ini adalah penulisan aku yang pertama-tama di tahun baru ini yakni tahun 2009..
sambil aku menulis karangan berperingkat tidak lebih dari peringkat stpm ini..aku mendengar lagu yang bertajuk "penipu" dendangan (bukan ding-dang) dari kugiran "piring hitam"..
siapa "piring hitam"?
aku pun tidak kenal mereka..dan mereka juga sudah pastilah tidak kenal aku..siapalah aku ini?aku bukannya artis yang orang kenal-kenal..hahaha..
tapi sekarang aku tak dengar lagi lagu dari kugiran "piring hitam" itu..lagu "kekasih yang tak dianggap" dendangan kugiran "kertas" sedang berkumandang di corong pembesar suara milik ah seng, teman serumah ku..
dan lagu yang ku dengar sering bertukar-tukar secara otomatik..sudah tentulah..ini kerana aku sedang mendengar lagu-lagu tersebut melalui telefon bimbit ku yang disokong oleh perisian moden era kini yang dipanggil MP3..
aku pun tak taulah apa yang aku merepek ini?
walau bagaimanapun, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1430 serta selamat tahun baru 2009..
oh ya, tidak lupa juga aku ingin mengucapkan selamat kembali ke universiti kepada semua siswa-siswi uitm di seluruh pelosok negara..
diharap tahun baru serta semester baru membawa banyak impak yang positif kepada kita semua..insyallah..
aku ingin menceritakan serba sedikit pengalaman ku hari ini..kerana hari ini banyak pro dan kontra dalam hidup aku..
bangun sahaja dari tidur aku terus menghubungi si dia yang ku sayang..tiada berjawab..mungkin dia sedang memandu untuk ke kelas..tidak apa..aku menghantarkan satu pesanan ringkas kepadanya..
kuliah ku bermula pada pukul 10.30..subjek perhubungan pemasaran..agak malang..aku dibuli oleh rakan-rakan kelas ku yang baru kerana aku adalah pelajar lanjutan..mereka semua di semester lima manakala aku di semester enam..tidak apa..aku abaikan sahaja mereka..huuuu...
kuliah tamat awal..selepas makan tengah hari bersama abul, abul mengajak aku pergi ke pusat karaoke kotak di pusat digital berdekatan..abul ingin melepaskan takanan dengan menyumbangkan suaranya..dan aku sekadar menemaninya..kami menyanyi lima lagu seorang akhirnya..hahaha..
selepas itu kami berpisah kerana abul ada kuliah pada jam 2.30 petang..aku ke kafe siber milik abang wan di bangunan mara untuk melayari internet..sambil-sambil memeriksa e-mel dan friendster, aku mencari sedikit maklumat untuk kerja rumah yang diberi oleh pak chad minggu lepas..esok adalah tarikh untuk menghantar kertas kerja tersebut yang panjangnya tidak kurang dari empat muka surat..
aku juga melayari laman jaring lelong.com..mula-mula sekadar melihat-lihat..akhirnya aku telah membida untuk membeli sebuah jam tangan dan aku berjaya mendapatkan jam tangan tersebut dengan harga rm37..sekarang aku sedang menunggu e-mel kepastian dari pihak lelong.com..wah..sukanya aku..dapat jam tangan..selama ini aku tidak memakai jam tangan..aku mungkin mengalami pengalaman baru selepas ini iaitu memakai jam tangan..haha..
di sebelah petangnya aku turun ke arena futsal kolej tun mamat..aku tidak bermain dengan baik..hanya satu gol yang dapat aku jaringkan pada hari ini..selapas bermain futsal..aku mendapati diriku mengalami sedikit kecederaan yang kurang serius..ini kesan dari tindakan ku membuat sepakan basikal untuk menyambut hantaran lintang ah seng..tapi sayangnya aku hanya menyepak angin..lalu aku jatuh tersepuk ke atas simen yang tidak kurang keras itu..aduh..sakit..pinggang ku sakit kerana terhentak di simen manakala tanganku hampir-hampir terseliuh..namun aku tetap gagahi diri untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai itu..iaitu bermain futsal..
malam tadi juga kolej telah mengadakan perjumpaan antara jawatankuasa perwakilan kolej..aku juga terlibat..bosan....
dan selepas itu..di sinilah aku..di hadapan komputer riba hakmilik kerajaan..menulis blog ku yang pertama pada tahun ini..
aku ingin membuat kerja rumah yang pak chad berikan..
oh ya, hari ini si dia tidak membalas langsung mesej yang ku hantar melalui sistem pesanan ringkas..agaknya kenapa?adakah dia berkecil hati dengan ketelanjuran mulutku berbicara semasa kami berhubung melalui telefon bimbit semalam?
aku sangat risau.....
ah..mungkin aku hanya memikirkan yang bukan-bukan…
secara kesimpulan..hari ini bukan hari yang baik bagi ku..mungkin esok lebih baik..siapakan tahu?
wawa..saya sangat rindu awak...
2 comments:
saya rindu awak juga..
:)
Post a Comment