semalam..
selepas bermain bola aku pulang ke rumah..
sampai sahaja di rumah..aku minum air sejuk..
lepas itu aku terus naik ke atas..menuju ke balkoni rumah aku untuk menyejukkan badan..
di balkoni, aku bertenggek di atas tembok balkoni kerana ia adalah tempat strategik dan mempunyai air-cond semula jadi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sanskrit..
sambil bertenggek di tembok balkoni..aku tenung langit yang semakin gelap ditelan kepekatan malam..
sambil termenung..aku mengingat kembali segala apa yang telah berlaku kepada aku kebelakangan ini..
tanpa disedari..air mata aku mengalir perlahan..
sebak di dalam diri..
terkenangkan sikap aku yang tak reti bersyukur dengan apa yang telah aku alami..
aku lupa..setiap yang berlaku di dalam hidup ini mempunyai hikmah dan sebabnya yang tersendiri..
pernah aku suarakan kepada salah seorang kawan baikku yang bermasalah satu ketika dahulu bahawa penderitaan itu sebenarnya salah satu nikmat hidup..
tanpa penderitaan..kita tak akan belajar sesuatu dari kesilapan..
itu teori yang pernah aku fikirkan..
namun aku kesal kerana aku hanya tahu bercakap..tapi tidak mempraktikkannya..
timbul lagi satu kelemahan aku di situ..
sebelum hari ini (semalam), aku kecewa dengan apa yang berlaku terhadap diri aku dan cuba mencari kesalahan orang lain..
hari ini (semalam)...aku akui yang sejujurnya semua yang terjadi adalah akibat dari perbuatan diri aku sendiri..
bukan salah sesiapa..
salah aku...
kerosakan yang berlaku terhadap komputer riba milik aku bukan salah orang lain..
salah aku...
aku kecewa dan derita mencintai "seseorang" yang tak pernah membalas cinta aku..bukan salah dia..
salah aku...
cuma aku yang tak pernah mahu mengakuinya semua..
aku takut kepada realiti yang aku bersalah sejak awal lagi..
aku takut kepada realiti yang sebenarnya aku kalah sejak awal lagi..
keberanian dan semangat berkobar-kobar aku tak pernah kena pada masa dan tempatnya..
kelmarin (ahad)..aku ke klang..
semata-mata untuk menemui 'dia'..
kononnya nak buat surprise..
namun..kehadiran aku disambut dingin..
aku dapat rasakannya..
aku bertanya kepada 'dia'..
"u tak suka ke i datang ni?"
"tak"-jawabnya pendek..
aku terkilan..
namun aku tahu..bukan salah 'dia'...
salah aku yang terlalu excited nak datang tanpa memberitahunya..
salah aku datang semasa 'dia' penat dan letih sebab malam sebelumnya 'dia' baru pulang dari kenduri kahwin di muar..
walau bagaimanapun 'dia' tetap meluangkan masa untukku..
terima kasih 'u'...
sepanjang perjalanan pulang ke seremban..
macam-macam yang aku pikirkan..
pikirkan usaha aku yang sia-sia cuba untuk memenangi hati seorang perempuan yang telah sedia untuk memberikan hatinya untuk orang lain..
teringat aku akan mesejnya beberapa hari yang lalu..
"kimi...berhenti tunggu 'i'..."
apa yang harus aku lakukan?
telah berkali-kali aku cuba untuk melupakannya..
cuba untuk membencinya..
cuba untuk tidak mencuntainya..
tapi..
susah....
aku tak tau mana kekuatan aku?
mungkin ianya memerlukan tekad dan azam yang "super kuat mother f**ker"...
200% effort...
ya..aku akan cuba...
mungkin nanti.....
pasal komputer riba aku yang rosak tu..
aku dah ada jalan penyelesaiannya..
terima kasih kepada yang membantu..
kepada fahmi dan pacat..
terima kasih sebab memberi komen yang pedas dan bernas untuk aku..
aku akan cuba enjoy hidup ini sebaik mungkin selepas ini..
dan tak merungut....
2 comments:
time will heal bebeh~
Indeed. :)
Post a Comment