Wednesday, August 26, 2009

pahlawan gergasi merah kembali!!!






Siri popular Jepun terbitan Tsuburaya Productions, Ultra Galaxy The Movie: Mega Monster Battle bakal menggegarkan pawagam di Jepun pada hujung tahun ini dengan filem terbarunya Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends -The Movie (Daikaiju Batoru Urutora Ginga Densetsu -The Movie).


Watak-watak antagonis bagi siri terbaru ini bukan lagi raksasa, tapi Ultraman! Watak terbaru Ultraman iaitu Ultraman Belial, menjadi Ultraman jahat yang pertama sejak bermulanya sejarah francais Ultraman sejak 43 tahun yang lalu. Belial dalam filem ini telah dikurung di dalam penjara angkasa sejak beribu tahun yang lampau oleh Ultraman King.


Ultraman Beliel




Cerita bermula apabila Belial berjaya melepaskan diri dari penjara angkasa dan merancang untuk menggunakan Giga-Battlenizer bagi mengawal 100 ekor raksasa jahat serta menakluk galaksi. Latar tempat bagi filem ini ialah Nebula M-78 yang terletak di Bintang Ultra iaitu planet asal bagi majoriti semua suku sakat Ultraman. Memandangkan pertempuran kali ini bertempat di planet asal Ultraman, tiada had masa 3 minit bagi Ultraman berlawan sepertimana apabila mereka berada di Bumi.



Majalah Sponichi mendedahkan filem ini akan menampilkan 50 Ultraman dan 18 daripadanya telah diketahui iaitu Ultraman, Ultra Seven, Ultraman Jack, Ultraman Ace, Ultraman Taro, Zoffy, Ultraman Mebius, Ultraman Hikari, Ultraman King, Father of Ultra, Mother of Ultra, Ultraman Leo, Astra, Ultraman 80, Yullian, Ultraman Neos, Ultra Seven 21, dan Ultraman Boy.




Pelakon asal bagi siri Ultraman dan Ultra Seven iaitu Susume Kurobe dan Kouji Moritsugu akan kembali memegang watak mereka sebagai Hayate (Ultraman) dan Dan Moroboshi (Ultra Seven) bagi menentang kesemua 100 raksasa jahat!!


Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 12/12/2009..kat Malaysia?entah..DVD je kot~