Monday, June 7, 2010

laugh on the cloudy day - turbo!



hari ini..mendung..
cuaca yang bagus untuk duduk lepak di rumah..
dengan demam aku yang beransur pulih..
memang seseuai la sangat duduk rumah sekarang ni..


aku masih malas hendak menanda kertas..
walau beberapa kali da mak aku bising suruh tanda kertas periksa awal-awal..
nanti-nanti je lah..
aku nak enjoy cuti ni dulu..
lagipun sapa tak kenal aku?
suka buat keja last minit..
attitude yang sukar diubah semenjak dari zaman 'U' lagi..
hahahahaha..
aku kena buat sesuatu ni..
buat sesuatu untuk ubah sikap..
em...
nanti-nanti je la....
kan?


sedang aku bermalas-malas di rumah..
apa yang aku buat?
sekarang ni..aku sedang membaca novel..
ya..novel..
novel LAGENDA BUDAK SETAN....
huhuhuhu..
baru je aku sebut pasal filem dia di post yang lepas...
dah baca novel dia pulak la ni?
macam aku da gitau dalam post yang lepas..
aku belum pernah baca lagi novel ni..
tapi aku tau kewujudan novel ini..
sebab aku memang gemar baca novel..
tapi aku belum berkesempatan untuk menelaah novel LBS ni..


jadi di sini aku nak ucapkan terima kasih yang tak berbelah bahagi kepada Cikgu Isma kerana sudi memberi aku pinjam novel LBS ni..
domo-arigato!!! ^^


aku selalunya baca novel..jarang aku nak gelak kalau ada unsur-unsur komedi yang menggelikan hati dalam novel yang aku baca tu..
eh..jap..tipu la kalau aku cakap tak gelak..ada je gelak..tapi tak besar..
tapi ada satu part kat dalam novel LBS ni..yang buat aku tergelak besar sampai adik-adik aku pun pelik tengok aku..
dah tu..lama lak aku gelak tu..


part tu masa Kasyah baru sampai kat California State University, Fresno..
si Kasyah ni berkenalan dengan seorang lagi student Malaysia..
nama dia Turbo..
Kasyah tanya la nama sebenar si Turbo tu apa..sebab sebab si Kasyah ingat Turbo tu nama glemer je..
si Turbo tu bagitau la nama sebenar dia..
MOHAMMAD TURBO BIN MOHAMMAD KUASA!

p/s: aku nak bagi nama anak perempuan aku nanti Nurul Alexendria..hahahahaha~ xp


2 comments:

theblogaboutsomething said...

kalau anak laki?

Ha Kim-mi said...

anak laki?
muhammad ichigo!
hahahaha!!
kiddin'..
x pk pown.. xp