Tuesday, August 11, 2009

my weekend...part 2

sabtu, 08/08/09


aku bangun kul 9 lebih hari itu..
kawan-kawan aku, pali dan al ada kelas pagi itu..
aku bangun menawarkan diri untuk menghantar mereka..
selepas gosok gigi dan membasuh muka..tanpa mandi..aku menghantar mereka ke kampus..

selepas itu aku pulang ke rumah sewa pali di kubu..
alop tidak ke kelas kerana ada hal..dia hendak ke sentral..
aku pun bercadang nak terus balik seremban..
alang-alang aku gerak, aku hantar skali alop ke sentral..

perjalanan dari melaka ke seremban terasa jauh..dan bosan..
disebabkan antena radio jentera itu patah, aku memasang kaset..
itupun ada kaset yang tak boleh dipasang kerana sudah lama..
dah bosan menukar-nukar kaset yang aku dengari..akhirnya aku memasang kaset lagu p.ramlee..ngantuk gile..

sebenarnya hari ini aku dah berjanji dengan seseorang..
dia berada di sepang..wat part time..
dan memandangkan sepang ngan seremban ngan sepang takde la jauh sangat..
aku nak gak gi jumpa dia..(kalau sepang tu beribu batu jauhnya pun aku sanggup kot..hahaha)

aku decide untuk pulang ke rumah dulu sebelum ke sana..makan..
selesai je makan tengah hari di rumah..
termenung jap kat bilik air..
bersiap dan terus menuju ke sepang..

tapi ada masalah sikit..
aku bukannya pernah gi litar sepang sebelum ni..
jadi, ini kali pertama aku ke sana sendiri..
dengan hati keringnya aku lalu mengikut jalan dalam..(lalu kampung LBJ)

sebelum ni aku pernah lalu situ..bapak aku la bawak..sebab tiap-tiap kali raya nak balik kampung belah mak kat kuala selangor memang lalu situ..
terus tembus KLIA..terus keluar kat lebuhraya ELITE..

dengan izin Allah..
alhamdulillah..
sampai gak aku ke destinasi walaupun aku tak tau nak masuk litar sepang tu katne..hahahahaha!!

lepas aku park kereta..aku terus masuk ke dalam mencari si dia..
dia keje jual air kat situ..
bila dah jumpa dia..aku lepak la tengok kereta-kereta yang tengah berlumba masa tu..
satu perkataan je yang mampu aku luahkan..
"BOSAN"

bukan bosan ape..bosan tengok kereta-kereta tu berlumba..
mungkin bagi yang meminati sukan permotoran ni feel diorang lain..
tapi bagi aku yang lebih meminati sukan bolasepak ni..rasa cam..tertanya-tanya..
ape la yang diowang tengok sebenarnya ni..
lantak la kan..lain orang..lain selera..
mungkin aku yang tak faham..hahahaha!!!

dia mencuri sedikit masa kerja dia untuk menemankan aku..
dia cakap gerai dia tak berapa sibuk sebab tak ramai yang datang tengok race tu..
kami pun duduk la berdating kejap..
tangkap-tangkap gambar..
berbual-bual..walaupun diganggu bunyi kereta lumba yang agak bingit bunyinye..

satu lagi persoalan bermain di kepala aku..
kereta lumba ni memang kena bising-bising ek? huhuhuhu..

nak dekat pukul 5 aku pulang..
lagipun dia sedang kerja..takkan nak lepak lelama dengan dia lak?
kang tak pasal-pasal dia yang kena marah..
sebelum itu berlaku..baik aku gerak dulu..
dia nak anta aku sampai depan tapi aku tak bagi..
dah la dari tempat kitorang duduk tu ke depan sangat le jauh..(kalau jalan kaki laa..)
sebelum meneruskan perjalanan menuju ke gate depan..aku belikan dia aiskrim..
hadiah untuk dia sebab temankan aku jap..
aku rasa happy sebab dapat jumpa dia..

dalam perjalanan pulang ke rumah..
aku tak lepas-lepas senyum je..
ne taknye..
masa sebelum aku gerak pulang..kat dalam kereta masa tu..aku mesej dia..
"suka tak i datang?"
dia membalas.."suka"

aku sampai ke rumah dengan selamatnya..
namun..aku agak risau..
dia ari tu keje kat sepang tu sampai kul 3 pagi..
takpelah..dia dah besar..pandailah dia jaga diri..
gipun dia berdua ngan kawan dia..



* * *



ahad, 09/08/09


hari ni takde yang spesel..
bangun pagi..
basuh kereta..
tido balik..
bangun..
tengok tb..
petang gi main bola..
malam..tengok smallville..
pastu kat tb2 ada cite pocong..
baru tengok sikit da pening pale..
sebelum bertukar jadi migrain..aku gi tido..


tamat hari minggu aku...


ari ahad aku..bosankan?

No comments: