Tuesday, June 30, 2009

25 jun 2009 part 2: fucking fake hope

ku sangkakan panas sampai ke petang..hek eleh..baru lima minit da ujan??
camtu la kesudahan cerita cinta pendek aku dengan dia..
rekod baru beb..bercouple selama 4 hari..rekod peribadi..hahaha..
patut la aku rase ada tak kena je..
memang dia nak kenakan aku...

ntah la..tak tau nak cakap pe?
aku tak reti da nak cita panjang2..
hati aku..jiwa aku..
pecah bederai dilakukan sebegini rupa..
aku ingatkan dia nak couple ngan aku sebab dia da btul2 nak terima aku..
rupanya.."ada babi dalam kontena"...
dia saje je couple ngan aku..pastu ignore aku..sebab nak tunjukkan kat aku yang dia memang tak suka aku..

naif gile aku ni..
lurus bendul...
hahahahahahaha..
mari ramai2 gelakkan diri aku!!!
hahahahahahaha!!!

semalam..pas balik dari kerja..aku terus shoot ke umah dia kat klang..
semata-mata nak mintak penjelasan kenapa dia ignore aku?
nah..2 jam lalu highway dari umah aku di seremban..dapat jawapannya..
seperti biasa..sad ending finally untuk aku..

terima kasih "u"...
sebab buat i camni...
tapi u btul..
i yang degil..
lupa cinta takleh nak pakse2..

apa yang aku dapat?
kena lecture ngan use kat hentian plus seremban kul 12 pg..
kena lecture ngan pakcik aku kat umah dia kat cheras kul 1.45 pg..
kunci moto ilang..sampai aku terpaksa ulang alik dari cheras ke seremban..seremban ke cheras..pastu cheras ke seremban balik...semata-mata nak amik kunci..
aku terpaksa tipu mak ngan ayah aku..cakap aku gi tengok midnite..(di malam isnin??)
sowie ayah..
sowie mak...
sowie paman..(pakcik aku)
sowie use...
nampaknye aku da nyusahkan ramai pihak..
hahahahaha..
malang siak aku ni..!

tapi bgus gak jalan jejauh memalam buta semalam..
aku rasa tenang......

u..cam i cakap semalam..
i takkan wish "gud luck" or "selamat berbahagia di samping tersayang" kat u..
i wish..satu hari nanti u akan rasa seperti mana yang i rasa semalam..
neway..thanks la ok..
for the kisses..
for the hugs..
for everything...
thanks....

the end

p/s: kan aku da cakap pacat...cite aku mejoriti sad ending la..hahaha..mari gelakkan aku beramai-ramai!!!

Monday, June 29, 2009

satu permulaan baru..25 jun 2009 -part 1

tanggal 25 jun..around pukul 8.37pm..
aku call dia..saje nak dengar suara...
suara yang ku rindu..

aku sebenanye tak ingat ape yang kami bualkan..
namun di penghujung sebelum aku melatakkan telefon..
aku ingat sikit yang dia sound aku..
"kalo keluar ngan u bosan..u asyik nak lama2 jumpa i..padahal tak buat ape2 pun,"
aku senyap je..tak tau nak cakap pe..
pastu..aku pun cakap.."sowie la..next time i plan btul2 bila nak ajak u kuar k?ok la..i nak gi makan.."
"hah..merajuk la tu.."
"ne de i merajuk..."
"bla..sikit2 nak merajuk.."
"ala..kalo i merajuk pun..u bukannye kesah..tul tak?"
"aah..hahaha..i memang tak kesah pun.."
aku diam lagi..terkedu dengar jawapn dia..padan muka aku..
"u..kalo i merajuk..u pujuk i tak?"
"mesti la i pujuk.."
"kenapa pulak?"
"sebab i sayangkan u!" jawabku dengan kondifen...
dia diam seketika..dan bersuara.."kalo u sayang i..jum la couple.."
aku terdiam..biar betul minah ni..
selama ni aku usha2 bukan main susah betul..
last2 dia gak yang ajak aku couple?
pelik...
aku tergelak..senyap..dan tergelak balik..
cam tak caye ape yang aku dengar dari mulutnya tadi..
"betul ke ni?"
"betul la.."
aku senyap gi..
still terkejut...
"b...bo...boleh..." tu je yang mampu aku cakap..
"em..ok!"
"jadi..skang ni..u gf i?"
"u-huh"
"i bf u?"
"iye.."
"thanks u..."
dia diam..

aku tak tau nak cakap pe gi pastu..
aku pun letak phone dengan alasan..aku nak call abul..
pastu..aku tak call pun abul..
aku baring di atas katil..dengan bercampur-baur..
suka..terkejut..cam tak caye..pelik..semua pun ada..
apa kesudahannya nanti?
aku ragu2....

Tuesday, June 16, 2009

Canselory Building-form the inside


ari tu aku da tunjuk bangunan tempat aku praktikal iaitu Bangunan Canselori dari luau..

ni dari dalam..dari level 4..level unit aku..

Pacat..jawapan anda ari tu salah..

kat kubah tu tadak opis..

kat kubah tu ada dewan makan la beb..

maaf mengecewakan anda..kuikuikui...

memori kotak coklat..

ari sabtu ari tu..
pas je wat 2 jam motor kat Inmaju..
aku ingat nak gi gegau umah member aku Amizuan kat Kg. Panchor..
agak jauh gak la dari Inmaju tu nak gi Kg. Panchor tu sebab kampung tersebut terletak di hulu bandar Seremban..jalan menuju ke Ulu Bendul atau Pilah..
aku call mamat Am tu ingat nak gitaw aku nak datang..
malangnya dia da tukar nombor dan nombor lama dia tu dapat kat owang laen lak..
siot tul nyer Am..
aku pun berani mati la gamble je ke rumahnya..

malang lagi aku sebab sampai-sampai je dia takde kat umah..hampeh..
hahahahaha..padan muka aku..
tapi best gak sebab dalam perjalanan aku ke rumah Am tu aku lalu sekolah lama aku kat Ampangan..
teringat masa cintan-cintan monyet dulu..
masa bodo-bodo dulu..

lepas aku ke rumah Am..aku ingat nak balik je terus..
tapi..sebelum aku sampai pekan Ampangan..aku masuk jalan dalam yang dulu pernah aku lalui
masa zaman sekolah dulu..
jalan di mana aku slalu teman awek balik la kononnye time tu..
huhu..saat bahagia la katekan..
umah ex-gf aku dekat situ-situ gak..
aku pun balik sekolah naik bas..
tiap-tiap ari aku teman ex-gf yang time tu gf aku la balik umah..
sambil aku bawa motor secara slow mow..
aku akhirnya menghampiri gerai nasi lemak mak ex-gf aku..
berdebau-debau..
nak berenti tegur ke tak nak?
aku tak berenti..
aku terus je..
pastu aku pikir-pikir balik..watpe lak aku nak neves-neves ni?jumpe je la..bukan ape pun..
aku pun patah la balik..
jumpa la ex-mak mentua and ex-kakak ipar aku konon-kononnye satu ketika dahulu..

dipendekkan citer..
aku borak kejap je ngan diorang sebab ari pun nak ujan..
tapi aku agak gembira sebab diowang layan aku ngan baik..
abah(bapak ex-gf aku) xde masa tu..
mak(emak ex-gf aku) ngan kak ja(kakak ex-gf aku) je ada kat gerai tu..
mak ngan kak ja cite la perkembangan baru diowang sekeluarga..
kak ja nak bertunang 2 Ogos ni..dia jemput aku..
aku iyakan je tanpa janji apa-apa..
kak ani(kakak sulung ex-gf aku) da kawin..
dik na..or ex-gf aku..da bertunang bulan 3 ari tu..

owh..aku tak terkejut mendengarnya..
aku dah boleh agak sebenarnya..
dan aku tak rasa apa-apa pun..
maybe kesakitan aku ditinggalkan dia dulu dah pulih..
betul cakap nadzrah..time will heal bebeh!

aku selepas itu pun pulang sebab hari makin mega mandom..

malam tu..
aku amik kotak coklat yang tersimpan segala kenangan aku ngan Aina..
dan aku bakar sumenya..
that's the end of it.....
da lama da abis..tapi sebagai simbolik..atau ritual je..
gipun nyemak je sume tu kat rumah aku..hahahaha..
aku da ada hidup aku sendiri......



Tuesday, June 9, 2009

sad song in june acoustic version

semalam..
selepas bermain bola aku pulang ke rumah..
sampai sahaja di rumah..aku minum air sejuk..
lepas itu aku terus naik ke atas..menuju ke balkoni rumah aku untuk menyejukkan badan..
di balkoni, aku bertenggek di atas tembok balkoni kerana ia adalah tempat strategik dan mempunyai air-cond semula jadi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sanskrit..

sambil bertenggek di tembok balkoni..aku tenung langit yang semakin gelap ditelan kepekatan malam..
sambil termenung..aku mengingat kembali segala apa yang telah berlaku kepada aku kebelakangan ini..
tanpa disedari..air mata aku mengalir perlahan..
sebak di dalam diri..
terkenangkan sikap aku yang tak reti bersyukur dengan apa yang telah aku alami..
aku lupa..setiap yang berlaku di dalam hidup ini mempunyai hikmah dan sebabnya yang tersendiri..

pernah aku suarakan kepada salah seorang kawan baikku yang bermasalah satu ketika dahulu bahawa penderitaan itu sebenarnya salah satu nikmat hidup..
tanpa penderitaan..kita tak akan belajar sesuatu dari kesilapan..

itu teori yang pernah aku fikirkan..
namun aku kesal kerana aku hanya tahu bercakap..tapi tidak mempraktikkannya..
timbul lagi satu kelemahan aku di situ..

sebelum hari ini (semalam), aku kecewa dengan apa yang berlaku terhadap diri aku dan cuba mencari kesalahan orang lain..
hari ini (semalam)...aku akui yang sejujurnya semua yang terjadi adalah akibat dari perbuatan diri aku sendiri..
bukan salah sesiapa..
salah aku...
kerosakan yang berlaku terhadap komputer riba milik aku bukan salah orang lain..
salah aku...
aku kecewa dan derita mencintai "seseorang" yang tak pernah membalas cinta aku..bukan salah dia..
salah aku...
cuma aku yang tak pernah mahu mengakuinya semua..
aku takut kepada realiti yang aku bersalah sejak awal lagi..
aku takut kepada realiti yang sebenarnya aku kalah sejak awal lagi..
keberanian dan semangat berkobar-kobar aku tak pernah kena pada masa dan tempatnya..

kelmarin (ahad)..aku ke klang..
semata-mata untuk menemui 'dia'..
kononnya nak buat surprise..
namun..kehadiran aku disambut dingin..
aku dapat rasakannya..
aku bertanya kepada 'dia'..
"u tak suka ke i datang ni?"
"tak"-jawabnya pendek..
aku terkilan..
namun aku tahu..bukan salah 'dia'...
salah aku yang terlalu excited nak datang tanpa memberitahunya..
salah aku datang semasa 'dia' penat dan letih sebab malam sebelumnya 'dia' baru pulang dari kenduri kahwin di muar..
walau bagaimanapun 'dia' tetap meluangkan masa untukku..
terima kasih 'u'...

sepanjang perjalanan pulang ke seremban..
macam-macam yang aku pikirkan..
pikirkan usaha aku yang sia-sia cuba untuk memenangi hati seorang perempuan yang telah sedia untuk memberikan hatinya untuk orang lain..
teringat aku akan mesejnya beberapa hari yang lalu..
"kimi...berhenti tunggu 'i'..."
apa yang harus aku lakukan?
telah berkali-kali aku cuba untuk melupakannya..
cuba untuk membencinya..
cuba untuk tidak mencuntainya..
tapi..
susah....
aku tak tau mana kekuatan aku?
mungkin ianya memerlukan tekad dan azam yang "super kuat mother f**ker"...
200% effort...
ya..aku akan cuba...
mungkin nanti.....

pasal komputer riba aku yang rosak tu..
aku dah ada jalan penyelesaiannya..
terima kasih kepada yang membantu..

kepada fahmi dan pacat..
terima kasih sebab memberi komen yang pedas dan bernas untuk aku..
aku akan cuba enjoy hidup ini sebaik mungkin selepas ini..
dan tak merungut....

Monday, June 8, 2009

night view in USIM



ini ialah bangunan canselori, universiti sains islam malaysia
cuba cari di manakah ofis tempat aku kerja....

Sunday, June 7, 2009

sad song in june

kengkadang..
kita rasa hidup kita tak best bila kita tertekan..
kengkadang..
hidup rasa kosong kerana tiada cinta dalam diri..
kengkadang..
hidup ni tak bermakna kerana tiada siapa pun yang amik peduli..
kengkadang..
hidup ni cam sial bila apa yang kita dah buat..orang lain tak hargai..
apa guna hidup bila selalu keadaan camni??
hidup dalam tekanan sampai terseksa diri...

p/s: dedikasi kepada mereka yang "hepi"...aku iri hati kat korang!!!

Wednesday, June 3, 2009

one side of me.. - part 1

ari ni keje cam biase..
jaga bengkel yang unit aku anjurkan..
masa makan tadi aku tetiba rasa "kosong"..
aku rasa kehilangan "sesuatu"...
aku rindukan "seseorang"...
bukan rindu yang biasa..
rindu tahap dewa punya..
rasa cam nak balik awal dan jumpa "seseorang"...
tapi...aku tahu..itu bukan sesuatu yang bijak untuk dilakukan sekarang..
"rindu"..hanya perasaan di hati yang boleh datang dan pergi sesuka hati mak bapak dia..
dan aku tahu aku terpaksa menahan perasaan tersebut daripada menguasai fikiran aku..
bak kata pepatah..ikut hati..mati..
Tuhan..berikan aku kekuatan...agar dapat aku harungi hari-hari yang mendatang ini..tanpa "seseorang" di sisi..
"seseorang" itu..ialah.....















LU PIKIR LA SENDIRI....

Tuesday, June 2, 2009

praktikal - ianya bermula...

hari ni hari kedua aku praktikal..
aku menempatkan diriku sebagai pelajar praktikal di USIM..
USIM tu ialah Universiti Sains Islam Malaysia dan ianya terletak di Nilai, Negeri Sembilan..
aku berulang sahaja dari rumah aku di Seremban..
tak jauh..28km je..ada la lebih kurang 30 minit tempoh perjalanan..
dan aku jadi rider..sib baik aku tak pakai scrambler..kalo tak mesti macam gila-gila rumaja..huhuhu..

aku agak neves pada hari pertama..semalam la tu..
aku membayangkan yang akan berlaku beberapa kesulitan yang tak dapat dielakkan..
namun begitu..sangkaan aku meleset sama sekali..
USIM..best..dan best..
kedatangan aku disambut mesra oleh semua staf unit pengurusan kualiti (upk) dari jabatan canselori..tempat aku ditempatkan..
ada tiga orang je staf upk ni..encik din sebagai supervisor aku..kak yana dan kak jannah atau lebih senang yang dipanggil kak jane yang agak gile-gile..
ada la staf-staf lain gak..dan diorang agak peramah..
diz place also quite huge..
oh ye..encik din gak perkenalkan kepada big bos department kami iaitu prof. dr. mohammad hj. alias..
he also a kind to us..
aku kat upk ni tak keseorangan..cik yusnida atau aku panggil yus je iaitu classmate aku last sem kat uitm turut ditempatkan di upk ni..

first day je kami dah attend meeting pasukan promosi 5s..
aku dan yus secara tak langsung menjadi sebahagian daripada pasukan tersebut..
meeting tu ok..tapi aku agak mengantuk sebab semalam aku tido lambat..neves nyer pasal..huhuhu..
meeting tu agak lama..dari lepas lunch sampai la kul lima..time balik..
pastu sambil meeting..kitorang dapat makan lagi..sangat kasual..menarik!

aku semalam balik lambat sikit sebab setelah beberapa lama..ujan gak negeri sembilan ni..
terpaksa la aku redah hujan pulang..
moto cuma ku bawa 60km/j..biar lambat asal selamat..

ari ni agak banyak kerja..takde la banyak sangat sebenarnya..
sok nak kena jaga seminar..
tak bosan la aku tanpa kerja..
i'm looking foward for the next tasks!

by the way..
gud luck to all my friend yang praktikal gak!!
may Allah bless you all!!!

p/s: aku menghadapi masalah untuk meng'upload' gambar kerana hp takley nak connect kat laptop..sowie la kalo post aku bosan tak bergambar..neway..thanks for reading..luv y'all!!!