je beb!
42/50 dan markah lulus 42/50.
Coba bayangkan jikalau aku salah lagi satu je soalan…tak ke naya aku?!
Takpe, 42 pun..42 la!
Janji gua lulus!!!
Yezza!!!

Dan semalam gak aku terus masuk kelas pra-L kereta dan penceramahnya ialah Encik Rosli iaitu guru memandu aku dan Taufiq.
Owh, ye..lupa lak nak kenalkan ngan kawan baru aku ni.
Namanya Taufiq, pelajar kolej kat belakang rumah aku je..
Mengambil sijil dalam jurusan kejuruteraan automotif..
Dia ni datang dari kampung somewhere in Sungai Petani..
Dia ni agak bagus sebab dia ni baik..lebih kepada naïve kot..
Korang bayangkan lah..aku duduk kat tangga kat koridor kat Inmaju tu dia boleh tanya kenapa aku duduk je kat tangga?
Aku pun jawab la..”I’m born in the street, dude!” sambil ketawa.
Aku tanya la balik dia nape dia tanya camtu?
Dia pun cakap la aku ni orang bandar, ada status, dan selalunya orang-orang kampong cam dia je sanggup duduk kat kaki-kaki lima ni..
Dalam ati aku cakap, “What the fish he talking about??”
Aku tak sangka ada lagi orang berfikiran camtu masa kini..
Aku pun cakap la kat dia..status tak penting..orang bandar mahupun orang kampung, kita semua sama je..bezanya cuma hati.
Dia menganguk..tah paham tah tidak tu..takpe, umur dia baru 18 tahun..tak faham sekarang, bila-bila pun dia boleh paham..

Ok..tamat kelas teori kereta..
Banyak gak la aku belajar..
Bagus gak KPP ni ek?
Aku sebelum ni memang ‘zero’ pasal bab-bab kereta ni..
Bawak pun tek reti, inikan pulak pasal komponen-komponen alternizer la, itu la, ini la…
Hahahahaha!
Ari Ahad lak aku ada kelas teori motor..
I’m looking forward to attend the class!

Semalam gak mak aku bagi aku sebentuk cincin batu apa tah..aku pun tak tau..peninggalan arwah nenek aku..
Sayangnya, jari aku dah gemuk!
Aku pakai cincin tu kat jari kelingking kiri..
Ya! Jari yang cacat itu!

The end!

4 comments:

The lady said...

tahniah utk anda!! selamt menghadapi ujian memandu pulak lepas nie..

j-u-n-e said...

waa congrats kimi..
heheh
nnty test ngan jpj plg horror skali taw. ur worst nightmare..

bruce lee said...
This comment has been removed by the author.
Ha Kim-mi said...

terima kasih kengkawan!!
atashi gambatte masu!!!