Sunday, July 25, 2010

sakit kepala~




pos ini didedikasikan buat cik migraine..
harap anda sangat happy selepas berpeluang menjenguk saya pagi tadi..
tapi..saya tak suka dengan kehadiran awak sebenarnya..
sebab bila awak datang..awak suka nyusahkan saya...
saya tak happy bila awak ada..
tapi semalam (pagi-pagi buta tadi)..awak datang lagi..
untuk kali kedua dalam minggu ini..
dah tu pulak..datang pada masa yang tak sesuai..
saya tengah memandu kereta kot..
on the way nak gi makan-makan bersama kawan-kawan lepas bermain futsal..
dah la saya memandu seorang..
masa tu jugak awak nak datang kan?
teruk!!!
saya tak suka awak!!!
nasib baik saya dapat bertahan sehingga sampai ke rumah dengan selamat semalam..
kalau tak....?
tambahan pula..semalam saya tak dapat nak lepak-lepak dengan kawan saya...
tolong lah cik migraine...
lain kali nak datang..sila datang pada masa yang sesuai..
oh ya..
sebab awak jugak..doktor siti yang buka klinik di belakang rumah saya menggesa saya supaya melakukan CT scan di hospital kerana beliau suspek saya ada tumor..
waaaahhhh!!!!
ini dah teruk!!!
awak memang jaat cik migraine!!!!!



INFO:
Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.

Sintom:

1. Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala.

2. Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga tersa seperti hampir buta.

3. Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.

4. Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.


No comments: