Monday, August 10, 2009

my weekend..part 1

jumaat, 07/08/2009

aku malas nak ke ofis ari tu..
aku jugak rasa malas hendak ke melaka..
aku ada dua pilihan..
nak ke ofis atau jumpa advisor di melaka..

namun aku takde pilihan lain menjelang aku bangun kul 10.00 pagi..
aku tak jadi ke ofis..dan aku decide untuk ke melaka ari tu..
selepas mandi dan bersiap sume..aku pun memulakan perjalanan ke melaka..
sambil memandu "jentera itu" melalui lebuh raya plus yang agak banyak juga kereta hari itu..

aku budjet aku membawa wang yang cukup untuk membayar tol..
namun apabila menghampiri exit simpang ampat..
baru aku perasan yang dalam dompet aku cuma ada rm2 sahaja..
cilakak! aku terlupa pula duit rm10 semalam aku dah guna bli topup maxis..
nak taknak aku terpaksa meneruskan perjalanan ke r&r ayer keroh..cari mesin atm..
sib baik aku tak masuk lagi exit simpang ampat..kalo tak lagi banyak kerja..

sib baik gak dalam bank aku ada la duit beberapa hengget..
lepas gak la nak bayar tol exit ayer keroh nanti yang bezanya lebih kurang rm2 dengan kadar bayaran di exit simpang ampat..
selesai satu prob..

aku sampai di kampus lebih kurang kul 12 lebih..
sebab kesesakan lalulintas yang minor di sepanjang jalan tadi..
aku agak terkejut dengan keadaan melaka ari tu..
teruk betul jerebunya..
aku pun dah start pening-pening pale..cam nak demam..

appoinment aku ngan advisor aku pada pukul 3 petang..

habis je jumpa advisor..aku dan pali ke tesco..
da lama tak gi tesco..
kami membeli beberapa bijik sushi serta sebungkuih roti kentang..
kami sebat sushi tersebut di dalam kereta..
pali tek puas hati kerana carlifornia rollnya cam haram..
lantas aku mengajaknya ke jalan-jalan ke klebang..
mengajak si pisha gak..

semasa menunggu pisha di bawah apartment sewaannya sesuatu terjadi..
aku semasa itu sedang bermesej..
tetiba aku rasa nak kemas tempat duduk bahagian belakang sebab jap gi pisha nak duk belakang..
handphone aku letak di atas bumbung kereta..
aku pun bawak la barang-barang yang bersepah di tempat duduk belakang ke bonet kereta..
selepas selesai..aku masuk kereta dan membuat pusingan U bagi memudahkan keretaku keluar jap gi..
pas je berentikan kereta..
aku terasa kosong..
ape yang tak kena?
aku pun bertanya kepada diri sendiri dan pali di sebelah.."eh, mana handphone aku?"
tetiba ku teringat yang aku letakkan menatang alah tu kat atas bumbung kereta..
"ya Allah!!! handphone aku!!!"
aku cepat-cepat keluar mencari handphone aku..
atas bumbung kereta..takde..
ah, sudah..mesti tercampak kat atas jalan ni sebab aku wat U turn tadi..
nasib baiklah handphone aku berwarna putih dan senang nak nampak..
kalu tak..tak tau la..
pali kat dalam keta dah terbahak-bahak..
sib baik beb!!
sian handphone aku..
dah bercalau-balau..
sib baik tak rosak..

dipendekkan cerita..
aku dan pali bukan sahaja pergi ke klebang ngan pisha..
malah si zila (hausmate pisha) gak turut serta..
kemudian disusuli matley..bf zila yang merangkap kawan baik aku gak..
kami pergi menikmati pisang goreng di klebang..

di sebelah malamnya pula..
kami ke mitc atas cadangan matley..
kami pergi bermain bowling di pusat bowling baru di situ..
sampainya kul 9 lebih..
dapat mainnya kul 11..
panas gak ati..
tapi nasib dapat main gak..

hari itu kami pulang dalam kul 3 pagi..

bersambung...

2 comments:

paCat said...

kat mitc ade bowling br ke?


setiap minggu haku ke melaka..heeee

Ha Kim-mi said...

ya..ada lebih kurang 56 lane kot..
menggunakan jentera AMF..
tapi yg tak bst nye..dia pasang sensor foul lak..
huh!