ini ialah video clip yang aku cari-cari selama ini..
video perlawanan antara Malaysia dengan Korea Selatan..
kedua-dua pasukan bermain di Stadium Merdeka bersaing bagi merebut tempat ke pusingan akhir Sukan Olimpik 1980 di Moscow..
aku tak berapa tahu sangat detail perlawanan ni..
tapi yang aku tahu Malaysia telah berjaya menewaskan Korea Selatan dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan akhir di Moscow..
sebelum Olimpik Moscow 1980..
pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri di Sukan Olimpik 1972 di Munich..
walau bagaimanapun Malaysia hanya beraksi di peringkat kumpulan selepas tewas kepada tuan rumah Jerman dan Morocco..
tapi Malaysia dapat mencuri tiga mata hasil kemenangan ke atas Amerika Syarikat dengan jaringan 3-0!
pada masa itu..boleh dianggap sebagai zaman kegemilangan bola sepak Malaysia..
namun begitu..kontingen Malaysia telah memboikot Sukan Olimpik 1980 ini kerana pada masa itu Kesatuan Soviet (sekarang Rusia) telah menyerang Afghanistan..
sejak pemulauan Olimpik 1980..bola sepak Malaysia dilihat terus merudum..
tak tahu di mana silapnya sehingga bola sepak negara terus tenggelam..
walhal Korea Selatan yang pernah pasukan kita tewaskan berada di tahap yang lebih tinggi sekarang ini..
lihat saja berapa banyak penampilan Korea Selatan di Piala Dunia..sudah tujuh kali!
Malaysia?
sekali..itupun sebagai tuan rumah Piala Dunia Remaja 1999..
Piala Dunia?
zero~
aku sebagai rakyat Malaysia merangkap penyokong pasukan bola sepak Malaysia sangat berharap agar satu hari nanti Malaysia akan bangkit dan menunjukkan 'belang' di arena antarabangsa..
aku nak jugak rasa seperti mana perasaan rakyat Korea Selatan dan Jepun apabila pasukan negara mereka melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia..
secara jujurnya..aku sangat cemburukan mereka (Korea dan Jepun)..
persoalan sekarang..
bila bola sepak Malaysia nak maju semula?
kerana..
I STILL BELEIVE..
WE STILL BELIEVE..
DO YOU?