Thursday, August 27, 2009
Wednesday, August 26, 2009
pahlawan gergasi merah kembali!!!
Siri popular Jepun terbitan Tsuburaya Productions, Ultra Galaxy The Movie: Mega Monster Battle bakal menggegarkan pawagam di Jepun pada hujung tahun ini dengan filem terbarunya Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends -The Movie (Daikaiju Batoru Urutora Ginga Densetsu -The Movie).
Watak-watak antagonis bagi siri terbaru ini bukan lagi raksasa, tapi Ultraman! Watak terbaru Ultraman iaitu Ultraman Belial, menjadi Ultraman jahat yang pertama sejak bermulanya sejarah francais Ultraman sejak 43 tahun yang lalu. Belial dalam filem ini telah dikurung di dalam penjara angkasa sejak beribu tahun yang lampau oleh Ultraman King.
Cerita bermula apabila Belial berjaya melepaskan diri dari penjara angkasa dan merancang untuk menggunakan Giga-Battlenizer bagi mengawal 100 ekor raksasa jahat serta menakluk galaksi. Latar tempat bagi filem ini ialah Nebula M-78 yang terletak di Bintang Ultra iaitu planet asal bagi majoriti semua suku sakat Ultraman. Memandangkan pertempuran kali ini bertempat di planet asal Ultraman, tiada had masa 3 minit bagi Ultraman berlawan sepertimana apabila mereka berada di Bumi.
Majalah Sponichi mendedahkan filem ini akan menampilkan 50 Ultraman dan 18 daripadanya telah diketahui iaitu Ultraman, Ultra Seven, Ultraman Jack, Ultraman Ace, Ultraman Taro, Zoffy, Ultraman Mebius, Ultraman Hikari, Ultraman King, Father of Ultra, Mother of Ultra, Ultraman Leo, Astra, Ultraman 80, Yullian, Ultraman Neos, Ultra Seven 21, dan Ultraman Boy.
Pelakon asal bagi siri Ultraman dan Ultra Seven iaitu Susume Kurobe dan Kouji Moritsugu akan kembali memegang watak mereka sebagai Hayate (Ultraman) dan Dan Moroboshi (Ultra Seven) bagi menentang kesemua 100 raksasa jahat!!
Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 12/12/2009..kat Malaysia?entah..DVD je kot~
Monday, August 24, 2009
Ramadhan datang lagi..
Justeru itu..aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan serta pembaca yang berugama Islam..
Semoga dapat kita bersama-sama membanyakkan pahala dan amalan sepanjang bulan yang mulia ini..
p/s: Huhuhuhu..bila ingat-ingat balik..macam-macam kejadian berlaku setiap kali bulan Ramadhan..harap-harap lah kejadian yang bakal berlaku nanti adalah perkara yang baik-baik belaka..
Monday, August 17, 2009
selamat berbahagia kami ucapkan!!
Tuesday, August 11, 2009
my weekend...part 2
sabtu, 08/08/09
aku bangun kul 9 lebih hari itu..
kawan-kawan aku, pali dan al ada kelas pagi itu..
aku bangun menawarkan diri untuk menghantar mereka..
selepas gosok gigi dan membasuh muka..tanpa mandi..aku menghantar mereka ke kampus..
selepas itu aku pulang ke rumah sewa pali di kubu..
alop tidak ke kelas kerana ada hal..dia hendak ke sentral..
aku pun bercadang nak terus balik seremban..
alang-alang aku gerak, aku hantar skali alop ke sentral..
perjalanan dari melaka ke seremban terasa jauh..dan bosan..
disebabkan antena radio jentera itu patah, aku memasang kaset..
itupun ada kaset yang tak boleh dipasang kerana sudah lama..
dah bosan menukar-nukar kaset yang aku dengari..akhirnya aku memasang kaset lagu p.ramlee..ngantuk gile..
sebenarnya hari ini aku dah berjanji dengan seseorang..
dia berada di sepang..wat part time..
dan memandangkan sepang ngan seremban ngan sepang takde la jauh sangat..
aku nak gak gi jumpa dia..(kalau sepang tu beribu batu jauhnya pun aku sanggup kot..hahaha)
aku decide untuk pulang ke rumah dulu sebelum ke sana..makan..
selesai je makan tengah hari di rumah..
termenung jap kat bilik air..
bersiap dan terus menuju ke sepang..
tapi ada masalah sikit..
aku bukannya pernah gi litar sepang sebelum ni..
jadi, ini kali pertama aku ke sana sendiri..
dengan hati keringnya aku lalu mengikut jalan dalam..(lalu kampung LBJ)
sebelum ni aku pernah lalu situ..bapak aku la bawak..sebab tiap-tiap kali raya nak balik kampung belah mak kat kuala selangor memang lalu situ..
terus tembus KLIA..terus keluar kat lebuhraya ELITE..
dengan izin Allah..
alhamdulillah..
sampai gak aku ke destinasi walaupun aku tak tau nak masuk litar sepang tu katne..hahahahaha!!
lepas aku park kereta..aku terus masuk ke dalam mencari si dia..
dia keje jual air kat situ..
bila dah jumpa dia..aku lepak la tengok kereta-kereta yang tengah berlumba masa tu..
satu perkataan je yang mampu aku luahkan..
"BOSAN"
bukan bosan ape..bosan tengok kereta-kereta tu berlumba..
mungkin bagi yang meminati sukan permotoran ni feel diorang lain..
tapi bagi aku yang lebih meminati sukan bolasepak ni..rasa cam..tertanya-tanya..
ape la yang diowang tengok sebenarnya ni..
lantak la kan..lain orang..lain selera..
mungkin aku yang tak faham..hahahaha!!!
dia mencuri sedikit masa kerja dia untuk menemankan aku..
dia cakap gerai dia tak berapa sibuk sebab tak ramai yang datang tengok race tu..
kami pun duduk la berdating kejap..
tangkap-tangkap gambar..
berbual-bual..walaupun diganggu bunyi kereta lumba yang agak bingit bunyinye..
satu lagi persoalan bermain di kepala aku..
kereta lumba ni memang kena bising-bising ek? huhuhuhu..
nak dekat pukul 5 aku pulang..
lagipun dia sedang kerja..takkan nak lepak lelama dengan dia lak?
kang tak pasal-pasal dia yang kena marah..
sebelum itu berlaku..baik aku gerak dulu..
dia nak anta aku sampai depan tapi aku tak bagi..
dah la dari tempat kitorang duduk tu ke depan sangat le jauh..(kalau jalan kaki laa..)
sebelum meneruskan perjalanan menuju ke gate depan..aku belikan dia aiskrim..
hadiah untuk dia sebab temankan aku jap..
aku rasa happy sebab dapat jumpa dia..
dalam perjalanan pulang ke rumah..
aku tak lepas-lepas senyum je..
ne taknye..
masa sebelum aku gerak pulang..kat dalam kereta masa tu..aku mesej dia..
"suka tak i datang?"
dia membalas.."suka"
aku sampai ke rumah dengan selamatnya..
namun..aku agak risau..
dia ari tu keje kat sepang tu sampai kul 3 pagi..
takpelah..dia dah besar..pandailah dia jaga diri..
gipun dia berdua ngan kawan dia..
* * *
ahad, 09/08/09
hari ni takde yang spesel..
bangun pagi..
basuh kereta..
tido balik..
bangun..
tengok tb..
petang gi main bola..
malam..tengok smallville..
pastu kat tb2 ada cite pocong..
baru tengok sikit da pening pale..
sebelum bertukar jadi migrain..aku gi tido..
tamat hari minggu aku...
ari ahad aku..bosankan?
Monday, August 10, 2009
first silverware of the season
my weekend..part 1
aku malas nak ke ofis ari tu..
aku jugak rasa malas hendak ke melaka..
aku ada dua pilihan..
nak ke ofis atau jumpa advisor di melaka..
namun aku takde pilihan lain menjelang aku bangun kul 10.00 pagi..
aku tak jadi ke ofis..dan aku decide untuk ke melaka ari tu..
selepas mandi dan bersiap sume..aku pun memulakan perjalanan ke melaka..
sambil memandu "jentera itu" melalui lebuh raya plus yang agak banyak juga kereta hari itu..
aku budjet aku membawa wang yang cukup untuk membayar tol..
namun apabila menghampiri exit simpang ampat..
baru aku perasan yang dalam dompet aku cuma ada rm2 sahaja..
cilakak! aku terlupa pula duit rm10 semalam aku dah guna bli topup maxis..
nak taknak aku terpaksa meneruskan perjalanan ke r&r ayer keroh..cari mesin atm..
sib baik aku tak masuk lagi exit simpang ampat..kalo tak lagi banyak kerja..
sib baik gak dalam bank aku ada la duit beberapa hengget..
lepas gak la nak bayar tol exit ayer keroh nanti yang bezanya lebih kurang rm2 dengan kadar bayaran di exit simpang ampat..
selesai satu prob..
aku sampai di kampus lebih kurang kul 12 lebih..
sebab kesesakan lalulintas yang minor di sepanjang jalan tadi..
aku agak terkejut dengan keadaan melaka ari tu..
teruk betul jerebunya..
aku pun dah start pening-pening pale..cam nak demam..
appoinment aku ngan advisor aku pada pukul 3 petang..
habis je jumpa advisor..aku dan pali ke tesco..
da lama tak gi tesco..
kami membeli beberapa bijik sushi serta sebungkuih roti kentang..
kami sebat sushi tersebut di dalam kereta..
pali tek puas hati kerana carlifornia rollnya cam haram..
lantas aku mengajaknya ke jalan-jalan ke klebang..
mengajak si pisha gak..
semasa menunggu pisha di bawah apartment sewaannya sesuatu terjadi..
aku semasa itu sedang bermesej..
tetiba aku rasa nak kemas tempat duduk bahagian belakang sebab jap gi pisha nak duk belakang..
handphone aku letak di atas bumbung kereta..
aku pun bawak la barang-barang yang bersepah di tempat duduk belakang ke bonet kereta..
selepas selesai..aku masuk kereta dan membuat pusingan U bagi memudahkan keretaku keluar jap gi..
pas je berentikan kereta..
aku terasa kosong..
ape yang tak kena?
aku pun bertanya kepada diri sendiri dan pali di sebelah.."eh, mana handphone aku?"
tetiba ku teringat yang aku letakkan menatang alah tu kat atas bumbung kereta..
"ya Allah!!! handphone aku!!!"
aku cepat-cepat keluar mencari handphone aku..
atas bumbung kereta..takde..
ah, sudah..mesti tercampak kat atas jalan ni sebab aku wat U turn tadi..
nasib baiklah handphone aku berwarna putih dan senang nak nampak..
kalu tak..tak tau la..
pali kat dalam keta dah terbahak-bahak..
sib baik beb!!
sian handphone aku..
dah bercalau-balau..
sib baik tak rosak..
dipendekkan cerita..
aku dan pali bukan sahaja pergi ke klebang ngan pisha..
malah si zila (hausmate pisha) gak turut serta..
kemudian disusuli matley..bf zila yang merangkap kawan baik aku gak..
kami pergi menikmati pisang goreng di klebang..
di sebelah malamnya pula..
kami ke mitc atas cadangan matley..
kami pergi bermain bowling di pusat bowling baru di situ..
sampainya kul 9 lebih..
dapat mainnya kul 11..
panas gak ati..
tapi nasib dapat main gak..
hari itu kami pulang dalam kul 3 pagi..
bersambung...
menari di kala sunyi..gilak!
situasi 1:
kepada yang saling mencintai..
reaksi penerima..suka dan terasa dihargai..
kesan terhadap pengungkap..puas hati..
situasi 2:
kepada yang dicintai tetapi tidak mencintai kita..
reaksi penerima..tak suka, rimas, geli, jijik dsb..
kesan terhadap pengungkap..sakit hati bukan kepalang..
rumusan:
teruskan mencintai walaupun ianya sesuatu yang menyakitkan..cinta itu mengajar kita sesuatu yang berguna satu hari nanti..
(source: dari alam angker, anonimus)
Thursday, August 6, 2009
menu hari ini..
nasi tumpang pada hari ini turut ditumpangi oleh pn.nasi, en.pulut, en.telur dadar, cik ayam masak kicap dan pn.serunding...
hobi..hobo..hibo..hibi..
aku akan kaitkan setiap watak dalam novel yang aku baca tu sama ada dengan orang-orang di sekeliling aku..atau artis-artis yang wujud kat muka bumi ni..
hahahahaha..
apa-apa pun..marilah menyokong industri novel tempatan..
Wednesday, August 5, 2009
ore..sanjou!!!
news yang aku baru dapat dari KREKO dan semestinya peminat-peminat Kamen Rider yang lebih otai dari aku dah pun tau pasal movie kamen rider terbaru ni..
lebih lasak!!
lebih gempak!!!
lebih bongkak!!!!
Kamen Rider Decade The Movie : All Rider vs Dai Shocker ialah satu lagi filem terbaru dalam siri rider yang aku rasa bakal menggamatkan dan membuatkan peminat-peminat wira rempit bertopeng ini melompat terkinja-kinja keseronokan kerana kebrutalan movie ini..
Ini kerana buat pertama kalinya lebih kurang 25 kamen rider dari era showa (70's - 90's) dan era heisei (2000 - now) bergabung untuk menentang geng jahat shocker yang tak habis-habis nak takluk dunia!!
25 rider? banyak seyh!! jadi..bolehlah kowang menonton penampilan semula rider-rider otai cam kamen rider no.1 & no.2, v3, riderman, amzon, stronger, dan ramai gi!!! serta satria baja hitam (kamen rider black) yang cukup terkenal di kalangan kita..
movie ini dijangkakan ditayangkan di jepun tengah bulan ni..di malaysia? kuar dvd je kot..tak sabar seyh nak tengok movie ni!!!
HENSHIN!!!!!
Monday, August 3, 2009
qunut!
berdosa atau tak gelak tengok clip ni..
tapi..sekadar iktibar..
ape aku merapik?
enjoy the show..
cam haram kan?
lu pikir la sendiri..
*tak dapat tengok? http://www.youtube.com/watch?v=r89vZkLXgEk
tahniah kepada mereka..lepas ni siapa pula?
sanak saudara old-timer..
chelsea number 1!!!!!
penulis bersama pengantin lelaki..kami sepupu!!
p/s: pacat..ko bila nak kawin??
wonderpet..menyelamatkan budak cramp -episode 2
aku membawa motor ku dengan agak cermat sambil melihat-lihat di arah bertentangan untuk mencari kalau-kalau zila dah boleh drive balik..
aku puas lah cari kereta yang dimaksudkan pali.."ko tengok je kereta wira nombor plate J...."bilang pali sebelum aku gerak tadi..tapi takde pun..
aku terus menuju ke Giant..
sampai di simpang nak menuju ke Giant aku nampak di arah bertentangan sebuah kereta wira sedang berenti di tepi sambil menyalakan lampu kecemasan..dan dapat dilihat seorang mat motor sedang berenti di sebalah kereta tersebut..
aku ushar nombor plat kereta tersebut..J...hah! betul le ni si zila..
aku pun membuat pusingan U dan terus mendapatkan kereta zila..
selepas berentikan motor di bahu jalan..
"wey, zila..hang okey ka?"tanyaku dalam loghat kedah walaupun aku bukan orang kedah..ada sedara kat kedah?jauh skali..aku mengabaikan kewujudan mat motor yang berenti di sebelah kereta zila itu..
"aku okey.." dia tipu..padahal aku tau kaki dia sakit gi tu..
"awak ni kawan cik ni ke?"mat moto tu tanya aku..
"a'ah..terima kasih la sebab sudi nak tolong kawan saya ni..saya boleh uruskan dia.."jawab aku panjang..
"kimi..meh sini masuk dalam kereta.."zila memanggil aku..
"apahal?"tanya aku kehairanan..
"masuk jelah!"arahnya kepada aku..
aku pun masuklah kereta si zila tu..dan duduk di bahagian penumpang hadapan..
"ko nape ni?"aku tanya dia lagi..
"aku risau la mamat ni tetiba je berenti..pastu suruh aku keluar..aku nyer kaki dah la sakit..kalau kaki aku tak sakit pun aku taknak keluar..aku takut..da la tak kenal sape.."jawab si zila..
aku tersengih dan berkata "ala..dia nak tolong je tu..gi pun aku tengok mamat tu..nak kata mat rempit..tak nampak pun cam mat rempit..brader ni baru balik kerja je ni..takpe la..aku da ade kat sini pun..ko camne ley cramp ni?"
"aku kalau sejuk-sejuk memang cepat kejang.."jawabnya..
"dik..ko reti bawak kereta tak?"tanya mat moto tu kat aku..
"reti.."jawabku.."ni manual ke auto?"aku tanya zila pula..
"auto.."aku tergelak sensowang..sib baik..aku da la baru je lulus jpj semalam..lesen p tak dapat gi pun..bawak keta pun tak mahir la sangat..
"camni la..awak tinggal moto kat sini..awak bawak la keta kawan awak ni balik dulu..jap gi awak datang la ngan kawan awak yang lain amik moto tu.."cadang mat moto tu kat aku..padahal memang itu pun rancangan aku..
"okey la bang..terima kasih la ye..sebab tolong.."kata ku seakan-akan memintanya pergi..pastu ape tah mamat tu cakap lagi..tak lama pastu dia blah..
"hah..brader tadi da blah..meh aku bawak keta.."kataku pada zila..
"takpela kimi..aku rasa aku ley drive kot.."zila menjawab..
"okey..tapi pelan-pelan bawak..keep on pasang hazard lamp..aku follow ko dari belakang.."
degil gak minah ni..
aku tau kaki dia lum baik gi..
zila pun memandu pelan-pelan sambil diescort aku dari belakang..
sampai je kat traffic light kat tesco..
"wey, zila..boleh tak ni? ko jangan paksa diri..kang jap gi berenti kat taman cempaka sana..aku park moto kat situ..bagi aku bawak keta ko ni.."
dia mengangguk..sakit lagi kot sampai takley nak cakap..
sampai di tepi jalan kat taman cempaka..
aku parking moto aku kat tepi sebuah rumah di situ..
pas aku masuk je dalam keta zila bertanya.."ko ni ada lesen ke tak?"
"takde..tapi aku baru je amik jpj semalam.."jawabku selamba..
"hah? ko bawak elok-elok sikit.."
"aku tau le..ko lagi kabut..bawak auto pun ley cramp.."balas aku sambil tergelak-gelak..
dipendekkan cerita..
pastu aku gi amik pali ngan pisha kat kubu..
gi amik moto aku lak pastu..
si zila kat dalam keta dari tadi bising-bising pasal dia gaduh ngan bf nye a.k.a kawan aku,matley..
aku wat bodo je..malas nak masuk campur..
janji ko selamat..
aku pun puas..dapat menolong orang di dalam kesusahan..
mari raikannya dengan daun saderi wonderpets..
em..nyam-nyam..
ke bot terbang?
ke bot terbang!!
wonderpets..
wonderpets..dah berjaya..
membantu cik zila yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila berkerjasama semua jadi mudah..
yeaahh..wonderpets..YEAAAAAAAHHH!!!!
-the end-