Friday, November 7, 2008

seloka laptop hak milik kerajaan

semalam..
laptop hak milik kerajaan ku rusak..
ah..mampos lah aku nanti..
kata skrin laptop hak milik kerajaan tersebut - "operating system not found"
pe kejadah la tu??
hmm..salah aku gak..
too tamper..
tak pasal-pasal laptop hak milik kerajaan menjadi mangse..
siot tul...
maka selepas kejadian tersebut..aku pun call la seorang IT expert untuk meminta pandangan..
katenye leh repair dan format..tak perlu risau pasal HDD..
berita baik tu..lega cikit..
tapi..malam tadi aku cuba pula untuk mencari pendrive 2GB aku..
tak kejumpaan..
siot!!

pagi tadi..
aku membawalah laptop hak milik kerajaan ke CC a.k.a Cyber Clinic milik abang wan untuk dirawat..
mula-mula cam ok je..sedang laptop hak milik kerajaan tersebut menerima rawatan pesakit dalam dari abg wan..aku gi la cucuk duit..confident je laptop hak milik kerajaan tu buleh sembuh dan beraksi seperti sedia kala..
namun begitu..ku harap hujan sampai ke petang..rupanya tsunami di tengah hari..
sekembalinya ku dari mencucuk duit..abg wan membawa berita tak enak kepada ku..
"maaflah..laptop hak milik kerajaan mu tidak dapat di selamatkan.." - abang wan
lantas aku berkata.."ya Allah!!!!" (nada seperti iklan kemalangan yang pernah disiarkan di kaca telebisen beberapa tahun yang lampau...)
aku kaget..
tak terucap kata-kata..
mati la aku kali ni..kebimbangan aku menjadi kenyataan..
ku kira OS yang problem..rupa-rupanya HDD punya hal..
ne la aku nak cekau duit ni???
mati la aku..
mati la aku..

namun begitu..aku cuba untuk cool walaupun secara hakikinya aku tak cool..
aku call la kawan-kawan aku..minta bantuan..
huh..first time aku terpaksa meminta financial support yang agak banyak jumlahnye..
sekali lagi aku kaget..
selepas beberapa orang kawan ku tak dapat menghulurkan bantuan..meringankan beban..
akhirnya terlintas di pikiran ku untuk menghubungi paman ku di KL..
alhamdulillah syukur nikmat..
paman ku sudi menghulurkan bantuan walaupun tak sebanyak ne..
tak lama lepas tu..pali pula membantu..
tambah duit aku sikit..da cukup-cukup untuk aku membeli satu HDD yang baru..
akan tetapi..still tak cukup sebenanye..
servis menukar HDD tersebut nak bayar pakai ape??
mati la aku...

3 comments:

paCat said...

Nasihat dari pakar KOMPUTER HAK MILIK KERAJAAN :


Beli komputer baru sudaa ~ amik HAK MILIK KERAJAAN yg baru..

Ha Kim-mi said...

hahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Asmadiana Alias said...

sangat bersetuju dengan pacat...tak pon, tak pon, tak yah pakai koopiter milik kerajaan tapi pakai yang hak milik peribadi...huhu..